27 Jul 2017

Pengalaman mendewasakan kita

Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup. 



1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk dimanafaat bersama pada tahun 2017 ini. 

Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm jalan Allah swt.. 

-- Nukilan perkongsian sahabat-sahabat.

26 Jul 2017

Siapa bakal calon di Parlimen & DUN anda ?



Pilihanraya yang ke 14 bakal menjelma tidak lama lagi yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat Malaysia yang cintakan sistem demokrasi yang di amalkan di Malaysia sejak  pasca kemerdekaan lagi.

Sememang yang menjadi topik hangat di setiap perjumpaan samada di surau-surau maupun kedai kopi ialah "siapakah wakil kita pada kali ini" atau lebih senang Wakil Rakyat.

Terdapat beberapa jenis Bakal Calon yang saya perhatikan ada dan sedang cuba menarik perhatian pihak-pihak yang  berkenaan dengan kata lain sedang "melobi" untuk dipilih untuk menjadi calon pada pilihanraya akan datang.

Perubahan ketara dapat di perhatikan dari tindak tanduk bakal calon dari segi penampilan dan hubungan dengan masyarakat. Ada yang tiba-tiba rajin ke surau tempat di mana mereka sedang melobi untuk menjadi calon dan ada yang sentiasa mesra dengan rakyat walaupun selepas PRU 13 yang sudah lalu kelibat mereka susah di temui dan apabila di talipon ke talipon bimbit mereka, susah untuk diangakt apalagi menjawab panggilan berkenaan.

Ada juga bakal calon yang tiba-tiba menjadi dermawan dengan memberikan sumbangan dengan badan-badan kerajaan dan sebagainya. Walaupun sumbangan nya tidak seberapa tetapi ianya di berikan liputan yang seluasnya dengan tujuan semua orang tahu yang bakal calon berkenaan benar-benar ikhlas dan perihatin sedangkan selama ini mereka lansung tak ada di kawasan dan sangat susah untuk di hubungi apalagi meminta bantuan darinya.

Di samping ramai yang melobi, dari tak pandai senyum tiba-tiba jadi peramah dan tidak lokek dengan senyuman dan keperihatinan, ada juga yang benar-benar berhidmat untuk rakyat, ada juga yang sentiasa ada bila di perlukan dan ada yang sentiasa "kam 1" bila rakyat di kawasan mereka menghadapi musibah dan sebagainya. Bakal Calon yang sebegini seharusnya di berikan peluang untuk menjadi Calon kepada Parti yang akan bertanding kerana jika yang rajin dan sentiasa mendekati rakyat sudah pastinya menjadi pilihan utama kepada pengundi. Bakal calon itu juga hendak dari mereka yang masih muda tapi matang, masih bertenaga, masih aktif dan sentiasa cergas untuk sentiasa ada di lapangan dan bukannya mereka yang sudah berumur sehinggakan susah untuk bersama rakyat jika terpilih menjadi calon dan menang di DUN  ataupun Parlimen berkenaan.

Adalah di harapkan pucuk pimpinan tertinggi samada dari pembangkang maupun parti memerintah memilih Bakal Calon yang di sukai dan di perlukan oleh rakyat dan jangan lah memilih bakal calon yang hanya ingin mempergunakan kedudukan  dan jawatan yang di sandang kelak untuk kepentingan peribadi sehinggakan ianya menyusahkan rakyat yang telah memilih mereka .

Bersambung...........


Ambil Iktibar Perang Hunain Dalam Berdepan PRU 14 – Ahmad Nazlan



JERANTUT, 27 Julai – Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Haji Ahmad Nazlan Idris menyifatkan bahawa Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan bila-bila masa sahaja, adalah cabaran yang sangat penting kepada UMNO dan BN.
Ujarnya, ada pihak yang mengatakan bahawa PRU13, ibu segala peperangan namun PRU14 cabarannya jauh lebih besar yang memerlukan komitmen semua ahli-ahli parti dalam menjayakan agenda besar menang dengan lebih bergaya untuk BN kali ini.

“Apakah selepas PRU14 ini, kita mampu mentadbir negara ini, apakah selepas PRU14 nanti, UMNO mampu menjadi wadah yang sentiasa membela agama, bangsa dan negara kita? Ini bergantung kepada sejauh mana kita setia bersungguh-sungguh membela parti.
“Dalam keadaan serba mewah kita hari ini, dalam keadaan ada di kalangan kita kaya dan senang berbanding satu ketika dulu, dalam kemudahan yang pelbagai dalam negara ini, apakah kita mampu memastikan kemenangan (BN),” ujarnya ketika berucap di Persidangan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini.
Tambahnya, ketika merasmikan Perasmian Pergerakan Sayap UMNO Jerantut baru-baru ini, antara intipati ucapan yang ditekankan ialah bagaimana Allah menguji kehebatan kekuatan tentera Islam dalam Perang Hunain di mana umat Islam berada hebat dengan kekuatan dan mengenetepikan pertolongan Allah swt.
“Peperangan Hunain menyedarkan masyarakat Islam ketika itu, kita jangan angkuh dan bongkak serta sombong bahawa kita sudah ada kekuatan.
“Hari ini ahli UMNO ramai, ahli UMNO kuat, apakah kita melihat pembangkang berada di pihak yang lemah dan mungkin kalah?  Apakah keangkuhan kita menguasai pemikiran kita dalam menghadapi serangan dari musuh kita, parti pembangkang.
“Apakah peperangan Hunain telah menyedarkan kita bahawa masyarakat Islam ketika itu hampir-hampir kalah dengan musuh-musuh Islam? Saya harap, kita ambillah ikhtibar, peperangan itu ada kaitan dengan peperangan yang sedang kita hadapi hari ini.
“Kalau nasi sudah menjadi bubur, tidak ada gunanya lagi. Marilah kita melihat diri kita sejauh penolakan, kesungguhan kita, kebersamaan kita dalam mengangkat perjuangan parti, ataupun masih bersikap mementingkan diri sendiri mengatasi segala-galanya.
“Fokus kita menghadapi pihak musuh iaitu pihak pembangkang, yang sentiasa mahu melihat kehancuran bumi Malaysia ini daripada pemerintahan UMNO dan BN,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Macam Budak-budak… Tawar Diri Bertanding Di Pekan Tapi Cabar Orang Lain Lawan Di Langkawi




KUALA LUMPUR, 25 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak berminat untuk bertanding di kawasan Parlimen Langkawi, Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang susulan beliau dicabar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata beliau masih lagi mahu mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor.
“Itu saya lihat seperti ‘budak-budak’ mencabar saya bertanding di Parlimen Langkawi, maka saya hendak memperingatkan kepada Dr Mahathir bahawa beliau yang menawarkan dirinya sendiri untuk bertanding di Pekan, Pahang.

“Saya tidak pernah menawarkan diri saya untuk bertanding di Langkawi dan saya cukup selesa di Sembrong, jadi tidak perlu saya jawab lebih daripada itu,” katanya ketika diminta mengulas isu beliau dicabar untuk bertanding pada PRU akan datang di kawasan Parlimen Langkawi.
Hishammuddin berkata beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi.
“Apa yang saya nyatakan hari itu  dia yang hendak bertanding di Pekan, bertandinglah…tapi itu hasrat dia (Dr Mahathir), saya tidak pernah menyatakan hasrat saya untuk bertanding di Langkawi.
“Oleh itu, saya rasa amat kecewa pada seorang ahli politik yang sudah veteran dan saya tidak mahu melayan lagi benda-benda sebegini,” katanya.
Pada Ahad lepas, Hishammuddin menyifatkan kenyataan Mahathir untuk bertanding di Pekan pada PRU akan datang sekadar kenyataan bersifat populis.
Hishammuddin juga melihat kenyataan itu bertujuan mengganggu tumpuan anggota UMNO kerana dibuat ketika UMNO bahagian sedang sibuk mengadakan persidangan perwakilan.