5 Jan 2018

Bersama menuju "Balung" yang gemilang.




Assalamualaikum dan salama sejahtera kepada seluruh rakan-rakan yang sering melayari serta membaca dan memberikan komen-komen yang positif di dalam saya terus berusaha untuk memperbaiki setiap apa yang saya tulis agar segala maklumat dapat di terima sepenuh nya oleh setiap pembaca.

Terlebih dahulu saya inigin mengucapkan selamat tahun baru 2018 semoga tahun ini membawa lebih tuah, rezeki dan kesihatan yang terbaik kepada setiap pembaca balungkini.blogspot.com.

Balung adalah sebuah pekan yang dahulunya hanya dikelilingi oleh ladang-ladang sawit dan ladang-ladang koko yang dimiliki oleh orang perseorangan serta GLC Sabah.Pada waktu itu rata-rata penduduknya bekerja di ladang-ladang dan sebahagian nya bekerja dengan kerajaan.

Pada 5 tahun kebelakangan ini Balung sudah jauh berubah dari segi prasarana seperti jalan raya, pusat pendidikan,pusat perniagaan dan sebagainya. Tidak kurang juga dengan taman-taman perumahan seperti Taman Sawit, Taman Apas permai dan Flet Sri Balung yang menempatkan ribuan penduduk untuk bermastautin di kawasan Balung.

Dengan pertambahan penduduk yang begitu pesat sekali sudah pastinya ada kemudahan yang mungkin akan terlepas padang dan tidak dapat di sediakan dalam masa terdekat tapi sudah pastinya ianya menjadi keutamaan kepada pemimpin setempat untuk memberikan perkhidmatan yang tebaik kepada setiap penduduk yang ada di sekitar Balung.

Tidak  di nafikan jasa serta  pengorbanan yang sudah di lakukan oleh pemimpin Balung untuk menjadikan Balung dapat bersaing dengan pekan-pekan yang lain, dapat menyediakan satu kawasan yang boleh merancakkan ekonomi di kawasan ini dan kearah itu sudah semestinya ianya memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama dari pemimpin dan penduduk yang ada di Balung.

Saya akan mengupas secara dalam tentang apa jua aktiviti dan kegiatan yang ada di sekitar Pekan balung, semoga laman ini dapat menjadi rujukan kepada setiap pembaca untuk mendapatkan maklumat terutama mengenai Balung di entri yang akan datang..

Salam dari Bumi Balung..


Semuanya ada di Balung ada di Balung...

No comments: