Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Di kesempatan ini kami di Balung Kini ingin
mengucapkan Selamat hari Pekerja dan selamat menyambut Bulan yang penuh berkat
iaitu Bulan Ramadan yang akan menjelma pada bulan hadapan iaitu bulan May 2019.
Mungkin sudah agak lama Balung Kini tidak mengeluarkan
sebarang artikel ataupun tulisan untuk tujuan bacaan dan panduan kepada pembaca
setia Balung kini yang berada di sekitar daerah Tawau ataupun di mana mana sahaja. Ini tidak bermakna
Balung Kini tidak lagi mengikuti perkembangan
keadaan semasa yang berlaku di Tawau tetapi lebih menumpukan kepada
kerja-kerja hakkiki dan hanya banyak memerhati akan scenario politik yang
berlaku akhir-akhir ini.
Seperti yang umum ketahui PH ataupun Pakatan Harapan telah memenangi PRU 14 yang
baru berlalu dan telah memenenagi kerusi dihampir semua Negeri termasuklah Sabah. Pada PRU yang lepas BN
memenangi 29 kerusi DUN PH memenangi 29 kerusi dan bebeas 2 kerusi. Keadaan ini
agak tergantung dan sesebuah kerajaan
yang memerintah hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 31 kerusi untuk
mejoriti dan memerintah negeri Sabah.
Setelah beberapa perkara yang berlaku akhirnya PH yang
di ketuai oleh Parti Warisan telah mendapat kerusi yang mencukupi bagi
membentuk kerajaan dengan memilih Datuk Sri Shafie Apdal sendiri menjadi ketua
Menteri yang pertama Sabah dari Blok Pakatan Harapan.
Di tahun 2019 beberapa perkara yang tidak terfikir
boleh terjadi terutamanya penghijraan
yang berlaku daripada kalangan Ahli DUN Sabah daripada UMNO yang kesemuanya
telah keluar Parti dan memilih untuk
menyertai PPBM yang di pengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 7
iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad. Pada pelancaran dan perasmian yang telah
diadakan pada 6/4/2019 baru baru-baru ini kesemua mantan ADUN Umno telah
menerima Kad Keahlian PPBM yang di sampaikan sendiri oleh Pengerusi PPBM dan di
saksikan oleh hamper 35,000 orang yang hadir pada waktu berkenaan.
Jika di perhatikan daripada kehadiran semasa
pelancaran berkenaan, ianya mendapat sambutan yang agak luar biasa daripada
penduduk Sabah khasnya jika dibandingkan dengan sambutan kemasukan UMNO ke
Sabah pada suatu masa dahulu. Semangat semua ahli dan bakal ahli yang hadir
begitu berkobar-kobar ingin melihat PPBM melebarkan sayap serta ingin melihat PPBM
memajukan Sabah lebih baik daripada zaman pemerintahan kerajaan terdahulu..
Kini, PPBM talah rasmi berada di Sabah dan telah rasmi
mempunyai keahlian di Sabah di Negeri Di Bawa Bayu dan di khabarkan pada hari
pelancaran tersebut hampir 120,000 borang permohonan keahlian orang-orang Sabah
telah di serahkan kepada pengerusi PPBM sendiri. Dengan angka yang berkenaan
menunjukkan PPBM sudah pasti mendapat sambutan yang sangat menggalakkan
daripada penduduk Sabah dan ini juga menunjukkan penduduk Sabah bersedia untuk
berubah dan bersedia untuk menerima limpahan rahmat dan kemajuan daripada
kepemimpinan yang baru
Adalah di harapkan dengan bertapaknya PPBM di Sabah
dapat membantu pemerintahan Parti Warisan
untuk memastikan Negeri Sabah dapat maju standing dengan negeri-negeri
yang ada di Semenanjung Malaysia.
Bersambung....
Salam dari Bumi Balung...
No comments:
Post a Comment