28 Jun 2017

Lagu " Allah Selamatkan kamu" bergema di Rumah Terbuka Menteri Belia Dan Sukan Sabah.



Lagu "Allah Selamatkan Kamu " bergema di Rumah Terbuka Aidil
Fitri 2017, Ahli Dewan Undangan Negeri sabah  Kawasan N56 Apas merangkap Menteri Belia dan sukan Sabah  Datuk Tawfiq DSP Haji Abu Bakar Titingan. Ianya di nyayikan oleh sekumpulan pengunjung yang sememangnya sudah bersedia sejak awal lagi  untuk datang dan memeriahkan majlis serta memberikan sokongan moral yang tidak berbela bagi buat Datuk sempena dengan penganjuran Rumah Terbuka Aidil Fitri buat tahun ini.

Wajah terharu dan agak sedikit emosi terpancar di wajah Datuk ketika mendengarkan lagu tersebut di pintu masuk dewan
berkenaan bersama-sama dengan para hadirin yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman serta beramah mesra seterusnya mengambil foto kenangan sempena dengan aidil fitri pada kali ini.



Acara pada kali ini di jalankan pada waktu malam dan sudah pastinya ianya memberikan sedikit keselesaan pada semua
pengunjung memandangkan cuaca kini agak sedikit panas pada siang hari. Para hadirin di hidangkan dengan pelbagai juadah kegemaran orang -orang Tawau di antaranya rendang, Nasu likku, satay, kambing panggang dan sebagainya.

Pelbagai lapisan masyarakat dari perbagai kaum tidak melepaskan peluang untuk hadir dan sama-sama memeriahkan majlis yang sememangnya di adakan pada setiap tahun . 

Salam aidil fitri.

Semuanya ada di Balung ada di Balung


18 Jun 2017

kegembiraan dan kesyukuran terpancar di wajah rakan dan taulan sempena kepulangan Datuk Tawfiq ke Tawau

Alhamdulillah dan syukur kehadrat allah subhanahu wa ta a'la kerana dengan izinnya dan limpah kurnianya  telah memberikan kesihatan yang baik serta sempurna kepada pemimpin kami iaitu Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Kelmarin, bersamaan dengan 17/6/2016 ramadhan yang ke 22 kira-kira jam 5.30 petang Dtuk telah menjejakkan kaki ke bumi Tawau yang bertuah ini setelah hampir sebulan berrehat serta mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau talah di sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan penuh rasa kegembiraan oleh sekalian rakan-rakan  yang sememangnya sudah menunggu kira-kira jam 4 petang lagi. Hampir 500 orang menunggu kehadiran beliau di lapangan terbang Tawau
menyebabkan keadaan agak sesak sedikit, memandangkan selain dari rakan-rakan yang menunggu kahadiran datuk ,airport Tawau juga di penuhi dengan sanak saudara yang  menunggu kepulangan keluarga yang bekerja di Semenanjung pulang sempena dengan aidil fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sejurus kehadiran nya, bacaan doa telah di adakan di lapangan terbang Tawau memohon restu dari yang maha esa agar sentiasa di berikan kesihatan yang baik,  sentiasa di lindungi  serta sentiasa di berikan kekuatan di dalam menjalankan amanah yang " urang-urang "Tawau telah berikan kepadanya.

Wajahnya sangat ceria dan senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya semasa ketibaannya , mana tidak nya  segenap hadirin menyerbu beliau sambil bersalaman dan memberikan kata-kata semangat dan ucapan selamat pulang ke daerah Tawau yang indah dan penuh kedamaian ini.

Pada pandangan dan pemerhatian admin, Datuk sudah bersedia sepenuhnya untuk sama-sama merayakan ibadah puasa serta merayakan hari raya aidil fitri  yang bakal menjelma bersama orang Tawau dan menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan seperti sediakala.

Doa dari kami agar beliau sentiasa di berikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus mencurahkan bakti dan tenaga kepada  Tawau dan memastikan Tawau sentiasa terkedan dalam segala aspek terutama sosial dan ekonomi dan kemakmuran daerah Tawau.

Selamat berpuasa..

Salam dari Bumi Balung..




Semuanya ada di Balung ada di Balung....

9 Jun 2017

Ceria di ramadhan yang penuh berkat




Dengan wajah yang penuh ceria  dapat di gambarkan beliau sudah bersedia sepenuhnya untuk berjumpa dengan segenap lapisan rakyat  terutama orang-orang Tawau.

Seperti kebiasaan nya seperti di bulan-bulan yang lain terutama sekali bulan ramadan yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan ini  di ambil peluang oleh beliau  untuk berjumpa dan beramah mesra dengan segenap penduduk samada yang berada di bandar mau pun du luar bandar.

Bulan ramadhan yang penuh dengan berkat ini sudah pastinya akan di gunakan oleh beliau untuk beribadah serta mengunjungi rumah-rumah ibadah sambil berbuka puasa bersama-sama serta membantu golongan-golongan yang memerlukan untuk sama-sama mengerjakan ibadah dan hari raya aidl fitri yang bakal menjelma.

Kami di Suara Balung sentiasa mendoakan agar YB Datuk Tawfiq DSP Hj Abu BAkar Titingan sentiasa di berikan kekuatan , lindungan dan rahmat allah di dalam menjalan tugas-tugas seharian yang telah di amanahkan.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung.

Salam ramadhan.

Parti Baharu Di Sabah Hanya ‘Kocakan Kecil’ Yang Cuba Nafi Jasa UMNO dan BN – Rosnah



PAPAR, 8 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Rashid Sirlin menyifatkan penubuhan beberapa parti baharu di Sabah termasuk Parti Warisan yang diketuai bekas Naib Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Shafie Afdal sebagai ‘kocakan biasa’ dalam menidakkan sumbangan UMNO kepada rakyat Sabah selama ini.
Walaupun dilihat sebagai ‘kocakan ataupun ancaman kecil’ namun beliau menggesa ahli UMNO untuk meneruskan kerja-kerja parti bagi menangkis usaha pihak pembangkang dalam mengelirukan rakyat khususnya di Sabah ini kononnya pemimpin UMNO tidak mampu membawa kemajuan di negeri ini.
“Di Sabah ini isunya agak berbeza sedikit, pihak pembangkang mainkan isu tanah, pemilikan tanah dan sebagainya namun kita faham dan tahu bahawa mereka (pembangkang) juga tidak akan mampu menyelesaikan isu tersebut namun mereka tetap menaburkan janji-janji manis untuk memikat hati rakyat Sabah bagi menyokong mereka.

“Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Sabah sudah cukup matang untuk menilai antara kaca dan permata kerana mereka sudah mengenali dan tahu di sebalik kepimpinan parti baru siapa orangnya.
“Kalaulah beliau benar-benar ikhlas memperjuangkan rakyat Sabah, seharusnya beliau melakukannya ketika beliau memegang jawatan kanan (menteri kanan) yang bukan diberikan tanggungjawab kecil tetapi jawatan Menteri Luar Bandar yang boleh mengubah negeri Sabah tetapi beliau memilih untuk tidak bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan negeri kerana sikap peribadinya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Papar.
Sehubungan dengan itu tegas beliau rakyat kenalah menilai sikap pemimpin pembangkang yang ada sekarang ini, dalam menentukan masa depan rakyat khususnya di negeri Sabah ini.
Beliau juga menggesa jentera UMNO dan BN tidak lagi dengan bersikap bertahan sebaliknya pendekatan menyerang pembangkang harus dijadikan senjata utama khususnya dalam gerak kerja dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-14 dalam masa yang terdekat ini.
“Kita akan meneruskan kerja-kerja parti, bertemu rakyat, menyelesai ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan beban yang dihadapi rakyat, turun sehingga ke akar umbi menerangkan polisi mahupun inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan mahupun parti,” tambahnya lagi. -MediaUmno

8 Jun 2017

Silaturrahim di eratkan sempena ramadhan-Nizam A.B. Titingan



Sempena dengan kedatangan bulan ramadahan yang penuh keberkatan dan kemuliaaan ini, ianya di gunakan dengan sepenuhnya oleh pemimpin yang sememangnya di kenali dan di sayangi oleh segenap penduduk terutama dari penduduk-penduduk yang berada di Daerah Tawau, khasnya  penduduk Dewan Undangan Negeri Balung  dan sekitarnya. 

Walaupun sibuk dengan tugas-tugas hakiki di peringkat  Negeri Sabah sebagai Ketua Setiausaha Kepada Ketua Menteri Sabah ianya bukan penghalang untuk sentiasa ada  dan sentiasa berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk kampung.
 Dengan kehadiran bulan ramadhan dan bulan yang penuh dengan rahmat ini ianya di gunakan sepenuhnya untuk sama-sama beribadah  dan sama-sama menghayati erti bulan ramadhan yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh setiap umat islam di seluruh dunia.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sememangnya tidak asing lagi kepada penduduk-penduduk Balung,hatta kanak-kanak pun sudah ramai mengenalinya kerana sering datang  dan membantu
terutamanya sekolah-sekolah yang berada di sekitar Balung. Seiring dengan bulan yang penuh keberkatan ini, masjid-masjid serta pusat-pusat ibadah umat islam di kunjungi untuk sama-sama berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat tarawih bersama-sama di setiap masjid dan kampung yang di kunjungi.

Golongan-golongan yang tidak berkemampuan juga tidak di lupakan untuk  sama-sama merasakan nikmat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu masa yang terluang
digunakan sepenuhnya untuk berjumpa dan beramah mesra serta bertanyakan khabar berita dan menghulurkan sedikit bantuan untu meringankan beban  yang di hadapi.

Sesungguhnya amalan sebegini adalah sangat baik untuk terus di amalkan bukan saja di dalam bulan puasa tetapi di setiap bulan di dalam memastikan hubungan
antara pemimpin dan rakyat sentiasa terjalin erat di dalam memastikan segala permasalahan dan keperluan penduduk dapat di selesaikan dan ianya juga dapat mengeratkan tali persaudaraan serta mengurangkan jurang antara pemimpin dan rakyat  agar segala yang dirancang dapat di jalankan sepenuhnya.

Sempena dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita sama-sama meningkatkan iman dan sentiasa bertakwah kepada allah S.W semoga pemimpin yang sentiasa turun dan sedia membantu  di berikan keberkatan dan di berikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada rakyat.

Salam dari bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung...

Salam ramadhan.