Assalamualaikum w.w
Di kesempatan pagi ini saya ingin membicarakan tentang keresahan dan kerisauan penjaja-penjaja yang beroperasi di Taman Sawit Balung. Saya anggapkan mereka penjaja tidak sah kerana mereka ini tidak mendapat kebenaran dari tuan punya tapak dan pihak berkuasa iaitu Majlis Perbandaran Tawau.
Walaupun mereka di lihat sebagai penjaja-penjaja "yang tidak sah " tetapi apa yang mereka jual serta niagakan ialah bahan-bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ikan dan sebagainya ada lah halal dan sudah semestinya halal dari segi pandangan Islam dan masyarakat Balung khas nya.
DI akhir-akhir ini perniagaan mereka selalu terganggu kerana di serbu oleh pihak berkuasa termpatan iaitu Majlis Perbandaran Tawau. Mereka juga tidak menyalahkan MPT yang menjalankan tugas untuk membenteras peniaga berkenaan kerana pihak majlis terpaksa menjalankan tanggungjawab dan menyelasaikan aduan-aduan yang banyak berkenaan dengan peniaga yang berniaga di kawasan Taman Sawit Balung Tawau.
Saya adalah salah seorang penduduk Taman Sawit yang secara hariannya berurusan dan bertemu dengan peniaga-peniaga ini. Sememangnya kewujudan peniaga ini sedikit sebanyak mengganggu keindahan Taman Sawit dengan binaan-binaan pondok yang tidak sekata dan sedikit bercelaru jika di lihat dari dekat maupun dari jauh.
Di samping ketidak indahan yang di pamirkan, kehadiran peniaga-peniaga yang di katakan tidak sah ini juga sangat memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk Taman Sawit dan penduduk Pekan Balung keseluruhan nya. Kami boleh membeli bahan makan harian dengan harga yang berpatutuan, cepat dekat dan sudah semestinya segar dari ladang dan laut berdekatan. Bayangkan jika peniaga ini tiada, penduduk Balung terpaksa mencari bahan-bahan basah di bandar Tawau yang jauhnya kira-kira 24 batu dan ianya mengambil masa selama 2 jam jika menggunakan kenderaan untuk pergi dan balik hanya untuk membeli ikan dan sayuran.

Menurut seorang penjaja yang saya temui yang hanya mau di kenali sebagai "awie" mereka
akur dengan larangan yang di kenakan oleh pihak yang berwajib, "tau jugak kami kasian kami di larang bajualan, tapi kami pandai-pandai lah, kalau kami endak bajualan apalah bikin pambayar flet Balung, apalah bikin pambayal sekolah dan apalah kami makan anak baranak sedangkan bapakku di rumah sakit kasian, sedangkan ini pun kami cucuk-cukup makan saja ini bajualan, nah kalau lansung endak bajualan makan apalah kami anak baranak'.

" Sekarang saya kalo pigi manjual aku pakek celana panjang dan semua jualanku aku letak atas garobak (kereta sorong) kalau MPT datang aku lari laju laju sambil tolak karoba kasiang, pernah sekali aku lintas jalan sikik aku di langgar karita, tapi alhamdulillah Allah masih sayang saya yang mencari makan untuk keluargaku".
" Saya ni kasian, tauk juga ba, Presiden MPT itu sebenarnya ada hati dan perasaan mesti dalam hatinya ada perasaan untuk bantu kami. Kami juga tau Ahli-ahli majlis yang di lantik adalah orang-orang yang baik-baik serta perihatin sama masalah kami apalagi mereka ini adalah orang yang selalu kami jumpa , jadi tolonglah kasian kalo boleh kami merayu dan kami boleh kami melutut di depan tuan semua supaya kami di benarkan berniaga secara sah. Kami sanggup membayar apa saja bayaran yang di kenakan oleh pihak MPT dan akan mengikuti apa saja syarat kerana jika tak berniaga dapur kami tak berasap dan kami anak beranak mau makan apa, kata seorang peniaga sambil mengesat airmata yang sudah mengalir sejak mula lagi perbualan kami.
Pada saya Pihak MPT dan Ahli Majlis MPT pada masa ini sedang memikirkan untuk membantu mereka dan sememangnya kita tahu ahli majlis MPT sentiasa perihatin apalagi jika ianya melibatkan permasalahan orang-orang kampung yang memerlukan bantuan. Jadi di kesempatan bulan kemerdekaan ini saya bagi pihak peniaga-peniaga yang berniaga di kawasan berkenaan memohon simpati dari pihak Ahli Majlis MPT dan preriden MPT agar peniaga ini di berikan peluang mencari sesuap nasi dengan berniaga di kawasan berkenaan. Saya juga mengkarapkan jika di luluskan kelak, pihak MPT memberikan peraturan yang ketat seperti aspek kebersihan dan pemilikan gerai itu sendiri agar ianya tidak dijadikan gerai alibaba sahaja.
Keperihatinan dan keambil pedulian tuan-tuan dan puan-puan didalam memastikan peniaga dapat mencari sesuap nasi melalui aktiviti jualan di kawasan berkenaan dan di harap, peraturan yang ketat dapat di kenakan agar kawasan pekan Balung berkenaan akan sentiasa bersih indah dan menjadi tumpuan penduduk dan pelancung untuk terus berkunjung ke kawasan ini.
Salam Bulan kemerdekaan
Salam dari Bumi Balung.
Semuanya ada di Balung ada di Balubg