Selesailah sudah acara yang paling gilang-gemilang yang pernah di
adakan di Pekan Balung pada tahun ini dengan menghimpunkan hampir lima ribu warga Balung dan di sekitarnya sama-sama datang memeriahkan majlis pada malam tadi. Walaupun dalam keadaan cuaca yang agak tidak menentu , ianya bukan lah halangan untuk warga Balung datang bertemu dengan pemimpin dan artis-artis jemputan pada malam tersebut.
Pada majlis malam tadi, perasmian telah di sempurnakan oleh YAB
Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan yang merupakan Ketua Setiausaha kepada Ketua Menteri Sabah, Naib ketua Umno Bahagian P190 Tawau dan juga di Gelar oleh orang Balung iaitu " Datuk OK" kerana apa saja permintaan dari pihak sekolah-sekolah dan Kampung-kampung yang ada di sekitar DUN Balung akan di jawab dengan perkataan "OK" walaupun dalam keadaan sibuk dan dalam apa jua situasi.
Didalam ucapan perasmiannya semalam, beliau mengharapkan agar
warga Balung sentiasa mengekalkan semangat bersatu padu , hormat menghormati dan saling bantu-membantu di antara satu dengan yang lain. Walaupun mempunyai etnik yang pelbagai, masyarakat terutamanya yang berada di kawasan balung menjadikan ianya satu cabaran dan satu keadaan yang membuatkan orang-orang Balung sentiasa bekerjasama dan bertoleransi antara mereka dan ini menjadikan ianya menjadikan satu keunikan kepada masyarakat yang ada di Sabah.
Seperti di dalam ucapan beliau di majlis-majlis yang di adakan sebelum ini, beliau sentiasa menekankan akan semangat mengenang jasa-saja dan kemajuan yang selama ini kerajaan bawa untuk kesejahteraan orang ramai. Beliau juga menekankan agar penduduk menjauhkan diri dari pada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang ada kini sedangkan mereka-mereka inilah juga yang pernah menjawat jawatan tinggi kerajaan dan hampir menggadai harta dan milikan kerajaan negeri Sabah.
Para hadirin yang datang pada malam itu turut melaungkan "Negaraku Malaysia,hidup rakyat dan terus berjuang" dengan penuh bersemangat tanda rasa syukur dan hormat kepada keamanan dan keharmonian yang di kecapi dan kebebasan di dalam menjalankan segala aktiviti di sini. Di akhir ucapan nya beliau mengharapkan akan perpaduan dan keharmonian kaum di kekalkan,sekali lagi di ucapkan dalam menuju sebuah bangsa yang berdaulat di bumi Sabah yang bertuah ini.
Di samping ucapan dan hiburan, acara kali ini turut di sertakan dengan tapak-tapak perniagaan dan tapak pamiran dari agensi
kerajaan dan swasta untuk menambahkan sedikit pendapatan dan maklumat untuk semua. Menurut seorang peniaga yang saya temui, di hari pertama beliau memperolehi pendapan hampir seribu ringgit dan di hari kedua berjumlah hampir satu ribu lima ratus ringgit. Begitu juga dengan restoran yang ada di Taman Sawit, pendapatan mereka meningkat hampir 500 % dari hari biasa dengan ada nya karnival yang di jalankan di kawasan tersebut. Ini menunjukkan bukan saja berhibur dan beriadah, karnival ini menjadi punca rezeki untuk para peniaga yang ada .
Adalah di harapkan acara sebegini akan sentiasa di adakan terutamanya di Pekan Balung dengan tujuan dapat memperkenalkan Balung kepada orang-orang Tawau dan di luar dari Tawau, dapat memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menambah pendapatan seterusnya menjadikan Balung tumpuan kepada orang luar untuk sentiasa berkunjung ke Pekan Balung.
Salam dari Bumi Balung...
Semuanya ada di Balung ada di Balung.