30 Apr 2016

ADUN N56 Apas Sedia Khemah sementara untuk Mangsa Kebakaran Kg .Titingan/Bt 2




Alhamdulillah walaupun ianya hanya sekadar khemah sementara tetapi ianya sudah cukup untuk membantu seterusnya memberikan tempat tinggal sementara buat mangsa kebakaran Kampung Titingan dan Batu 2 yang berlaku baru-baru ini.

Ianya di bina diatas tanah lapang milik seorang hamba allah yang
sudi untuk menempatkan mangsa di atas tanah beliau buat sementara waktu sehinggalah mangsa dapat membina penempatan atau pun rumah sendiri.

Buat masa ini khemah-khemah ini belum dapat diduduki kerana ianya masih belum siapa sepenuhnya. Jika siapa kelak  ianaya akan di lengkapi dengan kemudahan asas seperti air, letrik dan kemudahan tandas untuk kegunaan semua yang menduduki kawasan tersebut.

Tahniah  harus di berikan kepada ADUN N56 Apas kerana di atas inisiatif usaha beliau maka terlahirlah dan terbina lah khemah-khemah sementara untuk mangsa walaupun agak kurang selesa sekurangnya mangsa dapat duduk dan tinggal bersama keluarga masing-masing.

Tahniah juga harus di berikan kepada pihak ATM( Angkatan Tentera Malaysia) yang bertungkus lumus dari mula hinggalah
kehari ini dalam membantu dan memastikan kebajikan dan keperluan mangsa sentiasa terjaga dalam menjamin semua pihak selesa dengan keadaan semasa. Tidak di lupakan buat pihak JPAM Tawau yang sentiasa siap siaga dalam membantu.

Apapun marilah kita sama-sama berdoa agar mangsa dapat kembali ke penghidupan seperti sedia kala, anak-anak dapat meneruskan persekolahan dan para ibu bapa dapat meneruskan penghidupan seperti sebelum kejadian.

Inilah dikatakan, berat sama di pikul dan ringan sama di jinjing, atas semangat persaudaraan dan atas semangat kekitaan sesama orang Tawau, setidak-tidaknya beban mangsa dapat di ringan kan.

Salam dari bumi Balung..

Semuanya add di Balung ada di Balung.



No comments: