26 Jul 2017

Ambil Iktibar Perang Hunain Dalam Berdepan PRU 14 – Ahmad Nazlan



JERANTUT, 27 Julai – Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Haji Ahmad Nazlan Idris menyifatkan bahawa Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan bila-bila masa sahaja, adalah cabaran yang sangat penting kepada UMNO dan BN.
Ujarnya, ada pihak yang mengatakan bahawa PRU13, ibu segala peperangan namun PRU14 cabarannya jauh lebih besar yang memerlukan komitmen semua ahli-ahli parti dalam menjayakan agenda besar menang dengan lebih bergaya untuk BN kali ini.

“Apakah selepas PRU14 ini, kita mampu mentadbir negara ini, apakah selepas PRU14 nanti, UMNO mampu menjadi wadah yang sentiasa membela agama, bangsa dan negara kita? Ini bergantung kepada sejauh mana kita setia bersungguh-sungguh membela parti.
“Dalam keadaan serba mewah kita hari ini, dalam keadaan ada di kalangan kita kaya dan senang berbanding satu ketika dulu, dalam kemudahan yang pelbagai dalam negara ini, apakah kita mampu memastikan kemenangan (BN),” ujarnya ketika berucap di Persidangan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini.
Tambahnya, ketika merasmikan Perasmian Pergerakan Sayap UMNO Jerantut baru-baru ini, antara intipati ucapan yang ditekankan ialah bagaimana Allah menguji kehebatan kekuatan tentera Islam dalam Perang Hunain di mana umat Islam berada hebat dengan kekuatan dan mengenetepikan pertolongan Allah swt.
“Peperangan Hunain menyedarkan masyarakat Islam ketika itu, kita jangan angkuh dan bongkak serta sombong bahawa kita sudah ada kekuatan.
“Hari ini ahli UMNO ramai, ahli UMNO kuat, apakah kita melihat pembangkang berada di pihak yang lemah dan mungkin kalah?  Apakah keangkuhan kita menguasai pemikiran kita dalam menghadapi serangan dari musuh kita, parti pembangkang.
“Apakah peperangan Hunain telah menyedarkan kita bahawa masyarakat Islam ketika itu hampir-hampir kalah dengan musuh-musuh Islam? Saya harap, kita ambillah ikhtibar, peperangan itu ada kaitan dengan peperangan yang sedang kita hadapi hari ini.
“Kalau nasi sudah menjadi bubur, tidak ada gunanya lagi. Marilah kita melihat diri kita sejauh penolakan, kesungguhan kita, kebersamaan kita dalam mengangkat perjuangan parti, ataupun masih bersikap mementingkan diri sendiri mengatasi segala-galanya.
“Fokus kita menghadapi pihak musuh iaitu pihak pembangkang, yang sentiasa mahu melihat kehancuran bumi Malaysia ini daripada pemerintahan UMNO dan BN,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

No comments: