Pentadbiran awam di negara Malaysia adalah
antara yang terbaik di dunia melibatkan imbuhan gaji, bonus, elaun, kemudahan
kesihatan, insuran, pendidikan, jaminan keselamatan, kenaikan pangkat dan
sistem pencen.
Perlantikan dan pertukaran adalah perkara
biasa di dalam perkhidmatan kerajaan. Ianya berlaku untuk memastikan kelancaran
sesebuah jabatan dalam merealisasikan agenda rakyat dapat mencapai sasaran
dengan cepat dan tepat. Kelemahan sesebuah agensi kerajaan bukan sahaja memberi
implikasi negatif kepada kerajaan, tetapi akan merugikan negara dan rakyat.
Perkara inilah yang cuba dielakkan oleh PM dan KSN dalam melantik seseorang
mengetuai sesuatu jabatan kerajaan.
Perlantikan seseorang ke sesuatu jawatan
adalah hak eksklusif YAB Perdana Menteri. Dalam hal ini, Ketua Setiausaha
Negara (KSN) sebagai ketua kepada perkhidmatan awam di Malaysia mempunyai kuasa
yang besar untuk menerima cadangan dari pihak yang berautoriti seperti Menteri untuk
melantik mereka yang berkelayakan bagi menjalankan tugas di mana-mana jabatan
baru.
Walau bagaimanapun, terdapat kritikan
dilemparkan kepada Kerajaan mengenai isu pertukaran dan perlantikan seseorang
ke jabatan yang baharu. Dalam hal ini, sentimen perkauman, agama dan fahaman
politik bukan menjadi asas kepada perlantikan seseorang. Sentimen itu bukan
amalan dalam kerajaan Malaysia. Amalan
Kerajaan Malaysia ialah untuk memastikan perlantikan seseorang akan dapat
meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan seterusnya negara dan rakyat akan
menerima faedahnya.
Kerajaan boleh menerima cadangan daripada
mana-mana pihak seperti Menteri tetapi akhirnya yang menilai dan memutuskan
cadangan itu ialah YAB Perdana Menteri dan KSN selepas melihat dari semua sudut
seperti sejarah perkhidmatan, latarbelakang perkhidmatan, pengalaman,
tatatertib dan sebagainya. PM dan KSN sudah pasti akan memberikan keutamaan
kepada rakyat dan negara dalam memutuskan sesuatu cadangan perlantikan
seseorang. Oleh yang demikian rakyat diminta tidak terpengaruh dengan hasutan
sesetengah pihak yang menuduh PM dan KSN tidak prihatin dalam hal ini.
Di pihak kakitangan kerajaan pula, adalah
lumrah kepada mereka untuk menurut perintah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada jabatan masing-masing. Keakuran kakitangan kerajaan kepada kerajaan
semasa amat penting dalam memastikan kelancaran sesebuah pentadbiran kerajaan.
Kita tidak mahu menjadi sebuah kerajaan yang porak-peranda seperti sesetengah
negara kerana ketidakpatuhan sesetengah kakitangan kerajaan mereka kepada
Kerajaan yang memerintah.
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di balung ada di Balung....