GERIK, 28 Jun – Keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti membincangkan laporan daripada jawatankuasa disiplin, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hujah dan fakta kukuh seperti yang dilampirkan dalam laporan jawatankuasa berkenaan.
“Asas pemecatan ini bersandarkan laporan jawatankuasa disiplin parti. Tidak ada maknanya keputusan itu jika ia dibuat tanpa mengikut saluran yang ditetapkan parti.
“Keputusan ini juga perlu dibuat mengikut saluran yang betul dan bukannya bermusim. Paling utama kena tunggu laporan parti sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kawasan
operasi perbatasan di Kem Marker November, Tasik Banding, dan Markas Taktikal 749 di Kem Sri Banding semalam.
operasi perbatasan di Kem Marker November, Tasik Banding, dan Markas Taktikal 749 di Kem Sri Banding semalam.
Menteri Pertahanan itu berkata demikian ketika mengulas keputusan UMNO memecat Muhyiddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti dan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada Jumaat lepas.