30 Jan 2017

Cuti Umum di gunakan sepenuhnya, jumpa rakyat-Tawfiq Titingan









Walaupun sibuk dengan tugasan seharian Sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah ianya bukan lah alasan untuk ADUN N 56 Apas untuk mendekati dan menyelami segala permasalahan yang di hadapi oleh penduduk di Kawasan nya dan penduduk yang berada di sekitar daerah Tawau.

Persepsi masyarakat sebelum ini terhadap ADUN atau pemimpin" Pemimpin susah di hubungi, jarang di nampak, turun padang kalau ada perlu" semacam sudah di padamkan oleh beliau kerana apa sahaja permasalahan yang di ajukan sudah pastinya di ambil tindakan dan mendapat perhatian darinya.

Lima hari seminggu menjalankan tugas Sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah di peringkat Negeri, selebihnya dan jika ada cuti-cuti umum dan kelepasan am sudah pasti gelagatnya dapat di perhatikan di Kawasan Tawau merasmikan majlis rasmi, menghadiri kenduri kahwin, menziarahi sesiapa sahaja yang di timpa musibah terutama sekali di DUN N 56 Apas. 


Sememangnya masih ada keperluan dan keinginan rakyat yang masih  belum di penuhi terutamanya yang melibatkan rumah-rumah PPR yang sememangnya menjadi keperluan penduduk-penduduk Tawau yang tidak mampu untuk memiliki rumah kediaman yang baik tetapi sudah pasti nya ianya menjadi perancangan beliau dalam memastikan rakyat selesa dan dapat meneruskan penghidupan seharian dengan penuh teratur dan penuh dengan keselesaan.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di balung ada di balung.

25 Jan 2017

Siapa pun terpilih di DUN Balung kami tetap terima dan bersyukur




Terjumpa komen-komen yang sangat positif dari Pengundi-pengundi Balung di Face Book. Mungkin ianya cuma pandangan peribadi daripada Netizen dan ianya tidak boleh di jadikan ukuran tapi ianya sudah cukup mengambarkan bahawa beliau sentiasa turun padang sentiasa ada bila rakyat memerlukan bantuan.

Apa pun doa dari segenap orang Balung di harapkan agar kita menerima pemimpin yang ikhlas dan rajin dalam membantu dan menyelesaikan segala permasalahan yang di hadapi.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di balung ada di balung..


22 Jan 2017

Kami setia bersama perjuangan mu









Dimanakah engkau wahai gerangan
Para pemikir berani untuk masa hadapan
Disini kami menunggu untuk di banggakan
Dan juga untuk kami embakan kebenaran

Datanglah engkau wahai pemimpin bangsa
Bawalah nama “Sabah” ke puncak dunia
Datanglah engkau wahai pemimpin negeri
Bawalah kami kembali menjadi anak ibu pertiwi

Kami ingin pemimpin yang berqualiti
Yang mempunyai semangat dan tujuan tanpa batas
Tidak tergoyahkan oleh perak dan emas
Walaupun yang nyata ia hanya milik sebutir beras !!

Salam dari Bumi Balung,, Selamat berhari minggu..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

20 Jan 2017

Transformasi Nasional 2050

TN50 melakar harapan anak muda bagi Malaysia di tahun 2050



Salam dari Bumi Balung....

Semuanya ada di Balung ada di Balung.

19 Jan 2017

UMNO DUN Balung sudah bersedia untuk PRU 14



“ Kami sudah sangat bersedia”, itulah kata-kata yang sempat saya terdengar semasa sedang duduk lepak di salah sebuah kedai  kopi yang sememangnya menjadi tempat tumpuan pengulas-pengulas politik di kawasan Balung . “Walaupun calon siapa sahaja yang di calonkan kami tatap menyokong asalkan ianya dari parti yang memerintah iaitu Umno” jerit seorang yang dalam umur lingkungan 40 an sambil memegang cawan kopinya yang agak berwarna coklat yang mungkin sedang meminum milo ‘O” kosong pada pandangan mata kasar saya.

Daripada pemerhatian kasar saya, sememangnya pengundi-pengundi di Parlimen Tawau khasnya DUN Balung masih lagi mengharapkan Umno terus memerintah dan terus mentadbir Negeri Sabah. Rata-rata dari mereka tidak menghiraukan siapa juga yang di calonkan untuk bertanding atas tiket UMNO yang penting ianya keputusan sebulat suara dari pucuk pimpinan tertinggi Parti.

“ Di Balung macam-macam ada, Sekolah, Pusat pengajian tinggi,Institut Perguruan dan sebagainya” senang untuk anak-anak kami “ kata seorang pakcik dari meja bersebelahan. Di tambah lagi dengan kemudahan Bank iaitu Bank Simpanan Nasional  membolehkan urusan bank dapat dilakukan dengan tidak lagi kebandar Tawau yang jauhnya hampir 38 km.

Jadi, kepada pemimpn tertinggi Barisan Nasional dan di peringkat Negeri, DUN Balung dan pengundi Balung sudah cukup bersedia untuk menghadiakan satu kerusi DUN iaitu Balung kepada kerajaan negeri Sabah pada PRU 14 yang akan menjelma kelak.

Usah di risaukan dan usah di sangsikan orang Balung sudah bersedia sepenuh nya..

Salam dari Bumi Balung..


Semuanya ada di Balung ada di Balung..

18 Jan 2017

Siapa Calon BN di DUN N55 Balung pada PRU 14 ?



DUN Balung  atau Dewan Undangan Negeri Kawasan Balung adalah satu dari tiga DUN yang berada di Parlimen P190 Tawau.  DUN N 55 Balung, DUN N 56 Apas dan DUN N 57 Sri Tanjung. Pada Pilihanraya Umum yang lalu dua kawasan DUN iaitu DUN Balung dan DUN Apas telah di menangi oleh Barisan Nasional  manakala DUN Sri Tanjung telah di menangi oleh DAP.

Bila bercerita akan DUN Balung sudah pastinya kita akan memikirkan dan akan membincangkan apakah kemajuan dan perkembangan yang telah di bawa oleh parti yang menang dan sedang memerintah. Netizen juga akan bertanya dan memikirkan adakah parti yang ada harus di kekalkan dan harus di berikan peluang untuk memerintah pada PRU yang tidak berapa lama lagi akan menjelma.

Di DUN Balung ada lapangan terbang yang memudahkan penduduk yang ada di persekitaran untuk kemana-mana destinasi yang di tuju tanpa mengalami kesesakan jalanraya seperti dilapangan terbang lain . Kewujudan lapangan terbang ini juga menyebabkan Balung di kenali kerana ianya menjadi persingahan pertama oleh pelancung dalam negeri dan luar negara untuk memulakan pengembaraan di Tawau.

Umum mengetahui kemudahan jalanraya iaitu dua lorong dari perbandaran Tawau hinggalah ke Pekan Balung hampir siap sepenuhnya. Jika siap nanti ianya dapat mengurangkan masa perjalanan dan menjimatkan penggunaan bahan api. Di samping itu juga, dengan wujudnya jalanraya dua lorong ini, kemalangan  jalanraya sudah pastinya akan dapat di kurangkan dan akan memberikan keselesaan kepada setiap penguna-penguna yang  mengunakan jalan tersebut.

Seperti kita sedia maklum ADUN Balung yang ada kini sudah menjalankan semua tanggungjawab yang di amanahkan dan
kita dapat melihat apa yang ada di Balung dahulu dan apa yang sudah tercapai kini. Ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan oleh setiap pengundi yang memilih beliau pada setiap PRU .

Sedikit perasaan sedih kerana di beberapa ucapan majlis rasmi, beliau  ada menyatakan ini adalah penggal terakhir beliau di DUN Balung dan akan memberikan laluan kepada pemimpin muda yang sememangnya sudah bersedia untuk mengalas tanggungjawab tersebut.

Sebagai pengundi di DUN Balung saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih atas limpahan ekonomi yang telah di jelmakan di Balung terutamanya pengujudan Pekan Balung dimana ianya menjadi kawasan utama ledakan ekonomi bagi penduduk-penduduk Balung.  Perasaan sedih sememangnya tidak dapat di sembunyikan oleh setiap pengundi-pengundi yang ada , tapi keputusannya yang beliau ambil kami hormati dan sanjungi.

Persoalan nya sekarang siapakah yang berkelayakan untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang bakal beliau tinggalkan,siapakah penganti yang boleh meneruskan kesinambungan kemajuan di DUN Balung?

Rata-rata orang Balung mengharapkan yang bakal menggalas tanggungjawab berat sebagai ADUN Balung hendaklah terdiri daripada seorang yang sememangnya dekat di hati rakyat, sentiasa "Kam satu" datang ke lokasi dan sentiasa turun ke akar umbi. Sentiasa ada dimana-mana samada rakyat berduka ataupun bergembira.

Apapun kami di Balung mengharapkan bakal penganti ini nanti, akan lebih kuat bekerja akan lebih berusaha memajukan dan meningkatkan taraf ekonomi dan pasaranah setiap kawasan dan setiap penduduk yang ada di persekitaran dan DUN Balung...

Bersambung....

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di balung ada di Balung.

17 Jan 2017

Penduduk Tawau dan Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan berpisah tiada





Sangat mudah di dekati dan sentiasa sudi melayan apa juga permasalahan yang di hadapi oleh penduduk yang berada di kawasan,sentiasa "Kam Satu" timbul di lokasi apabila penduduk mengalami musibah atau pun mengadakan majlis-majlis kenduri kesyukuran dan sebagai nya menyebabkan beliau di sukai dan di hormati oleh perbagai lapisan masyarakat yang berada di daerah Tawau.

Mewarisi bakat kepemimpinan allahyarham Datuk Sri Panglima Abu Bakar Titingan yang sememangnya sudah sinonim dengan segenap lapisan masyarakat daerah Tawau. Beliau juga adalah pemegang Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan telah menjawat pelbagai Jawatan di peringkat Swasta dan badan kerajaan.

Kini beliau menjawat jawatan Sebagai Menteri Belia dan Sukan  sabah. Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan insan yang sentiasa dan selalu menabur tenaga dan bakti untuk masyarakat Tawau khasnya dan Sabah am nya.

Kami mengharapkan agar Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan sentiasa di berikan kekuatan oleh allah S.W untuk terus memimpin dan membantu golongan -golongan yang memerlukan bantuan . Sesungguhnya kami serta rakyat yang berada di bawah pemerintahan Datuk akan terus memberikan sokongan di atas perjuangan dan kerja-kerja yang Datuk buat untuk kesejahteraan rakyat.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung ..

Salam isyak.

12 Jan 2017

Wawancara Khas: Dua Imam Besar Masjid Nabawi Madina Seru Umat Islam Bersatu Bersama Najib



 on Thursday, January 12
Ketua Editor merdeka-online.com, saudara Al-Azharri Siddiq Kamunri bersama Imam Masjid Nabawi Madinah Munawarrah, As-Syeikh Solah bin Muhammad al-Budair

Madinah, Arab Saudi - Tahun 2017 merupakan tahun yang sangat mencabar kepada umat Islam di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia. Pada 30 Disember 2016, selepas solat Jumaat, saudara Al-Azharri Siddiq Kamunri, Ketua Editor portal merdeka-online.com menemui Imam pertama dan Imam kedua Masjid Nabawi, di Madinah Munawwarah, Arab Saudi untuk merungkaikan isu-isu umat Islam di Malaysia dan sejagat.

Imam nombor 1 Masjid Nabawi As-Syeikh Dr. Ali bin Abdul Rahman al-Huzaifi, dilahirkan pada 22 Mei 1947. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Imam Muhammad Ibn Saud (Riyadh), serta peringkat sarjana dan PhD di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau pernah bertugas  sebagai Pensyarah di Universiti Islam Madinah di Fakulti Syariah, Fakulti Hadis, Fakulti Dakwah & Usuluddin dan Fakulti al-Quran, Imam Masjid Quba’, Imam dan Khatib Masjidil Haram, Imam dan Khatib Masjid Nabawi, Ketua Lajnah Ilmiah Mushaf Cetakan Madinah Nabawiah dan Anggota Badan Tertinggi Kompleks Percetakan al-Quran Raja Fahd.

Imam kedua Masjid Nabawi, As-Syeikh Solah bin Muhammad al-Budair pula dilahirkan pada tahun 1970 di bandar Hufuf Wilayah Ahsa’, Arab Saudi. Beliau memiliki sarjana muda dari Universiti Imam Muhammad ibn Saud dalam bidang Syariah. Beliau telah menjadi Imam dan Khatib Masjid Nabawi semenjak tahun 1998 dan Qadhi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung Madinah Munawwarah.

BERSATU DALAM POLITIK YANG ‘SATU’

Soalan: Bagaimana Sheikh melihat politik Islam di Malaysia, khususnya dewasa ini umat Islam di Malaysia sangat mendambakan penyatuan dan perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin utama parti politik Islam di Malaysia?

Jawapan: Satu perkara yang penting untuk anda sedari, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang dikenali sangat baik dan aman. Nasihat saya, kekalkanlah keamanan yang dikecapi itu kerana bukannya mudah untuk mengusahakan keamanan tetapi sangat mudah untuk menghancurkan keamanan. Sebab itulah umat Islam di Malaysia mesti bersatupadu di belakang Pemerintah dan Kerajaan Malaysia, bersatu menghalang musuh-musuh Islam daripada mengkucar-kacirkan dan seterusnya menghancurkan negara anda.

Ketahuilah bahawa jarum musuh-musuh Islam sangat halus, anda tidak akan melihatnya dengan mata kasar tetapi mereka akan bermaharajalela apabila mereka memerintah. Ketika itu penyesalan sudah tidak berguna lagi. Lihatlah negara-negara sunnah yang sudah hancur seperti Iraq dan kini di Yaman dan Syria.

Kedua, umat Islam jangan terlalu sibuk dengan urusan politik sahaja. Jika umat Islam terlalu sibuk dengan politik sahaja dan melupakan ibadah-ibadah lain, saya bimbang ianya akan membawa bala kepada umat Islam. Percayalah, politik yang keterlaluan akan membawa bala kehancuran kepada umat Islam dan negara anda.

Saya menyeru kepada umat Islam di Malaysia, jangan berpecah belah disebabkan politik kerana politik adalah punca perpecahan di kalangan umat Islam dan merosakkan hubungan di kalangan ummah sehingga boleh menjadikan musuh sesama umat Islam.Umat Islam mestilah bersatu dalam sebuah politik yang ‘satu’.

Imam nombor 1 Masjid Nabawi As-Syeikh Dr. Ali bin Abdul Rahman al-Huzaifi

Soalan: Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Najib membawa mesej Maqasid Syariah dalam kepimpinannya. Bagaimana Sheikh melihat konsep Maqasid Syariah yang diamalkan di Malaysia?

Jawapan: Pertama sekali, saya menyeru supaya kita semua bertawakkal kepada Allah SWT kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita perjuangkan untuk umat Islam. Sikap bertawakkal kepada Allah SWT dalam pemerintahan negara dan kerja dakwah akan mengangkat darjat pemimpin anda lebih tinggi dalam Islam. Nasihat saya kepada Pemerintah dan Kerajaan Malaysia, perteguhkanlah keimanan dan kepercayaan kepada Allah SWT, janganlah bimbang dan takut jika berada di pihak yang benar kerana Allah SWT Maha Mengetahui dan inshaallah akan membantu kerja-kerja yang mulia.

Lihatlah sirah perjalanan kehidupan para nabi-nabi. Mereka juga tidak lari daripada ujian ketika menjadi pemimpin. Mereka bukan sahaja difitnah, malah mereka berhadapan dengan musuh-musuh yang mahu membunuh mereka. Kesan kehidupan para Nabi amat besar ertinya kepada pemimpin dan umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Ketahuilah bahawa kehidupan para Nabi adalah sebaik-baik kehidupan. Kita perlu meneliti bagaimana Allah SWT menjayakan kehidupan dan perjuangan para Nabi. Tidak ada seorang pun yang boleh menandingi kehidupan para Nabi, tetapi kita boleh mencontohinya terutama dakwah yang mereka lakukan.

Alhamdulillah Pemerintah dan Kerajaan Malaysia sangat dekat dengan dakwah Islamiah, terutama usaha beliau melaksanakan Maqasid Syariah. Ia suatu usaha yang sangat baik. Ingatlah bahawa ketaatan kepada Allah SWT akan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan seharian. Jauhilah daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketahuilah maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu akan menjadikannya setaraf dengan binatang.
       
Kedua, kehidupan manusia ada tingkatan tersendiri. Darjat tingkatan tersebut bergantung kepada amalan kebaikan yang dilakukan. Semakin banyak amalan baik yang dilakukan maka tinggilah darjat kehidupannya di sisi Allah SWT.

Ketiga, sibukkanlah diri dengan kerja-kerja dakwah kerana kerja dakwah adalah kerja yang sangat mulia. Dakwah adalah kerja para Nabi. Jadikanlah dakwah sebagai kehidupan. Allah SWT akan menolong kepada sesiapa yang melakukan dakwah.

Keempat, peliharalah solat dan bersolat berjamaah di awal waktu, solat pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT.

Kelima, jangan sesekali mensyirikkan Allah SWT. Syirik adalah perkara yang paling asas dalam kehidupan untuk dihindari.

Keenam, tauhid adalah mengikhlaskan kebergantungan kepada Allah SWT sahaja. Kebergantungan kepada Allah SWT adalah berkehendakkan kepada melakukan kebaikan dan menghalang keburukan, bertawakal kepada Allah SWT, bersandarkan harapan kepada Allah SWT, mendahulukan kecintaan kepada Allah SWT daripada selainnya serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ikhlas dalam melakukan amalan serta mengikut sunnah yang dibawa oleh Nabi SAW.

Ketujuh, untuk mencapai Maqasid Syariah juga umat Islam mesti melazimi membaca al-Quran serta mentadabbur dan jangan sesekali meninggalkan amalan membaca al-Quran. Sekiranya kita tidak memahami isinya, maka rujuklah kepada tafsir. Para sahabat R. Anhum sekiranya tidak memahami ayat al-Quran, mereka akan merujuk kepada yang lebih mengetahui.

FITNAH KE ATAS PEMIMPIN & KERAJAAN

Soalan: Pada hari ini pelbagai isu (tipu muslihat) ditimbulkan di negara-negara Islam termasuk di Malaysia dengan menyebarkan fitnah kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan, hinggakan segelintir rakyat terpedaya dengan tipu muslihat musuh-musuh Islam?

Jawapan: Berkenaan dengan isu-isu memfitnah termasuklah fitnah ke atas pemimpin negara anda, sebenarnya fitnah telah berlaku dari mula kewujudan manusia (anak Nabi Adam a.s. Habil dan Qabil. Untuk mengatasi fitnah ialah dengan cara ketaatan kepada Allah SWT adalah kunci kejayaan dalam kehidupan dan pemerintahan. Lihatlah keadaan para Nabi terdahulu juga sering difitnah, dinista, dicerca malah diancam bunuh oleh musuh-musuh Islam. Jadikanlah perjalanan pemerintahan mereka sebagai sumber rujukan dalam kehidupan kita hari ini. Mereka difitnah tetapi mereka tetap istiqamah dan menjalankan kerja-kerja mereka supaya umat Islam, rakyat dan negara sentiasa aman dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Dalam pemerintahan, pemimpin dan Kerajaan Malaysia hendaklah istiqamah, bersabar dan bertawakkal kepada Allah SWT kerana musuh-musuh Islam tidak akan berhenti memfitnah sehingga pemimpin dan negara Islam dijatuhkan dan negara anda dihancurkan.

Soalan: Apakah nasihat Sheikh kepada umat Islam di Malaysia yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup yang berlaku sekarang?

Jawapan: Saya ingin mencadangkan kepada umat Islam yang dikurniakan Allah SWT rezeki melimpah ruah dan sesiapa sahaja yang mempunyai kelebihan supaya mengamalkan amalan bersedekah kepada yang memerlukan. Amalkanlah amalan-amalan mulia dengan memperbayakkan sedekah, amal jariah, tolong-menolong yang kaya kepada yang miskin, dan kepada sesiapa sahaja makhluk Allah SWT. Amalan bersedekah sangat penting dalam sesebuah masyarakat dan negara kerana bersedekah adalah kunci kepada rezeki, malah amalan bersedekah juga boleh menjadi penghalang kepada kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

Pesanan saya, berbuat baiklah kepada sekalian makhluk Allah SWT di atas mukabumi ini. Makhluk yang paling hampir dengan seseorang untuk dibuat kebajikan kepadanya adalah kedua ibu bapa, kaum keluarga, jiran-jiran dan seterusnya kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Berbuat baiklah walaupun kepada binatang.

Percayalah, barangsiapa yang mengikuti sirah para Nabi, InshaAllah akan dipanjangkan amal kebaikan mereka, dan akan dimurahkan rezeki mereka oleh Allah SWT.


NASIHAT PENTING IMAM KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Soalan: Apakah nasihat khusus Sheikh kepada umat Islam di Malaysia?

Jawapan: Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana mengharamkan Syiah daripada berkembang di bumi Malaysia. Saya ingin menasihatkan supaya usaha untuk membendung ajaran Syiah perlu diteruskan dari masa ke semasa. Ketahuilah, bahawa Syiah adalah puak yang sangat jahat. Apabila Syiah berkembang masuk ke dalam sesuatu negara ia akan menghancurkan negara tersebut secara halus. Apabila Syiah dalam sesebuah negara menjadi kuat ia akan menghancurkan negara tersebut. Syiah umpama jarum halus yang menusuk ke dalam jiwa insan.

Lihatlah negara-negara yang mempunyai pengikut Syiah yang ramai, negara tersebut akan hancur. Contohnya, negara Sunnah yang mempunyai pengikut Syiah yang ramai akan menjadikan negara Sunnah tersebut bergolak. Contohnya negara Iraq telah hancur, negara Syam (Syria) kini sedang bergolak sekian lama, Yaman, Pakistan dan Afghanistan. Pada hari ini, pengaruh-pengaruh Syiah telah menular ke negara-negara Afrika. Negara Malaysia bernasib baik kerana Pemerintah dan Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mengekang pengaruh syiah dan ajaran-ajaran sesat.

Bani Israel

Umat Islam di Malaysia janganlah jadi seperti Bani Israel. Lihat sejarah Bani Israel, ketika mereka melakukan ketaatan kepada Allah SWT, lalu Allah SWT telah mengurniakan kepada mereka nikmat yang pelbagai sepertimana kehidupan mereka ketika dalam kelaparan setelah dikeluarkan dari bumi Mesir, Allah SWT telah menurunkan makanan dari langit (Mann dan Salwa) serta direzekikan kepada mereka nikmat yang baik-baik.

Akan tetapi, ketika mereka melakukan maksiat dan melanggar arahan Allah SWT, lalu Allah SWT telah menjadikan mereka haiwan seperti kera dan sebagainya.

Begitu juga dengan kisah Ashabul Kahfi yang mana Allah SWT telah muliakan mereka setelah mereka melakukan ketaatan kepadaNya.

Kepada umat Islam di Malaysia, bersatulah janganlah berpecah belah. Berdiri teguhlah di belakang pemimpin dan kerajaan kerana mereka membawa keamanan. Janganlah kamu menjadi seperti umat Islam di Iraq, Yaman dan Syria. Apabila keamanan sudah musnah, tidak mudah untuk mengusahakannya semula.