21 Dec 2021

Sawit Kinabalu bayar dividen interim ke-3 lebih RM14 juta


 KOTA KINABALU: Ketua Menteri yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan pembayaran dividen interim ketiga sebanyak RM14,448,000.00 daripada Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Kerajaan Negeri.

Pembayaran dividen interim itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, yang mewakili kerajan negeri, pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu hari ini.

Sawit Kinabalu berjaya merekod keuntungan sebanyak RM333 juta sebelum cukai berbanding unjuran sebanyak RM131 juta iaitu yang tertinggi dalam sejarah sejak syarikat ini diperbadankan 25 tahun yang lalu.

Sementara itu, Bacho berkata melalui keuntungan yang diperolehi ini, Sawit Kinabalu akan membayar RM14,448,000.00 kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai dividen interim yang ke-3 selepas pembayaran dividen bagi suku pertama dan kedua tahun 2021 iaitu sebanyak RM10,000,000.00 pada bulan September yang lalu.

Jumlah dividen yang dibayar sebanyak 24.4 juta ringgit pada tahun ini adalah pertambahan kepada jumlah dividen sebanyak RM1.2 bilion yang telah dibayar kepada pihak Kerajaan Negeri sejak tahun 1996.

Turut berlangsung pada hari yang sama adalah acara Menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Hernan Corporation Sdn Bhd bagi projek kerjasama menjalankan penanaman buah durian.



Memorandum persefahaman itu juga telah ditandangani oleh Bacho dan Puan Anna Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hernan Corporation Sdn Bhd. Memorandum persefahaman yang dimeterai ini bertujuan membangunkan projek tanaman durian; termasuk pemasaran dan pengeksportan buah durian asli dan produk nilai tambah berasaskan durian ke pasaran domestik dan antarabangsa seperti Australia, China, Japan, Amerika Syarikat dan lain lain lagi.

Melalui kerjasama strategik ini, Hernan Corporation Sdn Bhd akan membantu Kumpulan Sawit Kinabalu dalam perkongsian maklumat dan kepakaran, penyelidikan dan teknologi untuk memastikan projek ini dapat memberi dan membuahkan pulangan yang lumayan.\

Sumber Disini

14 Dec 2021

Sawit Kinabalu catat keuntungan 320juta-Ketua Menteri Sabah

 


           





Kerajaan negeri berbangga dengan Sawit Kinabalu yang kini berusia 25 tahun dan sentiasa menunjukkan prestasi yang
terbaik
. Kumpulan Sawit Kinabalu bukan saja telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor perniagaan malahan dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).
Syarikat ini telah menyantuni segenap lapisan masyarakat di hampir seluruh Sabah melalui pelbagai saluran bantuan terutamanya dari segi bantuan kewangan.

Selain itu, saya difahamkan oleh Datuk Pengarah Urusan bahawa Kumpulan Sawit Kinabalu telah mula melebarkan sayapnya dalam mempelbagaikan kegiatan perniagaan ke arah industri lain seperti pembangunan hartanah, cash crop, penternakan lembu pedaging serta burung walit supaya kekal relevan sebagai sebuah “investment arm of the state government”.
Hari ini kita telah menyaksikan Kumpulan Sawit Kinabalu menandatangani tiga

(3) Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dengan tiga (3) organisasi yang berlatar belakangkan pendidikan dan pengeluaran gula dari tandan kosong buah sawit iaitu pertama antara Sawit Kinabalu Encotech (Subsidiary Company) dan All Cosmos Industries Sdn Bhd, kedua antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan yang ketiga antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dengan IIPM Sabah Regional Chapter.

Kumpulan Sawit Kinabalu berjaya mencatat keuntungan sebelum cukai yang tertinggi dalam sejarah sejumlah lebih daripada RM320 juta pada tahun ini berbanding unjuran sebanyak RM131 juta.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi terima kasih atas Anugerah Felo Kehormat International Institute of Plantation Management (IIPM) yang diberikan kepada saya. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi IIPM, Datuk Hj Daud Hj Amatzin.

Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada Kumpulan Sawit khususnya kakitangan dan barisan pengurusan dan selamat menyambut ulang tahun yang ke-25.


Sumber : di sini


#SabahMajuJaya 

8 Dec 2021

Terimakasih CM Sabah. Commercial Collaboration Agreement (CCA) di antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS

 


Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial - Commercial Collaboration Agreement (CCA) di antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS

Penantian rakyat Sabah untuk memiliki kuasa dan kawalan yang lebih besar terhadap industri minyak dan gas bagi negeri ini sudah berakhir setelah berdekad lama.
Hari ini telah terlakar detik bersejarah di mana kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menubuhkan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri ini iaitu SMJ Petroleum Sdn Bhd hasil daripada keputusan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di Menara Kinabalu.
Sejajar dengan terma dan syarat CCA, kerajaan negeri berhasrat menubuhkan syarikat milik penuh negeri ini untuk terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas.
Kita yakin CCA akan mampu mewujudkan satu persekitaran yang lebih inklusif untuk industri minyak dan gas Sabah menerusi perkongsian hasil yang lebih besar serta penyertaan dan penguasaan yang lebih luas terhadap hal berkaitan minyak dan gas.
Menerusi CCA, beberapa jawatankuasa akan dibentuk antaranya Dialog Strategik Tahunan (ASD), Jawatankuasa Penyelarasan Bersama (JCC) serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil dalam bidang `Upstream, Domestic Gas Supply, Equity Investments in LNG & Downstream businesses, Oil & Gas Services & Equipment Industry dan Human Capital Development & Other State matters’ di mana ahlinya adalah daripada kerajaan negeri dan PETRONAS.
Saya sendiri akan mengetuai ASD yang merupakan platform perbincangan tertinggi dalam kerjasama ini bagi memastikan Sabah mendapat manfaat sepenuhnya pada masa hadapan bersama dengan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh.
Dalam hal yang sama, PETRONAS telah bersetuju menyerahkan hak untuk mengakses data dalam industri minyak dan gas Sabah bagi memudahkan perbincangan dalam ASD, JCC dan jawatankuasa teknikal di bawahnya menerusi CCA serta membenarkan penyertaan syarikat atau kontraktor dari Sabah dalam Program Pembangunan Vendor. Sebagai tambahan, PETRONAS akan meneruskan pembayaran tunai royalti dan Cukai Jualan Negeri serta berusaha memberikan lebih banyak kontrak kepada rakyat Sabah dalam proses tender. Maka, saya berharap peluang ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Sabah.
Saya rakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS kerana sentiasa mendengar tuntutan Sabah serta jawatankuasa teknikal CCA yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun untuk kerajaan negeri bersama Ir. Mohamed Firouz Asnan dari PETRONAS serta Datuk Sri Lim Haw Kuang atas kejayaan ini.
#SabahMajuJaya

Sumber :https://www.facebook.com/yabhajiji