2 Apr 2017

kelulusan RM 150 ribu untuk pembinaan Surau Taman Apas Permai-Tawfiq Titingan



Alhamdulillah akhirnya  hari keluarga Taman Apas Permai Tawau yang di anjurkan oleh KRT  telah berlansung dengan jayanya pada hari ini. Seperti biasa apabila ada acara perjumpaan yang di adakan di Taman ini ianya sudah pastinya di hadiri oleh YB Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan.

Acara di mulakan pada pukul lapan pagi di Taman Permainan
Taman berkenaan yang di hadiri oleh pelbagai suku kaum dan agama yang menghuni Taman tersebut. Di dalam ucapan perasmian majlis itu tadi , beliau mengharapkan agar penduduk sentiasa bekerjasama di dalam melakukan sesuatu termasuk di dalam
menguruskan apa saja aktiviti yang di jalankan. Beliau juga mengharapkan agar penduduk yang ada menepis segala cubaan dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk sentiasa cuba menggugat keamanan dan cuba memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan yang ada kini. Beliau sangat berbesar hati sekiranya dapat di jemput ke Taman ini kerana Datuk sendiri mempunyai kenangan yang sangat indah dari awal
pembinaan Taman ini sehinggalah sekarang. Untuk acara pada minggu ini Datuk telah mengubah jadual perjumpaan yang telah di atur sebelumnya semata-mata ingin berjumpa serta beramah mesra dengan penduduk Taman Apas permai.

Di dalam ucapan nya beliau telah mengumumkan Surau Taman Apas Permai bakal terbina, dan pihak PPM Apas akan ke kota Kinabalu pada minggu depan untuk mengambil waran yang berjumlah seratus lima puluh ribu ringgit bagi tujuan pembinaan Surau Taman Apas Permai. Keperihatinan dan sikap ambil berat Datuk terhadap penduduk Taman ini terbukti dengan kelulusan kerajaan Negeri terhadap permohonan berkenaan.

Di akhir ucapannya beliau mengharapkan agar semua penduduk
menjauhkan diri terhadap gejala penyalah gunaan dadah dan menjadikan Taman ini bebas  dadah bebas jenayah dan bebas dari segala yang negetif dan menyalahi undang-undang  Negara.

Sekalung tahniah juga harus di berikan kepada penduduk yang memberikan kerjasama yang sangat erat sebelum dan semasa acara ini di jalankan. Tahniah juga kepada pihak penganjur iaitu KRT dan SRS Taman Apas Permai Tawau yang bertungkus lumus dalam menjayakan acara pada kali ini.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di balung ada di Balung...