1 May 2017

Utamakan perpaduan dan kekalkan keharmonian etnik-Nizam Abu Bakar Titingan



Sekali lagi Balung menjadi tumpuan buat  penduduk yang berada di sekitarnya untuk sama-sama turut serta menyaksikan "PERSOLUT ROADSHOW". Program  mensejahterakan Masyarakat dan Kempen Awas Dadah merbahaya yang di adakan di Pekan Balung dan ianya di jalankan selama tiga hari iaitu  bermula pada 28-4-2017 dan berakhir pada 30-4-2017.

Seperti kebiasaan, setiap program yang di adakan
 sudah pastinya mendapat perhatian dan keutamaan daripada insan yang sememangnya sudah sinonim dan di kenali oleh setiap penduduk yang ada di persekitaran pekan Balung dan di setiap pelusuk Kampung-kampung dan di mana saja kawasan yang berada di kawasan Balung. Beliau yang di maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah
Datuk Nizam DSP Hj Abu Bakar Titingan. Sebelum acara perasmian di mulakan beliau telah melawat   dan berkunjung ke Booth etnik yang turut sama untuk tidak melepaskan peluang memperkenalkan kebudayaan masing-masing yang sememang asing  bagi penduduk-penduduk Balung kecuali etnik Tidung yang sudah cukup sebati dengan masyarakat yang ada di sekitar Balung.Di antara Kumpulan Etnik tersebut ialah, Tidung, Penan, Lundayeh dan sebagainya.

Di dalam ucapan perasmian  beliau menekankan akan pentingnya semangat perpaduan di kekalkan di kalangan kepelbagaian etnik yang berada di sekitar Balung Tawau  hatta di Sabah yang  menjadi kekuatan  yang sememangnya sudah tersemai sejak dulu lagi. "Hindari pengaruh dan  cubaan pihak-pihak luar yang sengaja untuk memecah belahkan masyarakat yang kononnya mereka lebih baik sedangkan selama mereka di berikan kuasa apa yang mereka lakukan di kawasan yang mereka tadbir sehinggakan ada tempat-tempat berkenaan yang begitu daif dan sangat menyedihkan". Beliau juga melahirkan rasa kesyukuran dan berterimakasih kepada orang  Balung kerana sentiasa memberikan peluang kepada kerajaan yang ada kini untuk terus memerintah dan menolak parti pembangkang yang sememangnya hanya mahu kuasa  tetapi tidak mampu untuk membantu mereka-mereka yang
memerlukan. Di akhir ucapan nya beliau mengharapkan agar golongan muda dapat menghindarkan diri dari gejala sosial terutamanya Najis dadah yang  menjadi musuh utama negara yang telah banyak merosakkan anak-anak bangsa. Sekiranya gejala dadah dapat di bendung sudah pastinya, rakyat akan lebih sejahtera dan lebih makmur kerana dadah adalah ejen kehancuran bagi sesebuah negara yang sangat sukar untuk di bendung.

Semasa saya sedang berada di kelompok yang sedang asyik menyaksikan dengan pengisian acara, ada  diantara mereka mengharapkan agar Datuk Nizam di berikan peluang untuk bertanding di DUN Balung pada pemilihan akan datang, menurut mereka beliau layak untuk mentadbir DUN Balung atas beberapa faktor diantara nya ialah, masih muda, berpendidikan, dikenali oleh orang Balung, mudah di dekati, sentiasa ada di Balung sejak PRU 13 lagi sehingalah ke hari ini, mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam politik negeri Sabah dan semestinya beliau ialah calon yang "tatap menang" untuk DUN Balung.

Mudahan momentum sebegini dapat di kekalkan selamanya bagi
memastikan Balung sentiasa terbela dan sentiasa "kam satu" dalam menikmati pembangunan prasarana dan pembangunan sosial seperti yang ada kini.

Salam dari Bumi balung...

Semuanya ada di Balung ada di balung..

"Selamat menyambut hari Pekerja"

"Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi"

1 May 2017
Balung