Impian Penduduk Taman Sawit Balung Tawau yang mengidamkan untuk membina sebuah Masjid di kawasan Taman berkenaan bakal terlaksa. Dengan kerjasama dan muafakat daripada semua penduduk, satu masyuarat telah diadakan pada malam kelmarin dan ianya diadakan khas bagi membincangkan akan pembinaan Masjid Taman Sawit Balung Tawau.
Hasil perbincangan tersebut yang di hadiri oleh semua AJK Penaja sebulat suara telah memilih lokasi untuk mendirikan Masjid ialah di Taman Permainan Taman berkenaan. Satu pungutan suara juga telah di adakan pada bulan yang lalu dan hampir semua penduduk yang mendiami kawasan berkenaan telah sebulat suara menandatangani persetujuan mendirikan masjid di kawasan Taman berkenaan.
Oleh yang demikian masyuarat pada malam tadi telah memutuskan majlis pecah tanah dan majlis pembinaan Masjid berkenaan akan bermula pada 1/10/2017 bersamaan dengan hari minggu. Pihak AJK Penaja Masjid berkenaan dengan sukacitanya menjemput penghunu-penghuni Taman Sawit untuk sama-sama hadir untuk menyaksikan detik yang sangat bersejarah dan di nanti-natikan oleh setiap penduduk Taman Sawit Balung.
Adalah diharapkan, dengan terbinanya Masjid ini nanti ianya bukan saja menjadi rumah ibadah tetapi menjadi pusat komuniti dan dan nadi pentadbiran untuk Taman Sawit di dalam mengatur dan menyelesaikan segala permasalahan yang di hadapi oleh penduduk Tawan dan kumuniti sekitarnya.
Akhirkata, syukur kehadrat allah S.W kerana dengan kesepakatan, dengan kesabaran dan dengan kesatuan dan keinginan yang tidak pernah jemu yang di tunjukkan oleh penduduk TAman Sawit Balung, akhirnya pembinaan Masjid ini akan di mulakan.
Salam dari Bumi Balung...
Semuanya ada di Balung ada di Balung
No comments:
Post a Comment