Lebih kurang lima tahun lagi akan menjelanglah tahun 2020. Teringat kau akan wawasan 2020 yang di ilhamkan kan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi iaitu Tun Mahathir Mohamad.
1)Berjiwa bebas
Jiwa yang bebas adalah jiwa yang tidak terkongkong dan terbelenggu dengan sesuatu fahaman hingga menolak pembaharuan dan kemajuan. Akibat dari cengkaman penjajah kita telah menyaksikan bagaimana rakyat begitu memandang tinggi kepada dunia Barat. Penjajah telah Berjaya sedikit sebanyak membunuh keyakinan rakyat terhadap diri sendiri. Sikap ini pernah disifatkan sebagai BerjiwaHamba. Pejuang-pejuang kemerdekaan juga terpaksa berhadapan dengan sikap ini dan berusaha menghapuskannya sebelum rakyat bersedia menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan negara.
Padatahun 1982, Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pandang KeTimur sebagai satu usaha mengalihkan pandangan rakyat dari terlalu membesarkan kemajuan negara Barat. Rakyat diminta supaya beralih untuk melihat kebaikan yang terdapat di negara-negaraTimur seperti Jepun dan Korea. Dasar Pandang keTimur ialah usaha untuk mencari kekuatan dari nilai-nilai ketimuran termasuk nilai-nilaipositif yang kita warisi dari peradaban kitasendiri.
Barat sebenarnya masih menjalankan berbagai-bagai taktik untuk menguasai kita. Dr.Mahathir pernah mengingatkan supaya sentiasa berwaspada kerana pada zaman ini terdapat penjajahan fikiran dalam bentuk baru.Misalnya terdapat sekumpulan manusia yang cuba menasihatkan rakyat supaya jangan bekerja kuat kerana kononnya ini akan menjadikan manusia sebagai robot, sebagai hamba kepada majikan, sebagai orang yang taksub dengan kebendaan.
Seterus nya Dr.Mahathir berkata, ‘’Mereka dari Negara maju, sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka, bahawa walaupun Negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah. Bilakah kita akan sedar bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita bekerja, dan bekerja dengan rajin, bukan sebagai hamba kepada upahan tetapi kerana tanggungjawab dan kesayangan kepada kebebasan dan maruahkita.’’ (Perutusan PM sempenaTahunBaru ’82).
2)Memiliki perasaan dan fikiran yang tenteram
Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang amat berharga. Bahkan ketenteraman boleh dianggap sebagai kebahagiaan.Seseorang amat memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran bagi menghadapi pelbagai cabaran di dalam dunia moden ini. Kita sedang menyaksikan bagaimana sesetengah masyarakat di dunia kucar-kacir akibat pembangunan fizikal tidak disembangi dengan pembinaan jiwa dan kekuatan rohani bagai menghadapi pelbagai cabaran.Ketenteraman jiwa juga berkait rapat dengan pembentukan akhlak dan penyuburan iman supaya sentiasa tidak hilang pedoman hidup. Ketenteraman dan ketenangan fikiran juga akan memungkinkan pelbagai penemuan idea dan inovasi yang meningkatkan lagi taraf kehidupan manusia.
3)Membina bangsa yang gagah
Wawasan 2020 bertujuan melahirkan satu bangsa yang kuat, kukuh dan tahan menghadapi segala ujian.Kegagahan juga bererti ketahanan fizikal dan mental, serta kekuatan dari segi kerohanian dan kejiwaan.
Wawasan ini selaras dengan pandangan Islam khasnya hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud ‘’Bahawa seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi Allah SWT daripadaseorangmukmin yang lemah.’’
Ini menjelas kan bahawa kekuatan jasmani dan rohani, akal dan emosi perlulah diseimbangkan. Rakyat perlu mempunyai jiwa yang kuat dan tahan.Bagi menjamin kekuatan Negara lebih-lebih lagi ketika dunia sedang tercabar dengan berbagai anasir yang negatif.
Selain dari bermatlamatkan pembinaan bangsa yang bersatu padu, system pendidikan di Negara kita juga berusaha mencipta insan yang sempurna dari segi fizikal dan mentalnya. Kita berpegang kepada hakikat bahawa otak yang baik berada di dalam badan yang sihat.
Sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh generasi muda masakini berpunca dari kelemahan mereka menghadapi cabaran di sekelilingnya. Kelemahan itu membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan etika, akhlak, malah merosakkan akidah dan kehidupan. Jika kekuatan sebegini tidak dibina maka masa depan negara dan bangsa tidak akan terjamin.
Terdapat hubungan yang rapat di antara wawasan membina kekuatan dan pembinaan jiwa.Cara untuk mengecap erti kebebasan yang sebenarnya ialah dengan membina kekuatan di bidang ilmu pengetahuan, ekonomi dan kejiwaan.Dengan penguasaan ilmu kita akan bebas untuk mengendalikan teraju Negara kita sendiri dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di dunia. Sebaliknya, kelemahan akan menyebabkan kita terus bergantung kepada negara lain. Dr.Mahathir terus member penekanan kepada aspek ini.Mengikut Dr.Mahathir kekuatan ini ‘’…akan membebaskan kita daripada pergantungan sepanjang masa kepada ilmu dan kebolehan serta kekayaan negara-negara maju. Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing.’’(PerutusanPerdanaMenteri sempenaTahunBaru 1982).
Jika kita terus bergantung kepada orang lain, selama itulah kita mudah diperhambakan.
Dr.Mahathir mengingatkan bahawa Amerika Syarikat berusaha mencampuri urusan dalaman mana-mana Negara dengan alas an untuk menegakkan hak asasi kemanusiaan akhir-akhir ini.Motif tersembunyi adalah untuk memaksa Negara membangun tetap bergantung kepadanya sehingga Amerika Syarikat boleh mengambil sumber daya Negara membangun dengan bebasnya untuk kepentingan dan kejayaannya sendiri.
Dengan terbinanya masyarakat Malaysia yang gagah kita akan menguasai teknologi dan tidak ketinggalan di belakang. Masyarakat Malaysia bergerak maju dengan penuh daya saing dan dinamik.Dengan fikiran yang terbuka rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk menerima perubahan dan kemajuan di samping dapat menilai dan menyesuaikan perubahan dengan nilai hidup yang unggul.
Cabaran kedua ini membuktikan bahawa Wawasan 2020 bukanlahsemata-mata wawasan ekonomi yang tertumpu kepada pembangunan negara perindustriansemata-mata. Ianya tetap mementingkan aspek kerohanian dan pembinaan sikap positif serta nilai-nilai murni bagi mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.
Baca selanjutnya disini