11 Apr 2019

Kemana arah PPBM Sabah ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di kesempatan ini kami di Balung Kini ingin mengucapkan Selamat hari Pekerja dan selamat menyambut Bulan yang penuh berkat iaitu Bulan Ramadan yang akan menjelma pada bulan hadapan iaitu bulan May 2019.


Mungkin sudah agak lama Balung Kini tidak mengeluarkan sebarang artikel ataupun tulisan untuk tujuan bacaan dan panduan kepada pembaca setia Balung kini yang berada di sekitar daerah Tawau  ataupun di mana mana sahaja. Ini tidak bermakna Balung Kini tidak lagi mengikuti perkembangan  keadaan semasa yang berlaku di Tawau tetapi lebih menumpukan kepada kerja-kerja hakkiki dan hanya banyak memerhati akan scenario politik yang berlaku akhir-akhir ini.

Seperti yang umum ketahui PH ataupun  Pakatan Harapan telah memenangi PRU 14 yang baru berlalu dan telah memenenagi kerusi dihampir semua Negeri  termasuklah Sabah. Pada PRU yang lepas BN memenangi 29 kerusi DUN PH memenangi 29 kerusi dan bebeas 2 kerusi. Keadaan ini agak tergantung  dan sesebuah kerajaan yang memerintah hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 31 kerusi untuk mejoriti dan memerintah negeri Sabah.

Setelah beberapa perkara yang berlaku akhirnya PH yang di ketuai oleh Parti Warisan telah mendapat kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan dengan memilih Datuk Sri Shafie Apdal sendiri menjadi ketua Menteri yang pertama Sabah dari Blok Pakatan Harapan.

Di tahun 2019 beberapa perkara yang tidak terfikir boleh terjadi  terutamanya penghijraan yang berlaku daripada kalangan Ahli DUN Sabah daripada UMNO yang kesemuanya telah  keluar Parti dan memilih untuk menyertai PPBM yang di pengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad. Pada pelancaran dan perasmian yang telah diadakan pada 6/4/2019 baru baru-baru ini kesemua mantan ADUN Umno telah menerima Kad Keahlian PPBM yang di sampaikan sendiri oleh Pengerusi PPBM dan di saksikan oleh hamper 35,000 orang yang hadir pada waktu berkenaan.

Jika di perhatikan daripada kehadiran semasa pelancaran berkenaan, ianya mendapat sambutan yang agak luar biasa daripada penduduk Sabah khasnya jika dibandingkan dengan sambutan kemasukan UMNO ke Sabah pada suatu masa dahulu. Semangat semua ahli dan bakal ahli yang hadir begitu berkobar-kobar ingin melihat PPBM melebarkan sayap serta ingin melihat PPBM memajukan Sabah lebih baik daripada zaman pemerintahan kerajaan terdahulu..

Kini, PPBM talah rasmi berada di Sabah dan telah rasmi mempunyai keahlian di Sabah di Negeri Di Bawa Bayu dan di khabarkan pada hari pelancaran  tersebut hampir 120,000  borang permohonan keahlian orang-orang Sabah telah di serahkan kepada pengerusi PPBM sendiri. Dengan angka yang berkenaan menunjukkan PPBM sudah pasti mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk Sabah dan ini juga menunjukkan penduduk Sabah bersedia untuk berubah dan bersedia untuk menerima limpahan rahmat dan kemajuan daripada kepemimpinan yang baru

Adalah di harapkan dengan bertapaknya PPBM di Sabah dapat membantu pemerintahan Parti Warisan  untuk memastikan Negeri Sabah dapat maju standing dengan negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia.

Bersambung....

Salam dari Bumi Balung...