Sudah 9 hari penduduk Taman Apas permai Tawau tidak mendapat bekalan air bersih daripada pihak Jabatan Bekalan Air Tawau. Di dalam sembilan hari berkenaan penduduk terpaksa mendapatkan air untuk makan, minum dan sebagai nya diantaranya ialah air hujan, air sungai dan air yang ada di pasaran seperti mineral water dan sebagainya.
Pihak AJK KRT Taman Apas Permai juga sudah ada berhubung
serta berjumpa dengan pihak Jabatan Air Tawau cuma jawapan yang di terima adalah, "pihak Jabatan Air Tawau masih mencari punca kenapa berlakunya tekanan air rendah dan tidak sampai di kawasan Taman Apas Permai sedangkan di kawasan sekitarnya sudah dapat bekalan air bersih.
Menurut seorang penduduk yang sempat saya temui sudah ada penduduk yang mendapat sakit akibat dari ketiadaan bekalan air diantaranya ada yang mendapat cirit-birit, demam dan sebagainya. Semua ini berlaku kerana mereka mendapat sumber air yang tidak di jamin kebersihan nya seperti dari sungai batu 15 dan air hujan.
Menurut seorang pnduduk lagi dia terpaksa membelanjakan ratusan ringgit semata-mata untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan yang paling menyayat hari mereka terpaksa makan di kedai dan mengeluarkan kos yang tinggi kerana tidak dapat memasak kerana tiada bekalan air.
Yang paling menyayat hati ada diantara penduduk islam yang terpaksa menggunakan tisu semasa membuang air kerana lansung tiada air untuk tujuan membersihkan diri.
Adalah di harapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab agar mencari punca sebenar masalah ini kerana ianya sudah mengambil masa yang agak lama dan sudah pastinya ianya membuatkan penduduk resah kerana ramai yang sudah jatuh sakit dengan keadaan ini.
Semoga di ambang Krismas yang bakal menjema dan tahun baru isu ini akan dapat di selesaikan dan ianya memberikan keceriaan kepada penduduk Taman dalam menyambut perayaan dan tahun baru yang bakal menjelma.
Salam dari bumi Balung...
Semuanya ada di Balung ada di Balung....