18 Sept 2017

Syukuri nikmat keamanan dan kekalkan perpaduan-Nizam A.B Titingan (Fiesta Malaysiaku Merdeka Taman Sawit Balung)


Taman Sawit Balung sekali lagi mendapat tumpuan warga Tawau
dan sekitarnya. Pada kali ini acara yang bertemakan Fiesta Malaysiaku Merdeka telah di adakan dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk-penduduk di sekitar Pekan Balung. Ianya telah di jalankan selama tiga hari berturut-turut bermula 15/9/2017 dan berakhir pada 17/9/2017.

Pelbagai acara telah di adakan oleh pihak penganjur bagi
memeriahkan majlis temasuklah ceramah agama, pertandingan melukis untuk kanak-kanak , pamiran kereta dan bermacam-macam lagi. Acara ini juga menarik perhatian daripada orang-orang perseorangan, jabatan kerajaan dan syarikat swasta untuk turut sama memeriahkan dan turut serta mempamir dan memperkenalkan prodak dan jualan mereka di majlis berkenaan.

Pada majlis kali ini,  ianya telah di rasmikan penutupan nya oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan Naib Ketua Umno Bahagian
Tawau, merangkap Ketua Setiausaha Kepada Ketua Menteri Sabah. Di dalam ucapannya beliau melahirkan rasa kesyukuran kehadrat allah S.W kerana program yang di adakan pada malam tersebut mendapat sambutan yang sangat hangat dari segenap lapisan masyarakat yang ada di sekitar Pekan Balung. Beliau juga berterimakasih kepada penduduk-penduduk Balung kerana sentiasa "sporting" dan memberikan sambutan bilamana acara di adakan terutama di pekan Balung. 

Di dalam ucapan nya beliau mengharapkan agar penduduk Balung sentiasa  bersatu padu dan menghargai segala nikmat keamanan dan nikmat kemerdekaan yang telah di kecapi dan terus memberikan
sokongan yang sangat padu kepada kerajaan yang sedia ada kini. "Jangan percaya dengan pemimpin yang hanya muncul pada musim pilihanraya dan hilang jika rakyat memerlukan bantuan". Di akhir ucapan  beliau melahirkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana mengadakan majlis patriotik sebegini kerana ianya nanti akan melahirkan rasa kesyukuran dan rasa kecintaan kepada negara dan pemimpin yang ada dan ianya sudah pasti akan memastikan rakyat maju dan negara akan terus kedepan didalam menghadapi dunia globalisasi.

Rata-rata dari hadirin yang hadir pada malam tersebut melahirkan perasaan gembira dengan penganjuran majlis berkenaan kerana ianya sudah pasti akan merapatkan  tali silaturahim di antara pemimpin baru dan rakyat dan lebih penting lagi ianya dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi peniaga tempatan dan dan memberikan aktiviti-aktivi yang bermanafaat kepara orang yang berada di sekitar Pekan Balung.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung...