23 Aug 2017

RM 470 juta untuk Empangan air Tawau

Siapa bilang Ketua Menteri Sabah tidak buat kerja , siapa cakap ketua menteri Sabah tidak menyelami denyut nadi rakyat dan tidak tidak peka dengan keperluan rakyat jelata. 

Tidak dapat di nafikan ada perkara yang terlepas pandang oleh pihak kerajaan menyebabkan sesuatu kawasan ketinggalan dari segi kemudahan dan sebagainya.  Tidak dapat di nafikan juga ada daerah yang tidak mendapat peruntukan secepat yang mungkin kerana sesuatu projek yang besar dan memerlukan peruntukan berjuta ringgit dan memerlukan perancangan yang rapi agar ianya dapat dijalankan dengan sempurna serta memberikan  manafaat yang sepenuhnya kepada penduduk setempat.

Tidak dapat di nafikan akan gangguan bekalan air yang sering  terganggu terutama musim kemarau yang musim hujan yang selalu berlakunya banjir menyebabkan bekalan air terganggu kerana pada masa ini loji air Tawau hanyalah menggunakan sungai sebagai sumber bekalan air dan hasil dari inisiatif kerajaan negeri Sabah satu empangan yang dapat menampung keperluan air penduduk Tawau walaupun dalam keadaan kemarau dan musim hujan ianya dapat membekalkan air kepada seluruh penduduk Tawau.

Projek yang membabitkan kos RM 470 juta ini di jangka siapa dan dapat digunakan sepenuhnya  menjelang tahun 2021. Jika siap kelak ianya dapat membekalkan air kepada seluruh penduduk dan sudah pastinya ianya dapat meningkatkan taraf hidup dan kemudahan asas penduduk Tawau khas nya.

Sesunggunya kerajaan Negeri sentiasa memikirkan akan permasalahan yang di hadapi dan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk rakyat. Tahniah juga kepada pemimpin Negeri Sabah walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu Sabah sentiasa mendapat keutamaan dalam segala aspek ekonomi sosial dan sebagai nya.

Tahniah teruskan usaha dalam menyelami denyut nadi rakyat.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

#kamigengcmsabah


22 Aug 2017

Kesetiaan rakyat menjadi pendorong untuk terus bekerja-Musa Aman

Barisan Nasional Sabah masih lagi parti yang terbaik untuk penduduk Sabah dan Umno Sabah sudah semestinya lah menjadi pilihan utama kepada segenap lapisan masyarakat yang berada di kampung-kampung maupun yang ada di bandar- bandar pantai barat dan pantai timur dan seluruh Sabah.

Di bawah kepemimpinan YAB Datuk Sri Panglima Musa Aman,
Sabah bertambah maju  dari segi sosial, ekonomi dan sebagainya. Walaupun banyak tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang tetapi itu bukanlah alasan untuk YAB Ketua Menteri sabah untuk terus bekerja keras bersama barisan kabinet, pemimpin tertinggi maupun pemimpin akar umbi untuk dan pada masa yang sama golongan yang memerlukan mendapat pembelaan yang  sepatutnya.

Jangan berhenti , teruskan usaha membantu dan mendekati rakyat kerana itulah senjata utama Barisan Nasional dan  kekuatan Umno Sabah di dalam memastikan rakyat ter bela dan Sabah menikmati limpahan ekonomi seperti yang kita lihat pada ketika ini bermacam-macam projek mega seperti PAN Borneo yang akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan sebagainya di dalam memastikan Sabah turut sama menikmati kemewahan seperti negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.

Teruskan kan mengalas amanah yang rakyat sudah berikan kepada Pasukan Kabinet negeri Sabah kerana sesungguhnya rakyat akan memilih kerajaan yang perihatin, yang mengambil berat dan sentiasa mendampingi rakyat dan tidak sesekali memilih mereka-mereka yang boleh di ibaratkan pemimpin bermusim,  kerana hanya datang bila musim pilihan raya dan menaburkan segala janji tetapi hilang bila mana musim pemilihan sudah berakhir .

Kami tatap akan bersama dan menyokong pemimpin yang ada kini dan memastikan Sabah Tatap milik Barisan Nasional.

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

#kamigengcmsabah.

11 Aug 2017

Sabah miliki syarikat carigali minyak hasil usaha Ketua Menteri Sabah



Ramai yang sering mempersoalkan akan royalty minyak yang di berikan kepada kerajaan Sabah dan semua negeri-negeri yang ada di Malaysia oleh Syarikat Petronas dan Kerajaan Malaysia sangat sedikit dan tidak kurang ada permintaan dari kerajaan negeri agar ianya di naikkan kepada tahap yang maximum.
Atas dasar itu kerajaan Negeri Sabah di bawah kepemimpinan YAB DSP Musa Hj Aman telah mencipta peluang agar Kerajaan Negeri sabah sendiri menubuhkan  Sayarikat carigali dan pengeluaran minyak (E&P) di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut  di samping menggunakan anak-anak tempatan sabah sebagai  pekerja dan sebagainya.

Akhirnya pada awal tahun 2016 maka tertubuhlah Sabah Internasional Petrolium Sdn Bhd (SIP) yang dulunya di kenali sebagai M3nergy Sdn Bhd sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Sabah dengan nilai pengangan sebanyak 100 peratus (100 %)  dan ianya juga menjadi sejarah kerana menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki syarikat  E&P nya sendiri.

Pada awal tahun 2016 ini, SIP telah pun mempunyai aset-aset utama (yang cukup produktif) seperti Floating Production Storage Offloading (FPSO). FPSO adalah pelantar produksi minyak mentah petroleum yang boleh bergerak atau berpindah dari satu telaga minyak di laut, ke satu telaga minyak di lokasi yang lain.
Kini, SIP telah menjadi antara PEMAIN UTAMA dalam industri Petroleum di rantau ini, bersaing bersama nama-nama besar seperti Shell, Exxon, SapuraKencana, Petronas Carigali, dan lain-lain. Tahniah dan Syabas kepada Kerajaan Negeri Sabah! MOVING FORWARD & BEYOND!
Jadi siapa cakap pemimpin kerajaan Sabah di bawah kepemimpinan YAB Musa Hj Aman tidak mengutamakan negeri Sabah, tidak memikirkan akan hal-hal Sabah, dalam diam beliau telah merencanakan perancangan yang rapi agar kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada royalty minyak sebaliknya membuat sendiri aktiviti berkenaan seterusnya memberikan pulangan 100 % serta memberikan peluang kepada warga Sabah dalam bidang pekerjaan dan perniagaan dengan terwujud nya syarikat cari gali ini dan sudah pasti kerajaan negeri Sabah akan mendapat keuntungan yang maksimum dan seterusnya keuntungan tersebut akan di gunakan untuk pembangunan dan benatuan kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Tahniah CM dan barisan pemimpin-pemimpin negeri Sabah.
#kamigengcmsabah.


Salam dari Bumi Balung..

7 Aug 2017

Anggota UMNO, BN Sabah Perlu Berani Jelaskan Sumbangan Kerajaan - Salleh




KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) --  Anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah perlu berani menjelaskan sumbangan dan kejayaan kerajaan yang diterajui UMNO dan BN dalam membangunkan negeri itu kepada rakyat, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata ini kerana terlalu banyak sumbangan UMNO dan BN yang kini dinikmati rakyat Sabah namun kurang diketahui.

"Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, jelas bahawa kita telah maju ke depan dan ini adalah fakta yang kita boleh terangkan kepada masyarakat termasuk di Penampang ini.

"Kalau kita lihat dari segi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar Sabah,  pada 2010 ialah RM58.1 bilion, 2011  sebanyak RM59.3 bilion;   RM66.3 bilion  pada 2015 dan RM70.4 bilion pada 2016," katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Penampang di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu, dari segi pendapatan perkapita rakyat pula,  pada 2010 ialah RM17,831;  RM18,932 (2011) dan RM19,730 (2015).

Dari segi kadar kemiskinan pula kata Salleh,  kadar kemiskinan di Sabah pada 2009 ialah 19.7 peratus; 8.1 peratus (2012); 4.0 peratus (2014) dan 3.4 peratus (2016).

"Ini angka-angka yang sahih. Ini fakta. Ini perlu kita terangkan kepada masyarakat kita di Sabah ini, apatah lagi di kawasan Penampang. Kita tidak boleh takut memberi penjelasan kerana  kita berkata yang benar. Ini fakta.

"Gabenor Bank Negara sendiri mengatakan bahawa di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk (Seri) Musa Aman, ekonomi Sabah bergerak maju. Ini (laporan) Bank Negara. Laporan Ketua Audit Negara pula (menyebut bahawa) tiga tahun berturut-turut Pengurusan Kewangan Sabah 'Amat Baik'," katanya.

Menurut Salleh segala fakta mengenai pencapaian kerajaan BN perlu dijelaskan bagi menangkis segala tohmahan parti-parti pembangkang yang sentiasa memutarbelitkan fakta seolah-seolah kerajaan tidak melakukan apa-apa.

Katanya anggota UMNO dan BN juga perlu mendedahkan segala kelemahan parti-parti pembangkang termasuk kegagalan mereka menyumbang kepada rakyat agar rakyat dapat memahami dan membezakan antara pembangkang dan parti pemerintah.

"Di Penampang ini apa yang pembangkang lakukan? Mereka cuma berpindah parti. Dulu dalam Parti Keadilan Rakyat sekarang dalam parti Warisan. Apa sumbangan mereka kepada rakyat? Yang telah memberi sumbangan ialah BN," tegas Salleh.

Salleh juga menolak tanggapan pembangkang kononnya merekalah yang menjuarai perjuangan hak-hak Sabah melalui slogan 'Sabah untuk Orang Sabah'  sedangkan perjuangan untuk tujuan itu sebenarnya telah dilakukan sejak dahulu oleh pemimpin dari Sabah dalam kerajaan BN.

Katanya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin dan rakyat Sabah diberi ruang untuk menyuarakan kehendak dan pandangan mereka dan  Najib sedia mendengar serta berunding mengenai perkara berkenaan.

Malah kata Salleh,  tidak pernah dalam sejarah tiga pemimpin daripada kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) dilantik sebagai menteri penuh dalam dalam kabinet persekutuan kecuali pada zaman kepimpinan Najib dan ia merupakan pengiktirafan kepada KDM.

Mengenai kawasan Parlimen Penampang pada pilihan raya umum akan datang, Salleh yakin  BN boleh merampas semula kerusi berkenaan sekiranya semua komponen parti BN bekerja sebagai satu pasukan.

--BERNAMA            

1 Aug 2017

"Tolong Kami Kasian" rayu penjaja Taman Sawit kepada Ahli Majlis dan Presiden MPT



Assalamualaikum w.w


Di kesempatan pagi ini saya ingin membicarakan tentang keresahan dan kerisauan penjaja-penjaja yang beroperasi di Taman Sawit Balung. Saya anggapkan mereka penjaja tidak sah kerana mereka ini tidak mendapat kebenaran dari tuan punya tapak dan pihak berkuasa iaitu Majlis Perbandaran Tawau.

Walaupun mereka di lihat sebagai penjaja-penjaja "yang tidak sah " tetapi apa yang mereka jual serta niagakan ialah bahan-bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ikan dan sebagainya ada lah halal dan sudah semestinya halal dari segi pandangan Islam dan masyarakat Balung khas nya.

DI akhir-akhir ini perniagaan mereka selalu terganggu kerana di serbu oleh pihak berkuasa termpatan iaitu Majlis Perbandaran Tawau.  Mereka juga tidak menyalahkan MPT yang menjalankan tugas untuk membenteras peniaga berkenaan kerana pihak majlis terpaksa menjalankan tanggungjawab  dan menyelasaikan aduan-aduan yang banyak berkenaan dengan peniaga yang berniaga di kawasan Taman Sawit Balung Tawau.

Saya adalah salah seorang penduduk Taman Sawit yang secara hariannya berurusan dan bertemu dengan peniaga-peniaga ini.  Sememangnya kewujudan peniaga ini sedikit sebanyak mengganggu keindahan Taman Sawit dengan  binaan-binaan pondok yang tidak sekata dan sedikit bercelaru jika di lihat dari dekat maupun dari jauh. 

Di samping ketidak indahan yang di pamirkan, kehadiran peniaga-peniaga yang di katakan tidak sah ini juga sangat memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk Taman Sawit dan penduduk Pekan Balung keseluruhan nya. Kami boleh membeli bahan makan harian dengan harga yang berpatutuan, cepat dekat dan sudah semestinya segar dari ladang dan laut berdekatan. Bayangkan jika peniaga ini tiada, penduduk Balung terpaksa mencari bahan-bahan basah di bandar Tawau yang jauhnya kira-kira 24 batu dan ianya mengambil masa selama 2 jam jika menggunakan kenderaan untuk pergi dan balik hanya untuk membeli ikan dan sayuran.

Menurut seorang penjaja yang saya temui yang hanya mau di kenali sebagai "awie" mereka
akur dengan larangan yang di kenakan oleh pihak yang berwajib, "tau jugak kami kasian kami di larang bajualan, tapi kami pandai-pandai lah, kalau kami endak bajualan apalah bikin pambayar flet Balung, apalah bikin pambayal sekolah dan apalah kami makan anak baranak sedangkan bapakku di rumah sakit kasian,  sedangkan ini pun kami cucuk-cukup makan saja ini bajualan, nah kalau lansung endak bajualan makan apalah kami anak baranak'.

" Sekarang saya kalo pigi manjual aku pakek celana panjang dan semua jualanku aku letak atas garobak (kereta sorong) kalau MPT datang aku lari laju laju sambil tolak karoba kasiang, pernah sekali aku lintas jalan sikik aku di langgar karita, tapi alhamdulillah Allah masih sayang saya yang mencari makan untuk keluargaku".

" Saya ni kasian, tauk juga ba, Presiden MPT itu sebenarnya ada hati dan perasaan mesti dalam hatinya ada perasaan untuk bantu kami. Kami juga tau Ahli-ahli majlis yang di lantik adalah orang-orang yang baik-baik serta perihatin sama masalah kami apalagi mereka ini adalah orang yang selalu kami jumpa , jadi tolonglah kasian kalo boleh kami merayu dan kami boleh kami melutut di depan tuan semua supaya kami di benarkan berniaga secara sah. Kami sanggup membayar apa saja bayaran yang di kenakan oleh pihak MPT dan akan mengikuti apa saja syarat  kerana jika tak berniaga dapur kami tak berasap dan kami anak beranak mau makan apa, kata seorang peniaga sambil mengesat airmata yang sudah mengalir sejak mula lagi perbualan kami.

Pada saya Pihak MPT dan Ahli Majlis MPT pada masa ini sedang memikirkan untuk membantu mereka dan sememangnya kita tahu ahli majlis MPT sentiasa perihatin apalagi jika ianya melibatkan permasalahan orang-orang kampung yang memerlukan bantuan. Jadi di kesempatan bulan kemerdekaan ini saya bagi pihak peniaga-peniaga yang berniaga di kawasan berkenaan memohon simpati dari pihak Ahli Majlis MPT dan preriden MPT  agar peniaga ini di berikan peluang mencari sesuap nasi dengan berniaga di kawasan berkenaan.  Saya juga mengkarapkan jika di luluskan kelak, pihak MPT memberikan peraturan yang ketat seperti aspek kebersihan dan pemilikan gerai itu sendiri agar ianya tidak dijadikan gerai alibaba sahaja.

Keperihatinan dan keambil pedulian tuan-tuan dan puan-puan  didalam memastikan peniaga dapat mencari sesuap nasi melalui aktiviti jualan di kawasan berkenaan dan  di harap, peraturan yang ketat dapat di kenakan agar kawasan pekan Balung berkenaan akan sentiasa bersih indah dan menjadi tumpuan penduduk dan pelancung untuk terus berkunjung ke kawasan ini.

Salam Bulan kemerdekaan

Salam dari Bumi Balung.

Semuanya ada di Balung ada di Balubg