Walaupun
sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai ketua Setiausaha kepada YAB ketua Menteri
Sabah ianya bukan lah halangan buat Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan merangkap
Naib ketua Umno Bahagian P190 Tawau untuk menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran
Sekolah-Sekolah KPM Zon Apas.
Kebetulan
sekolah yang di jadikan lokasi berlansungnya acara pada kali ini iaitu SK
Kinabutan Tawau adalah merupakan Sekolah angkat kepada Datuk
Nizam sendiri sejak kira-kira sepuluh tahun yang lalu
sehinggalah kehari ini.
Ramai
pemimpin tak kira dari Pemimpin kerajaan maupun pemimpin dari pihak Pembangkang
hanya turun menemui rakyat dan merasmikan majlis-majlis rasmi samada di
sekolah-sekolah dan sebagainya hanya turun ke padang bila ada pilihanraya dan
pengumuman penting yang
hendak di sampaikan kepada rakyat tetapi berlainan dengan
Datuk Nizam. Beliau bukan lah “Yang Berhormat Kawasan” bukan juga wakil rakyat,
bukan juga melobi untuk dipilih untuk menjadi wakil rakyat di kawasan Balung,
tetapi dari pemerhatian kasar saya sejak PRU 13 yang sudah berlalu beliau tidak
jemu-jemu untuk berjumpa rakyat, tidak jemu-jemu untuk mengetahui permasalahan
yang rakyat hadapi, sehinggalah kini usaha itu tetap beliau buat dengan harapan
rakyat akan sentiasa selesa dan terbela sebagai warga Sabah.
Jika
anda mempunyai rakan-rakan guru yang berada di DUN Balung dan sekolah-sekolah
yang ada di sekitar daerah TAwau, cuba Tanya , apakah
sumbangan yang Datuk
Nizan pernah berikan untuk sekolah berkenaan? Sudah pastinya sumbangan yang di
berikan tidaklah sebanyak mana, tapi atas kapasitinya sebagai NAib Ketua Umno Bahagian Tawau
setidak-tidaknya sumbangan yang beliau lakukan dapat meringankan dan memudahkan
para pelajar dan sekolah yang pernah mendapat sumbangan dari beliau.
Adalah
di harapkan insan sebegini seperti Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan di
berikan ruang dan peluang untuk menjadi Pemimpin dan ADUN Balung, untuk meneruskan kesinambungan ADUN
yang sudah sedia ada dan sememangnya pembangunan yang di bawa oleh ADUN
sekarang tidak dapat di nafikan tetapi dengan nafas baru serta tenaga baru
memungkinkan akan lebih banyak lagi pembangunan yang di bawa ke kawasan Balung
seterusnya menjadikan Balung satu Pekan yang membangun dari segi pasarana
setaraf dengan tempat-tempat lain yang sudah maju dan mempunyai
kemudahan yang sangat lengkap.
Salam
dari Bumi Balung ..
Semuanya
ada di Balung aa di Balung..