8 Dec 2021

Terimakasih CM Sabah. Commercial Collaboration Agreement (CCA) di antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS

 


Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial - Commercial Collaboration Agreement (CCA) di antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS

Penantian rakyat Sabah untuk memiliki kuasa dan kawalan yang lebih besar terhadap industri minyak dan gas bagi negeri ini sudah berakhir setelah berdekad lama.
Hari ini telah terlakar detik bersejarah di mana kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menubuhkan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri ini iaitu SMJ Petroleum Sdn Bhd hasil daripada keputusan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di Menara Kinabalu.
Sejajar dengan terma dan syarat CCA, kerajaan negeri berhasrat menubuhkan syarikat milik penuh negeri ini untuk terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas.
Kita yakin CCA akan mampu mewujudkan satu persekitaran yang lebih inklusif untuk industri minyak dan gas Sabah menerusi perkongsian hasil yang lebih besar serta penyertaan dan penguasaan yang lebih luas terhadap hal berkaitan minyak dan gas.
Menerusi CCA, beberapa jawatankuasa akan dibentuk antaranya Dialog Strategik Tahunan (ASD), Jawatankuasa Penyelarasan Bersama (JCC) serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil dalam bidang `Upstream, Domestic Gas Supply, Equity Investments in LNG & Downstream businesses, Oil & Gas Services & Equipment Industry dan Human Capital Development & Other State matters’ di mana ahlinya adalah daripada kerajaan negeri dan PETRONAS.
Saya sendiri akan mengetuai ASD yang merupakan platform perbincangan tertinggi dalam kerjasama ini bagi memastikan Sabah mendapat manfaat sepenuhnya pada masa hadapan bersama dengan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh.
Dalam hal yang sama, PETRONAS telah bersetuju menyerahkan hak untuk mengakses data dalam industri minyak dan gas Sabah bagi memudahkan perbincangan dalam ASD, JCC dan jawatankuasa teknikal di bawahnya menerusi CCA serta membenarkan penyertaan syarikat atau kontraktor dari Sabah dalam Program Pembangunan Vendor. Sebagai tambahan, PETRONAS akan meneruskan pembayaran tunai royalti dan Cukai Jualan Negeri serta berusaha memberikan lebih banyak kontrak kepada rakyat Sabah dalam proses tender. Maka, saya berharap peluang ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Sabah.
Saya rakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS kerana sentiasa mendengar tuntutan Sabah serta jawatankuasa teknikal CCA yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun untuk kerajaan negeri bersama Ir. Mohamed Firouz Asnan dari PETRONAS serta Datuk Sri Lim Haw Kuang atas kejayaan ini.
#SabahMajuJaya

Sumber :https://www.facebook.com/yabhajiji

No comments: