Jika selama ini kebanyakkan rakyat Sabah sering mengeluh dengan jumlah royalti yang di berikan terhadap aktiviti cari gali minyak di Sabah hanyalah 5 peratus dan ini menyebabkan ramai yang mempersoalkan akan kewajaran jumlah royalti berkenaan.
Netizen sering mempersoalkan kenapa Kerajaan Serawak lebih Vokal dalam memperjuangkan hak-hak Serawak sedangkan Sabah seakan membisu!! adakah Kerajaan Sabah tak peka atau pun tak perdulikan akan hak-hak Sabah?
Rupanya dalam diam Pemimpin tertinggi Sabah mencari idea bagaimana untuk memaksimakan pendapatan dalam carigali minyak tanpa mengharapkan hanya royalti yang berjumlah 5 peratus.
Akhirnya Kerajaan Sabah telah memutuskan untuk membuat aktiviti carigali minyak di Negeri Sabah dengan Kepakaran anak-anak tempatan dan yang membanggakan Syarikat tersebut milik Negeri Sabah sepenuhnya.
Dengan Kepakaran, tenaga kerja, vendor dan hampir semuanya adalah orang Sabah sudah pastinya ianya akan merancakkan ekonomi serta meningkatkan pendapatan dan menyediakan peluang kerja yang luas untuk anak-anak Sabah di dalam aktiviti "Oil dan Gas" di negeri Sabah.
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di Balung..