Sabtu menjelma lagi di Pekan Balung yang menjanjikan kitaran ekonomi bagi penjaja-penjaja kecil yang menjalankan perniagaan juga di takrifkan haram oleh pihak berkuasa tempatan yang di pertanggungjawab kan untuk memantau serta menyelia segala aktiviti yang di jalankan. Tapi atas keperluan untuk mengisi perut dan keperluan untuk menyekolahkan anak-anak segalanya di "langgar" walau apa jua risiko yang menanti di hadapan.
Walaupun jalan dua hala yang di bina hampir siap dan sudah memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya khas nya orang Balung timbul satu permasalahan yang agak besar yang mungkin terlepas pandang semasa pembinaan nya.
"U-Turn" Balung yang jaraknya 4 km dari yang asal, ini bermakna penduduk terpaksa menempuh 8 km perjalanan tambahan jika ingin ke Taman Sawit dan pesakit terpaksa melalui 8 km tambahan perjalanan jika ingin mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan balung, dan pengusaha bas sekolah terpaksa menanggung kos minyak dengan jarak perjalanan yang bertambah.
Sejak pembinaan U turn yang jaraknya 4 km dari pekan Balung beberapa peniaga kecil yang berniaga di pekan tersebut sudah gulung tikar dan terpaksa balik kampung kerana pelanggan tak singgah , u turn yang jauh dan buang masa dan kos jika ingin singgah di pekan Balung. Keluhan Peniaga baca disini.
Tebaru tambang bas sekolah akan di naikkan sebanyak RM 10, ini bermakna tambang bas sekolah yang dulu nya RM 40 kini sudah jadi RM 50. Menurut seorang suri rumah yang mempunyai tiga anak yang bersekolah dan menggunakan perkhidmatan Bas sekolah berkata " makcik ada tiga anak sekolah, sekarang tambang naik RM 10, bermakna kos tambang makcik naik RM 30, kalau dulu RM 30 saya boleh beli beras sebanyak 15 kilo untuk anak makan sekarang terpaksa bayar bas sekolah, tambah lagi belanja"
Saya juga sempat menemui seorang pengusaha Bas sekolah dan dia menyatakan bahawa jarak perjalanan sudah bertambah sebanyak 8 Km setiap perjalanan dan bermakna mereka menambah 8 km X 2=16 km tambahan perjalanan sejak U turn baru di bina.
Apa yang di harapkan disini ialah situasi menang-menang di antara peniaga kecil, pengguna , pengusaha bas sekolah dan murid-murid sekolah yang menggunakan jalan tersebut. Puncanya hanya lah satu iaitu U turn yang ada sekarang sangat jauh dan ianya betul-betul menyusahkan semua penguna dan penduduk yang ada di Balung.
Oleh yang demikian orang Balung mengharapkan agar Ahli Parlimen P190 Tawau dapat turun padang dan menyelami permasalahan yang penduduk hadapi .
Ini lah masanya jika ahli Parlimen yang orang Balung sudah pilih datang membantu dan membina segera U turn yang memudahkan semua pihak menggunakan nya.
Harapan dari kami , YB Mary Yap Kain Ching datang dan menyelesaikan permasalahan yang penduduk Balung alami iaitu segerakan U turn baru untuk memudahkan penduduk dan pengguna jalan Balung.
Semuanya ada di balung ada di Balung..