Ramai yang sering mempersoalkan akan royalty minyak yang di berikan
kepada kerajaan Sabah dan semua negeri-negeri yang ada di Malaysia oleh
Syarikat Petronas dan Kerajaan Malaysia sangat sedikit dan tidak kurang ada
permintaan dari kerajaan negeri agar ianya di naikkan kepada tahap yang
maximum.
Atas dasar itu kerajaan Negeri Sabah di bawah kepemimpinan YAB DSP Musa
Hj Aman telah mencipta peluang agar Kerajaan Negeri sabah sendiri
menubuhkan Sayarikat carigali dan
pengeluaran minyak (E&P) di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
tersebut di samping menggunakan
anak-anak tempatan sabah sebagai pekerja
dan sebagainya.
Akhirnya pada awal tahun 2016 maka tertubuhlah Sabah Internasional
Petrolium Sdn Bhd (SIP) yang dulunya di kenali sebagai M3nergy Sdn Bhd sebuah
syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Sabah dengan nilai pengangan sebanyak
100 peratus (100 %) dan ianya juga
menjadi sejarah kerana menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki
syarikat E&P nya sendiri.
Pada awal tahun 2016 ini, SIP telah pun mempunyai aset-aset utama (yang
cukup produktif) seperti Floating Production Storage Offloading (FPSO). FPSO
adalah pelantar produksi minyak mentah petroleum yang boleh bergerak atau
berpindah dari satu telaga minyak di laut, ke satu telaga minyak di lokasi yang
lain.
Kini, SIP telah menjadi antara PEMAIN UTAMA dalam industri Petroleum di
rantau ini, bersaing bersama nama-nama besar seperti Shell, Exxon,
SapuraKencana, Petronas Carigali, dan lain-lain. Tahniah dan Syabas kepada
Kerajaan Negeri Sabah! MOVING FORWARD & BEYOND!
Jadi siapa cakap pemimpin kerajaan Sabah di bawah kepemimpinan YAB Musa
Hj Aman tidak mengutamakan negeri Sabah, tidak memikirkan akan hal-hal Sabah,
dalam diam beliau telah merencanakan perancangan yang rapi agar kerajaan tidak
bergantung sepenuhnya kepada royalty minyak sebaliknya membuat sendiri aktiviti
berkenaan seterusnya memberikan pulangan 100 % serta memberikan peluang kepada
warga Sabah dalam bidang pekerjaan dan perniagaan dengan terwujud nya syarikat
cari gali ini dan sudah pasti kerajaan negeri Sabah akan mendapat keuntungan
yang maksimum dan seterusnya keuntungan tersebut akan di gunakan untuk pembangunan
dan benatuan kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Tahniah CM dan barisan pemimpin-pemimpin negeri Sabah.
#kamigengcmsabah.
Salam dari Bumi Balung..