30 Apr 2016

Harga runcit petrol, diesel kekal

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel bagi Mei 2016 kekal pada kadar semasa.
Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter, RON97 pada RM2.05 seliter manakala diesel pada RM1.55 seliter.

HARGA runcit petrol, diesel kekal. - Foto hiasan/NSTP

ADUN N56 Apas Sedia Khemah sementara untuk Mangsa Kebakaran Kg .Titingan/Bt 2




Alhamdulillah walaupun ianya hanya sekadar khemah sementara tetapi ianya sudah cukup untuk membantu seterusnya memberikan tempat tinggal sementara buat mangsa kebakaran Kampung Titingan dan Batu 2 yang berlaku baru-baru ini.

Ianya di bina diatas tanah lapang milik seorang hamba allah yang
sudi untuk menempatkan mangsa di atas tanah beliau buat sementara waktu sehinggalah mangsa dapat membina penempatan atau pun rumah sendiri.

Buat masa ini khemah-khemah ini belum dapat diduduki kerana ianya masih belum siapa sepenuhnya. Jika siapa kelak  ianaya akan di lengkapi dengan kemudahan asas seperti air, letrik dan kemudahan tandas untuk kegunaan semua yang menduduki kawasan tersebut.

Tahniah  harus di berikan kepada ADUN N56 Apas kerana di atas inisiatif usaha beliau maka terlahirlah dan terbina lah khemah-khemah sementara untuk mangsa walaupun agak kurang selesa sekurangnya mangsa dapat duduk dan tinggal bersama keluarga masing-masing.

Tahniah juga harus di berikan kepada pihak ATM( Angkatan Tentera Malaysia) yang bertungkus lumus dari mula hinggalah
kehari ini dalam membantu dan memastikan kebajikan dan keperluan mangsa sentiasa terjaga dalam menjamin semua pihak selesa dengan keadaan semasa. Tidak di lupakan buat pihak JPAM Tawau yang sentiasa siap siaga dalam membantu.

Apapun marilah kita sama-sama berdoa agar mangsa dapat kembali ke penghidupan seperti sedia kala, anak-anak dapat meneruskan persekolahan dan para ibu bapa dapat meneruskan penghidupan seperti sebelum kejadian.

Inilah dikatakan, berat sama di pikul dan ringan sama di jinjing, atas semangat persaudaraan dan atas semangat kekitaan sesama orang Tawau, setidak-tidaknya beban mangsa dapat di ringan kan.

Salam dari bumi Balung..

Semuanya add di Balung ada di Balung.



28 Apr 2016

Rombak Sabah Rhinos sebelum jadi pasukan belasahan dan terkeluar dari liga Perdana!!!!





Apa lagi yang boleh penyokong harapkan dari pasukan bola sepak negeri Sabah. Sejak bermulanya musim baru liga perdana 2016 kekecewaan terus melada dengan keputusan dan persembahan yang mereka berikan untuk penyokong dan juga peminat bola sepa negeri Sabah.

Kekalahan, kekalahan dan kekalahan yang terus menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan mau pun nasional di paparkan apabila ada perlawanan yang berlansung.  Kalau dikatakan belum ada keserasian di antara pemain dan pengurusan ianya seakan tidak dapat di terima  kerana sudah bermain hampir sepuluh perlawana tapi masih belum ada keputusan yang memberangsangkan kecuali keputusan yang "ploksot" bilang orang Sabah.

Tidak dapat di nafikan pasukan lain mungkin lebih baik dan pasukan Sabah belum bernasib bai, tapi sampai bila kita mengharapkan kepada pemain-pemain yang tidak boleh bersaing di peringkat liga perdana dan sampai bila kita terus di hidangkan dengan keputusan  yang menghampakan peminat tegar Sabah Rhinos.?

Ada benarnya dengan apa yang di perkatakan  di sini, agar pasukan Sabah melakukan rombakan besar-besaran menjelang Julai ini. Samapi bila kita harus biarkan pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik sedang gaji yang mereka terima  tidak setimpal dengan mutu permainan yang mereka pamirkan. Sampai bila juga kita mengharapkan dengan mereka-mereka yang lansung tidak mempunyai pengalaman dalam bola sepak sedangkan mereka mempunyai jawatan yang tinggi dalam membuat keputusan untuk pasukan Sabah.

Jangan sampai Skuad Sabah Rhinos  jadi skuad  belasahan yang sering pasukan lain dapat mata mudah dan jangan sampai peminat fanatik fobia untuk melihat pasukan kesayangan Sabah bermain.

Ubahlah sebelum terlambat dan ubahlah sebelum segalanya menjadi lebih "terok".

Sabahan sentiasa menyokong pasukan Sabah dan kami sebagai penyokong mengharapkan pasukan yang baru nanti dapat mengembalikan kegemilanga Pasukan Sabah seperti era pasukan 90 an Sabah yang sentiasa memberikan persembahan dan semangat juang yang tinggi dalam semua "game" samada di tempat lawan ataupun tempat sendiri.


Kerajaan serius membantu peniaga melalui egensi kerajaan yang ada










Ramai yang masih terbuai dengan mainan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita yang lansung tidak benar sehingga menyebabkan ramai yang sentiasa dan asyik menyalahkan pihak kerajaan. Ini di tambah lagi dengan fitnah yang di sebarkan sehingga sebahagian dari kita lalai dan alpa dalam mengatur kehidupan seharian kerana terpedaya dengan hasutan yang di mainkan.

Dewasa ini perbagai agensi kerajaan yang menyediakan bantuan kepada yang sekecil-kecil sehingga yang sebasar-besarnya bagi menjamin rakyat dapat mempelajari selok belok dalam perniagaan untuk menapung kehidupan dan seterusnya mengukuhkan kedudukan ekonomi  diri keluarga dan masyarakat setempat.

Sebagai contoh salah satu badan kerajaan yang sememangnya  sudah terbukti banyak membantu golongan peniaga-peniaga kecil dalam menjalankan perniagaan  ialah "TEKUN". Ia di tubuhkan bagi membantu golongan peniaga yang memerlukan modal dalam mengembangkan perniagaan mereka. Dengan kelayakan yang sangat minima  para peminjam dapat merminjam dan di berikan pula cara pembayaran balik yang sangat mudah bagi meringankan peminjam seterusnya mengembangkan perniagaan dan membantu mengembangkan ekonomi di tempat masing-masing.

Ada banyak lagi agensi kerajaan yang sentiasa sudi dan sering membantu pemain-pemian industri "Industri kecil dan sederhana" dalam memartabatkan ekonomi penduduk-penduduk yang berminat dalam bidang perniagaan..

Bersambung..

Dakwaan Negara Bangkrap, Ekonomi Merudum Sekadar Lagu Lapuk Yang Diulang-ulang




IPOH, 28 April – Barisan NGO Negeri Perak mengecam tindakan pihak pembangkang yang berterusan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan dakwaan bahawa negara akan bangkrap, ekonomi bertambah teruk dan sebagainya, sedangkan hakikat sebenar ialah pertumbuhan ekonomi negara bertambah baik biarpun dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar hari ini.
Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, tindakan pembangkang yang menyebarkan fitnah dan dakwaan yang tidak benar berhubung ekonomi negara bukan sahaja menimbulkan rasa khuatir di kalangan rakyat, tetapi lebih buruk apabila ia menyebabkan para pelabur luar merasa tidak yakin untuk melabur di negara ini.
Ekonomi-Malaysia“Bagi saya tindakan pembangkang seperti itulah yang merosakkan kesuburan ekonomi negara. Sejak sekian lama, mereka cuba timbulkan sangkaan dan persepsi kepada rakyat mahupun pelabur luar negara bahawa ekonomi Malaysia semakin teruk dan menggambarkan seolah-olah negara mahu bankrap.
“Isu  negara akan bankrap yang didendangkan oleh pembangkang ini bukan perkara baru, tetapi ianya sudah lama dinyanyikan oleh mereka, dan sehingga hari ini mereka masih menyanyikan lagu dan lirik yang sama, sedangkan fakta sebenarnya ialah ekonomi negara sedang mencatatkan penumbuhan yang baik biarpun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.
“Kita dapat lihat hari ini, ringgit yang dikatakan oleh pembangkang akan terus merosot teruk dan sukar untuk dipulihkan kononnya akibat ketidakstabilan politik, kini sudah kembali pulih dan mengukuh berbanding USD, mencapai tahap tertinggi 3.8650 pada 14 April lalu, sekaligus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
“Malah badan-badan ekonomi dunia juga berpandangan ekonomi Malaysia berpotensi untuk terus berkembang malah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) juga memuji kita kerana berjaya terus mengekalkan prestasi yang baik, di sebalik persekitaran ekonomi global yang  masih tidak menentu dengan perdagangan dunia yang lembap, gangguan ekonomi di China serta pengukuhan berterusan mata wang dolar Amerika Syarikat,”tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Beliau seterusnya menyeru rakyat di negara ini agar tidak mempercayai sebarang dakwaan yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan bertambah buruk seperti yang tersebar di dalam media sosial.
“Dakwaan pembangkang kebanyakkan meleset jauh daripada kebenaran apabila bercerita tentang ekonomi negara. Bukan hari ini, malah sudah bertahun-tahun mereka mengatakan Malaysia akan bangkap,malah mereka juga  mendakwa tahun ekonomi negara pada 2016 akan menjadi lebih teruk, namun seperti biasa ternyata dakwaan mereka meleset.
“Begitu juga dengan dakwaan sesetengah pihak, ringgit hanya akan naik apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meletakkan jawatan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya dan ia membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh mereka itu hanyalah omong kosong dan tidak berpaksikan pada fakta sebenar.
“Jadi jelas terbukti apa yang mereka dakwa ternyata meleset sama sekali. Apa yang mereka lakukan itu hanyalah semata-mata bermotifkan politik untuk membina persepsi negatif terhadap kepimpinan negara demi kepentingan agenda politik mereka semata-mata,” ujarnya.-MediaUMNO

Adenan Sentiasa Perjuang Kehendak Rakyat – Salleh









SIBU, 28 April –  Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem disifatkan sentiasa memperjuangkan kehendak rakyat negeri ini yang mahukan pembangunan di luar bandar dan bukan sahaja tertumpu di bandar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Salleh berkata sejak mengambil tampuk kepimpinan negeri, Adenan telah mengambil banyak pendekatan selari dengan kehendak rakyat dan terbukti mendapat sokongan daripada penduduk Sarawak.
“Dia (Adenan) berjuang untuk orang Sarawak dalam menentukan kepentingan Sarawak dalam Malaysia tidak dipinggirkan agar negeri ini diberi keutamaan, dan apa-apa janji yang kita buat semasa menubuhkan negara Malaysia harus ditunaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih di Masjid al-Muhajirin di sini, Khamis.
Salleh berkata pembangunan di negeri ini akan dirancakkan lagi jika Adenan mendapat sokongan padu daripada rakyat, dan kerajaan pusat juga akan memberi kerjasama penuh bagi membantu kerajaan Sarawak.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri (kini) berada di Sarawak dan ini menunjukkan komitmen kita dalam memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri.
“Kerajaan pusat telah bawa banyak perancangan yang besar, salah satu daripadanya ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menelan kos beribu juta ringgit untuk keuntungan rakyat,” katanya.

24 Apr 2016

Ketua jurulatih SMK Balung bakal mengemudi Pasukan "18 tahun" MSSDT ke peringkat tenggara!!






Tahniah di ucapkan dari kami di Balung kini kepada pasukan bola sepak SMK Balung Tawau yang baru sahaja bergelar Juara dalam pertandingan bola sepak MSSDT  bagi tahun 2016. Kejayaan ini bukanlah di capai dengan mudah tetapi ianya hasil dari pengorbanan daripada pengurusan sekolah dan Jurulatih dan setiap pemain yang bertungkus lumus dalam memartabatkan nama SMK Balung  dalam sukan terutamanya sukan bola sepak.

Ini satu lagi tanda yang SMK Balung sentiasa bersaing dalam apa jua  samada bidang akedemik maupun sukan dan sudah pastinya ianya dapat dan telah di buktikan melalui pencapaian yang terkini iaitu juara pertandingan bola sepak 18 tahun ke bawah peringkat MSSDT .

Sebelum ini Pasukan Bola sepak SMK Balung belum pernah lagi mendapat pencapaian  setinggi ini dan tahun ini mereka telah buktikan yang pasukan SMK Balung sentiasa terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Untuk mencapai kejayaan ini bukanlah semudah apa yang kita lihat dan sangkakan. semuanya memerlukan pengorbanan dari Jurulatih, pemain dan pengurusan Sekolah SMK Balung. Dengan di latih oleh orang yang berkelayaan dan memiliki lesen safa kelas "C" dan mempunyai pengalaman bermain ianya telah diterapkan pada pemain dan akhirnya "SMK Balung" juara  pada tahun ini.

Seperti lazimnya dan pada tahun-tahun sebelum nya, jurulatih pasukan yang memenangi MSSDT akan diambil secara automatik menjadi Ketua jurulatih dan  dan separuh daripada pemain dari pasukan yang menang akan mewakili daerah Tawau di peringkat tenggara (Tawau,Kunak,Semporna dan Lahad Datu) kerana sudah ada keserasian diantara pemain dan barisan jurulatih.

Adalah diharapkan tiadalah pilih kasih atau keputusan yang berat sebelah akan terjadi semasa pemilihan wakil Tawau kerana sebelum ini seringkali terdengar akan rintihan  sesetengah pihak akan ketelusan dalam memilih jurulatih dan pemain yang mewakili MSSS bagi pasukan sekolah daerah Tawau.

Sekali lagi tahniah kepada pengurusan sekolah, Jurulatih dan para pemain yang telah mengharumkan nama SMK Balung di persada Sukan bolah sepak di daerah Tawau.

"Go-Balung, Go Balung, Go Balung.

Semuanya ada di Balung ada di Balung.

Salam dari Bumi Balung. Selamat berhari minggu.

18 Apr 2016

Jadilah pelajar yang betul-betul belajar- Datuk Nizam titingan ( Selangkah ke menara gading SMK Balung Tawau)

Satu lagi usaha yang sangat murni telah di lakukan oleh guru-guru dan barisan pentadbir sekolah SMK Balung dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan untuk para pelajar sekolah berkenaan. Ia nya juga mendapat sokongan yang sepenuh nya dari pemimpin setempat iaitu Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketua setiausaha Ketua Menteri Sabah yang sememangnya orang balung sudah sedia maklum akan keperihatinan  dan sifat ambil berat nya kepada setiap permasalahan dan aktiviti yang di jalankan terutamanya di daerah Balung.

Kali ini atas kerjasama bekas pelajar SMK Balung  yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, di bantu oleh Pensyarah-Pensyarah dari UMS ( Universiti Malaysia Sabah) satu seminar telah diadakan di sekolah ini iaitu " Selangkah Ke menara Gading " telah di adakan.

Sebelum ini ramai pelajar sering keliru dengan kursus yang mereka pilih untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Seringkali pelajar tersalah pilih dan selalunya timbul persoalan kenapa pilih kursus yang lain tapi dapat yang lein dari yang dipilih sedangkan pelajar lansung tidak meminati kursus yang pihak universiti tawarkan.

Acara kali ini telah di rasmikan oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan '

"Bukan Batang sembarang batang,
  Batang kektes memang berduri,
  Bukan datang sembarang datang,
  UMS datang membawa seri.

" Selangkah kemenara gading adalah slogan yang di pilih untuk program ini. Ini bersesuaian dengan matlamat yang di bawa oleh pihak penganjur . Kadang-kadang kita mendapat keputusan yang cemerland dalam SPM dan STPM tapi kadang- kadang  kita terlepas pandang. Kadang-kadang sewaktu  memilih kursus pelajar tidah berpandukan dengan keputusan yang cemerlang yang mereka dapat semasa mendapat keputusan peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar keliru dengan kursus yang di tawarkan dan tidak dapat apa yang di pohon. Terkadang juga pelajar tidak di terima kerana permohonan yang di buat  tidak di terima kerana ianya tidak menepati dengan apa apa yang pihak universiti kehendaki. Dengan kehadiran Pensyarah,siswa-siswi UMS ke SMK Balung dapat memberi peluang kepada pelajar bertanya dan mendapatkan info yang tepat."

" Sikap kita sebagai seorang pelajar, sikap kita sebagai seorang mahasiswa kita jandan mensia-siakan kesempatan kepada kita untuk berjaya di dalam pendidikan yang kita ceburi, kita mesti seorang mahasiswa yang bertanggungjawab , apabila kita di IPT kita akan terdedah dengan perbagai cabaran tapi jadikan lah kita sebagai ejen perubahan yang positif , bukan apabila kita masuk universiti kita sudah mau tunjuk kita lebih pandai dari orang lain. Apabila kita ada sifat negetif sebegini ia bukan saja merosakkan kehidupan kita sebagai mahasiswa ,akan mengecewakan keluaga dan orang tua ianya juga akan merosakkan perpaduan dan kejayaan yang sudah di kecapi oelh negara kita. Jadilah mahasiswa yang positif, membantu kerajaan yang ada pada hari ini mengekalkan kemakmuran perpaduan yang berbilang kaum  yang berbilang agama ini supaya terpelihara sampai bila-bila masa."

Beliau sempat membacakan hadis yang bermaksud,

" Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanan itu kebanyakkan nya dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati tetapi tidak di pergunakan untuk memahami ayat -ayat allah, mempunyai mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan allah mereka punyai telinga tapi tidak di gunakan untuk mendengar ayat-ayat allah mereka itu adalah sebagai binatang ternak  bahkan mereka lebih sesat lagi dan mereka itu adalah golongan mereka yang lalai.

Jadi kita tidak mahu menjadi golongan yang lalai dan golongan yang tidak tahu di untung , Kita tidak mahu jadi orang yang tidak tahu berterimakasih, kita mahu jadi siswa-siswi yang tahu bertrimakasih yang tahu bersyukur kepada allah S.W.

Di akhir ucapan nya beliau telah membcakan pantun yang berbunyi;

"Mari kita tanam halia
  ambil sedikit buat juadah
  Usia muda jangan di sia
  Nanti tua sesal tah sudah

 Budak-budak berkejar-kejar
 Rasa gembira bermain di sana
 Jika kita rajin belajar 
 Pasti kita akan berjaya.

Alhamdulillah".

Salam dari bumi Balung

Semuanya ada di balung ada di Balung..











15 Apr 2016

16/4/2016 NGO dan Jabatan Kerajaan tampil memberikan sumbangan untuk ‪#‎kebakarantitinganbatu2tanahmerah‬#

" Kepada yang berkesempatan adalah di jemput  hadir seperti ketetapan di bawah untuk sama-sama memberikan sokongan moral seterusnya menyumbang  bagi meringankan beban yang di tanggung mangsa"




Alhamdulillah hari sabtu ini 16hb april 2016 jam 9 pagi bertempat di Perkarangan Masjid Kg Habib Abd Rahman akan diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan untuk Mangsa Kebakaran Kg Titingan Blok 10/Kg Tanah Merah bt2 Apas. Antara yg bakal menyampaikan sumbangan termasuk berbentuk kewangan atau material:

1. Kerajaan Negeri Sabah (Jkuasa Bencana Alam)
2. Kementerian Pertahanan Malaysia
3. Biro Kebajikan Umno Malaysia
4. Jabatan Kebajikan Sabah
5. Badan Zakat Negeri Sabah
6. NGO's GPM/ABIM/TC
7.Pemborong Bumi Jaya
8.Petrofiq Sdn Bhd
9. Prinsip Hasil Sdn Bhd
10. Juta Hajat Sdn Bhd
11. Dan lain-lain penyumbang yg tak sempat disebut namanya disini....
Kepada yg bermurah-hati ingin menyumbang, sila hadir ketempat diatas pada waktu yg ditetapkan atau pada bila-bila masa. Terima kasih atas sumbangan dan budi baik anda membantu mangsa yg memerlukan ...

Sumber: FB Datuk Tawfiq Abu Bakar titingan

"Ayooook" warga Tawau yg perihatin sama-sama membantu dan menderma pada 16/4/2016 di masjid Habib Abd Rahman

" Kepada yang berkesempatan adalah di jemput  hadir seperti ketetapan di bawah untuk sama-sama memberikan sokongan moral seterusnya menyumbang  bagi meringankan beban yang di tanggung mangsa"





Alhamdulillah hari sabtu ini 16hb april 2016 jam 9 pagi bertempat di Perkarangan Masjid Kg Habib Abd Rahman akan diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan untuk Mangsa Kebakaran Kg Titingan Blok 10/Kg Tanah Merah bt2 Apas. Antara yg bakal menyampaikan sumbangan termasuk berbentuk kewangan atau material:

1. Kerajaan Negeri Sabah (Jkuasa Bencana Alam)
2. Kementerian Pertahanan Malaysia
3. Biro Kebajikan Umno Malaysia
4. Jabatan Kebajikan Sabah
5. Badan Zakat Negeri Sabah
6. NGO's GPM/ABIM/TC
7.Pemborong Bumi Jaya
8.Petrofiq Sdn Bhd
9. Prinsip Hasil Sdn Bhd
10. Juta Hajat Sdn Bhd
11. Dan lain-lain penyumbang yg tak sempat disebut namanya disini....
Kepada yg bermurah-hati ingin menyumbang, sila hadir ketempat diatas pada waktu yg ditetapkan atau pada bila-bila masa. Terima kasih atas sumbangan dan budi baik anda membantu mangsa yg memerlukan ...

Sumber: FB Datuk Tawfiq Abu Bakar titingan

14 Apr 2016

Bersama meringankan beban mangsa kebakaran Kg Titingan Blok 10 dan Kg Tanah Merah Bt 2 Tawau

" Kepada yang berkesempatan adalah di jemput  hadir seperti ketetapan di bawah untuk sama-sama menyumbang  bagi meringankan beban yang di tanggung mangsa"





Alhamdulillah hari sabtu ini 16hb april 2016 jam 9 pagi bertempat di Perkarangan Masjid Kg Habib Abd Rahman akan diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan untuk Mangsa Kebakaran Kg Titingan Blok 10/Kg Tanah Merah bt2 Apas. Antara yg bakal menyampaikan sumbangan termasuk berbentuk kewangan atau material:

1. Kerajaan Negeri Sabah (Jkuasa Bencana Alam)
2. Kementerian Pertahanan Malaysia
3. Biro Kebajikan Umno Malaysia
4. Jabatan Kebajikan Sabah
5. Badan Zakat Negeri Sabah
6. NGO's GPM/ABIM/TC
7.Pemborong Bumi Jaya
8.Petrofiq Sdn Bhd
9. Prinsip Hasil Sdn Bhd
10. Juta Hajat Sdn Bhd
11. Dan lain-lain penyumbang yg tak sempat disebut namanya disini....
Kepada yg bermurah-hati ingin menyumbang, sila hadir ketempat diatas pada waktu yg ditetapkan atau pada bila-bila masa. Terima kasih atas sumbangan dan budi baik anda membantu mangsa yg memerlukan ...

Sumber: FB Datuk Tawfiq Abu Bakar titingan

11 Apr 2016

CM Sabah saksi Perjanjian PDP Lebuhraya Pan Borneo Sabah


Akhirnya termeterai juga perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah antara kerajaan Sabah dan  kerajaan perseketuan. Jika sebelum ini pelbagai pihak melemparkan fitnah diatas janji-janji kerajaan perseketuan terhadap Sabah kononnya ianya hanyalah janji-janji pilihanraya tetapi hari ini semuanya dapat di buktikan dengan perjanjian ini.


Pakej pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah membabitkan jajaran Papar-Doggongan sepanjang 11.7 kilometer (km), yang menjadi sebahagian daripada 706 kilometer jajaran Pan Borneo Sabah Fasa 1.
Kebanyakan laluan itu akan dinaik taraf kepada empat lorong dua hala dengan piawaian R5, dijangka dilancarkan pada penghujung April 2016.

Inilah bukti keperihatinan kerajaan perseketuan terhadap negeri Sabah yang selalu memberikan keutamaan keatas kemudahan awan untuk penduduk-penduduk yang ada di Sabah.

Pemimpin tertinggi sabah juga seharusnya di berikan pujian kerana kurang bercakap tetapi  dapat membawa masuk projek-projek mega dan untuk keselesaan penduduk yang ada di negeri ini.

Teruskan bekerja untuk rakyat jelata dan teruskan mengutamakan kebajikan rakyat dan sudah pastinya rakyat akan terus memilih kerajaan yang sedia ada kini dalam memastikan kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa terjaga..

Salam dari bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..