15 Nov 2017

Catatan perjalanan ku...

Alhamdulillah, perasaan syukur di panjatkan ke hadrat allah S.W kerana limpah dan kurnianya, tahun ini saya dapat menyambut harijadi saya dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia di samping keluarga dari dulu sehinggahlah kini.

Walaupun acara kali ini di sambut dengan hanya bersendirian ianya bukan lah penghalang untuk saya membulatkan tekad untuk terus memperbaiki diri dan lebih fokus kepada tanggungjawab seharian serta urusan keluarga  dan sebagainya. 

Sendiri bukan bermaksud  sendirian kerana pada waktu dan ketika ini saya di kelilingi oleh ribuan orang yang sedang dan akan menuju ke destinasi masing-masing, cuma tidak seorang pun yang aku  kenali dan jauh sekali untuk sama-sama meraikan ulang tahun ke lahiran saya. Biasanya pada setiap malam hari jadi,saya akan di kelilingi oleh isteri dan 4 orang anak-anak sambil menikmati juadah yang sederhana yang di sediakan oleh isteri dan anak-anak. Di samping menikmati hidangan, isteri dan anak-anak sudah pasti memberikan ucapan tapi malam ini ianya agak berbeza demi sebuah tujuan.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.15 tengah malam pada tarikh 15-11-2017 dan rata-rata dari orang yang ada di sekeliling saya tidak menunjukkan sebarang tanda keletihan sedangkan saya sudah terasa mengantok yang amat sangat.  Sambil menyorong troli untuk yang mengandungi beg yang agak ringan tetapi sedikit besar dan ianya terpaksa di masukkan kedalam kargo.  Keadaan sangat sejuk, ditambah lagi saya hanya menggunakan dua helai kain menutupi badan yang hanya di ikat di pinggang dan di lilit di sekeliling badan dan sudah pastinya perasaan ragu dan bimbang akan terjadi nya sesuatu yang tidak dijangkan terhadap pemakaian berkenaan.

Demi satu pencarian, demi satu keinginan untuk mendekatinya semuanya itu bukan lah halangan dan semua itu bukan lah masalah yang besar untuk dihadapi. Perjalanan mungkin mengambil masa 10 ke 12 jam dan sudah semestinya ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal, akan tetapi doa dan kata-kata semangat dari keluarga dan rakan-rakan sudah pastinya menjadi pembakar semangat untuk aku menjalaninya dengan fokus yang sepenuhnya dengan ilmu yang  ada di dada agar segala yang di lakukan akan sempurna dan mendapat keberkatan darinya.

Sesungguhnya harijadi tahun ini adalah yang sangat bermakna dan sangat bernilai dalam hidup ini kerana ianya dapat di raikan benar-benar di tempat yang menjadi tujuan umat islam di seluruh dunia.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung........

"aku memenuhi panggilanmu ya Allah aku memenuhi panggilan mu"

klia2
1038pm



No comments: