9 Mar 2017

Masyuarat Agung PIBG SMK Balung Tawau pada 11/3/2017 di rasmikan oleh Datuk Nizam DSP Abu Bakar titingan





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian terutama sekali kepada orang-orang Balung, para ibu bapa, pelajar ,kakitangan sokongan dan guru-guru SMK Balung yang menjadi tulang belakang utama buat Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau di dalam merealisasikan segala visi dan misi sekolah di dalam mencapai kecemerlangan di dalam melahirkan pelajar yang mampu bersaing dalam akedemik dan sukan di peringkat nasional.

Dalam tidak sedar penggal ke 14 persatuan ibubapa dan guru SMK Balung Tawau bakal melabuhkan tirainya dan pemilihan  AJK baru bagi 2017-2019 penggal ke 15 bakal di adakan. Tidak dapat di nafikan terdapat sedikit kecacatan dan kejadian yang tidak di ingini telah berlaku sepanjang tempoh berkenaan tetapi ianya bukanlah halangan terutama kepada PIBG untuk terus bergerak maju dan mencapai segala yang telah di rancangkan. Tidak kurang juga pencapaian tertinggi yang telah di capai oleh PIBG sesi 2015-2017 di peringkat nasional dan ini telah memberikan suntikan moral dan semamngat para guru untuk terus menabur bakti dalam melahirkan anak bangsa yang bakal menerajuai pentadbiran negara suatu masa kelak. Pencapaian itu juga telah membakar semangat semua pelajar untuk terus berlumba-lumba untuk mendapatkan keputusan yang baik di dalam setiap peperiksaan penting yang di hadapi dan setiap penyertaan samada di bidang sukan dan sebagainya .

Tahniah juga kepada pengurusan tertinggi sekolah di bawah pimpinan Pengetua cemerlang yang telah menaikkan nama SMK Balung Tawau setaraf dengan sekolah-sekolah terkemuka yang ada di kawasan bandar. Tidak terkecuali guru-guru, kakitangan sokongan yang sama-sama mencurahkan keringat dan ilmu di dalm memastikan nama SMK Balung Tawau sentiasa tersenarai  diantara sekolah yang terbaik di Sabah.

Alhamdulillah, syukur kehadrat allah S.W , kalau tidak dengan izinnya segalanya tak akan tercapai dan terlaksana dan alhamdulillah juga kerana tanpa kerjasama diantara PIBG, guru-guru, ibubapa dan murid-murid sekalian segala misi dan visi sekolah yang telah di rancang tidak akan tercapai seperti yang  ada kini.Ini menunjukkan, kerjasama semua pihak selama ini telah menghasilkan dan membuktikan SMK Balung boleh dan PIBG terbaik.

Sabtu ini iaitu 11/3/2017 jam 7.30 pagi satu masyuarat agung PIBG akan di adakan bagi memilih barisan kepemimpinan AJK baru sesi 2017-2019. Majlis pada hari berkenaan akan di rasmikan oleh orang sememangnya sentiasa mengambil berat dan sentiasa hadir ke sekolah ini walau dalam apa keadaan. Beliau ialah Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB ketua Menteri Sabah.

 Kepada semua Ibubapa dan guru yang bakal hadir pada hari berkenaan sama sama lah kita berdoa agar masyuarat pada hari berkenaan akan berjalan dengan lancar dan barisan pimpinan baru yang bakal dipilih adalah yang terbaik dan dapat terus mencapai kecemerlangan seperti sebelum nya.

Akhir kata selamat bermasyuarat dan selamat datang ke sekolah SMK Balung...

Salam dari Bumi Balung ..

Semuanya ada di Balung ada di balung...