Persidangan UMNO P189 Semporna 2016 telah pun berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Ianya telah di hadiri hampir seribu perwakilan dari segenap pelusuk Parlimen Semporna yang tidak melepaskan peluang untuk hadir di masyurat tersebut.
Sebelum ini ada desas desus yang menyatakan Bahagian Semporna akan lumpuh dengan perletakan jawatan dari ketua Bahagian terdahulu kerana di katakan pengaruh kuat DSSA di Parlimen Semporna.
Semua itu hanyalah omong-omong kosong dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan imej kubu kuat Umno di Parlimen Semporna sejak dahulu lagi sedangkan semua khabar angin tersebut adalah sebaliknya dan ianya tambah mengeratkan perpaduan sesama ahli yang berada di kawasan tersebut.
Dengan di pimpin oleh Pemangku Ketua Bahagian iaitu Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai dan di bantu oleh Datuk Ramlee Marhaban seakan memberikan semangat dan aura baru kepada semua perwakilan dan ahli Umno Semporna untuk terus memastikan Semporna tatap milik Barisan Nasional Umno sejak dari dulu dan pada masa akan datang. Di tambah dengan semangat yang kuat dari ketua Menteri sabah iaitu Datuk Musa Hj Aman sudah pastinya perpaduan dan kerja sama Umno Semporna akan bertambah kukuh.
Masyuarat turut di hadiri oleh yang di sayangi dan di hormati Mantan Ketua Menteri Sabah, Mantan TYT Sabah dan pengasas Umno Sabah dan orang yang bertanggungjawab untuk membawa masuk Umno di negeri Sabah. orang yang di maksudkan ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu Tun Sakaran Bin Dandai. Ini menunjukkan Tun sangat-sangat menyokong untuk Umno terus di berikan kepercayaan untuk terus memberikan khidmat di daerah Semporna .
Masyuarat kali ini telah di rasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Naib Presiden Umno Malaysia iaitu Datuk Sri Hishamuddin Hussien. Beliau sangat gembira dengan semangat yang di tunjukkan oleh semua perwakilan dan ini menunjukkan Umno Semporna akan terus di pertahankan dengan kepimpinan yang baru.
Sesungguhnya hanya perjuangan yang ikhlas akan mendapat keredaan dari Allah S.W. Segala yang dianugerahkan adalah dari Allah dan di harap semua jentera dan Pemimpin Umno Negeri Sabah untuk terus berusaha, bekerja keras dengan ikhlas untuk membantu segenap dan keseluruhan masyarakat yang ada di kawasan masing-masing.
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di Balung.