15 Apr 2019

Karnival Jom Santai dapat membantu usahawan anak-anak Balung tingkatkan pendapatan-Nizam



Burung Nuri terbang tinggi,
Cari makan di tepi perigi,
Kalau bukan  saudara dan  saudari,
Tidak saya datang ke mari..

Karnival Jom Santai telah di adakan di Taman Sawit buat kali kedua dengan jayanya. Pada acara perasmian serta penutupannya, ianya telah dirasmikan oleh Ketua
Penaja PPBM Bahagian Tawau iaitu Datuk Nizam DSP Hj Abu
Bakar Titingan.

Di dalam ucapan perasmian nya beliau melahirkan rasa yang sangat
gembira dengan penganjuran acara sebegini kerana ianya dapat memberikan peluang kepada orang-orang Balung untuk berniaga serta menambah pendapatan.

"Saya sentiasa akan memberikan sokongan kepada acara-acara sebegini sebab ianya sangat baik dan mendatangkan keuntungan kepada peniaga-peniaga yang ada serta dapat memperkenalkan
Taman Sawit kepada umum."

Membantu rakyat adalah agenda utama beliau samada secara lansung maupun  tidak lansung. Beliau menambah dengan keadaan Negara yang aman makmur dengan keadaan yang sangat harmoni sudah pastinya rakyat dapat hidup aman dan damai  dan hormat menghormati di antara satu dengan yang lain.

Hormat menghormati sesama kaum dan hormat menghormati sesama agama menjadi teras utama untuk Negara terus maju dan mara kehadapan.

Di akhir ucapannya yang di hadiri kira kira 2000 pengunjung beliau mengharapkan agar usaha-usaha penganjuran yang baik sebegini terus diadakan dan beliau mengharapkan agar di masa masa akan datang ianya sentiasa di adakan dean menmbah baik pengisian program berkenaan.


"salam dari Bumi Balung"


Semuanya ada di Balung ada di Balung,,,