“ Kami sudah sangat bersedia”, itulah
kata-kata yang sempat saya terdengar semasa sedang duduk lepak di salah sebuah
kedai kopi yang sememangnya menjadi
tempat tumpuan pengulas-pengulas politik di kawasan Balung . “Walaupun calon
siapa sahaja yang di calonkan kami tatap menyokong asalkan ianya dari parti
yang memerintah iaitu Umno” jerit seorang yang dalam umur lingkungan 40 an
sambil memegang cawan kopinya yang agak berwarna coklat yang mungkin sedang
meminum milo ‘O” kosong pada pandangan mata kasar saya.
Daripada pemerhatian kasar saya,
sememangnya pengundi-pengundi di Parlimen Tawau khasnya DUN Balung masih lagi
mengharapkan Umno terus memerintah dan terus mentadbir Negeri Sabah. Rata-rata
dari mereka tidak menghiraukan siapa juga yang di calonkan untuk bertanding
atas tiket UMNO yang penting ianya keputusan sebulat suara dari pucuk pimpinan
tertinggi Parti.
“ Di Balung macam-macam ada, Sekolah,
Pusat pengajian tinggi,Institut Perguruan dan sebagainya” senang untuk
anak-anak kami “ kata seorang pakcik dari meja bersebelahan. Di tambah lagi
dengan kemudahan Bank iaitu Bank Simpanan Nasional membolehkan urusan bank dapat dilakukan
dengan tidak lagi kebandar Tawau yang jauhnya hampir 38 km.
Jadi, kepada pemimpn tertinggi Barisan
Nasional dan di peringkat Negeri, DUN Balung dan pengundi Balung sudah cukup
bersedia untuk menghadiakan satu kerusi DUN iaitu Balung kepada kerajaan negeri
Sabah pada PRU 14 yang akan menjelma kelak.
Usah di risaukan dan usah di sangsikan
orang Balung sudah bersedia sepenuh nya..
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di Balung..
No comments:
Post a Comment