5 Mar 2017

Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan Pemimpin muda harapan orang Balung






"Kami mahu pemimpin yang muda , bertenaga dan sentiasa ada di lapangan  bilamana rakyat memerlukan," kata seorang jiran sebelah meja semasa saya sedang lepak minum di sebuah kedai kopi yang agak popular di DUN Balung ini. sambil "mengaruk" gula yang ada di dalam Kopi "O kaunya"  di merenung agak jauh melihatkan akan pembangunan yang ada di Balung terutamanya di Taman Sawit di mana tempat perjumpaan rasmi penganalisa politik  yang ada di sekitar pekan Balung.

"Calon yang dulu bukan tidak baik, cuma dia ada jawatan penting dalam kerajaan membuatkan dia susah untuk melayan segala keperluan rakyat di kawasan nya. Ini membuatkan ramai rakyat yang mengeluh kerana susah mau jumpa itu YB." Tengok saja apa yang sudah ada di Taman Sawit, Bank, pusat perniagaan dan Taman perumahan, semua ini adalah hasil idea YB sekarang dan ianya sedikit sebanyak memberikan keselesaan kepada orang Balung seterusnya memberikan peluang kepada orang-orang Balung untuk berniaga seterusnya menambah pendapatan keluarga masing-masing. Apapu di beberapa perjumpaan dan ucapan ADUN Balung telah menyatakan akan memberikan peluang pada muka baru pada pemilihan akan datang.rujuk di sini

Jika anda sedar atau tidak , sebagai orang Balung dan pengundi Balung, siapakah orang muda yang selalu turun padang dan sentiasa membantu sekolah-sekolah yang ada di sekitar Balung? Jawapan nya tatap lah Datuk Nizam Abu Bakar  Titingan, dari pemerhatian saya , sejak PRU 13 dahulu beliau tidak jemu-jemuh untuk datang ke Balung samada merasmikan majlis, melawat orang-orang sakit dan sebagainya.

Berpendidikan, mempunyai pengalaman yang luas, di kenali rakyat setempat, mudah di dekati, sebaiknya orang-orang sebegini seharusnya di berikan peluang untuk mentadbir Balung, di berikan peluang untuk mencurahkan tenaga untuk orang Balung seterusnya meneruskan kesinambungan kemajuan sepeerti yang di kecapi kini. Meskipun kemajuan yang ada kini tidak seberapa jika di bandingkan dengan kemajuan yang di kecapi oleh orang yang berada di Semenanjung terutama yang berada di Bandar besar seperti Wilayah Perseketuan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang tetapi ianya sedang berjalan dan dengan pengujudan jalinan jalanraya yang baik dan strategik sudah pastinya Pekan Balung suatu ketika nanti menjadi Pekan, malahan Bandar yang termaju di Sabah.

Teringat saya akan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pertama iaitu allahyarham DSP Hj Abu Bakar Titingan. Semoga rohnya damai di sana dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat allah....amin

Selamat berhari minggu..

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung..