24 Apr 2017

PM & KSN UTAMA KEPENTINGAN NEGARA & RAKYAT DALAM PERLANTIKAN BAHARU DALAM JABATAN KERAJAAN




Pentadbiran awam di negara Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia melibatkan imbuhan gaji, bonus, elaun, kemudahan kesihatan, insuran, pendidikan, jaminan keselamatan, kenaikan pangkat dan sistem pencen.

Perlantikan dan pertukaran adalah perkara biasa di dalam perkhidmatan kerajaan. Ianya berlaku untuk memastikan kelancaran sesebuah jabatan dalam merealisasikan agenda rakyat dapat mencapai sasaran dengan cepat dan tepat. Kelemahan sesebuah agensi kerajaan bukan sahaja memberi implikasi negatif kepada kerajaan, tetapi akan merugikan negara dan rakyat. Perkara inilah yang cuba dielakkan oleh PM dan KSN dalam melantik seseorang mengetuai sesuatu jabatan kerajaan.

Perlantikan seseorang ke sesuatu jawatan adalah hak eksklusif YAB Perdana Menteri. Dalam hal ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai ketua kepada perkhidmatan awam di Malaysia mempunyai kuasa yang besar untuk menerima cadangan dari pihak yang berautoriti seperti Menteri untuk melantik mereka yang berkelayakan bagi menjalankan tugas di mana-mana jabatan baru.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan dilemparkan kepada Kerajaan mengenai isu pertukaran dan perlantikan seseorang ke jabatan yang baharu. Dalam hal ini, sentimen perkauman, agama dan fahaman politik bukan menjadi asas kepada perlantikan seseorang. Sentimen itu bukan amalan dalam kerajaan Malaysia.  Amalan Kerajaan Malaysia ialah untuk memastikan perlantikan seseorang akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan seterusnya negara dan rakyat akan menerima faedahnya.

Kerajaan boleh menerima cadangan daripada mana-mana pihak seperti Menteri tetapi akhirnya yang menilai dan memutuskan cadangan itu ialah YAB Perdana Menteri dan KSN selepas melihat dari semua sudut seperti sejarah perkhidmatan, latarbelakang perkhidmatan, pengalaman, tatatertib dan sebagainya. PM dan KSN sudah pasti akan memberikan keutamaan kepada rakyat dan negara dalam memutuskan sesuatu cadangan perlantikan seseorang. Oleh yang demikian rakyat diminta tidak terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak yang menuduh PM dan KSN tidak prihatin dalam hal ini.


Di pihak kakitangan kerajaan pula, adalah lumrah kepada mereka untuk menurut perintah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan masing-masing. Keakuran kakitangan kerajaan kepada kerajaan semasa amat penting dalam memastikan kelancaran sesebuah pentadbiran kerajaan. Kita tidak mahu menjadi sebuah kerajaan yang porak-peranda seperti sesetengah negara kerana ketidakpatuhan sesetengah kakitangan kerajaan mereka kepada Kerajaan yang memerintah.


Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di balung ada di Balung....

14 Apr 2017

DI SEBALIK PERLANTIKAN DS HISHAMMUDDIN,





1. Perlantikan YB DSHH telah menjadi fenomena beberapa hari ini. Ramai terkejut. Pemimpin pembangkang turut mengambil portdengan memberi pandangan masing-masing. Kebanyakan mereka berharap DS Zahid-DS Hishammuddin akan bertelagah. Malangnya, telahan mereka tidak menjadi. Mereka kecewa lagi.

2. Ramai di kalangan kita tidak menyedari, ayah DSHH iaitu Tun Hussien Onn adalah bekas pemimpin tentera yang terlatih dari pusat latihan tentera terkemuka di India bersama-sama dengan Panglima ATM pertama Tun Ibrahim Ismail sebelum Perang Duia Kedua (PD2).

3. Semasa PD2, kedua-dua mereka dianggap sudah meninggal dunia kerana khabar berita mereka tidak pernah sampai di kampung. Pada masa itu tiada handphone dan internet.

4. Rupa2nya mereka terlibat dalam gerakan bersama Force136 dengann tentera British-Commonwealth untuk membebaskan negara kita daripada penjajahan Jepun. Tun Ibrahim dan Tun Hussien Onn ketika itu operasi khas dalam kapal selam diesel dari Sri Langka menuju ke Tanah Melayu. Kapal Selam dan tentera Melayu bukanlah perkara baharu sejak 1945 !

5. Tun Hussien dan DSHH adalah orang yang tenang. YAB PM DS Najib juga seorang yang cool. Mereka bukan orang yang gopoh-gapah. Semasa DSHH handle isu Lahad Datu, MH370 dan MH17, ketenangan DSHH banyak menyelamatkan Malaysia daripada serangan media asing. Keyakinan, ketokohan dan kesabaran beliau telah banyak menyelamatkan imej dan prestij negara kita.

6. Sebagai negara multiracial, kita memerlukan pemimpin yang moderat yang boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

7. Pengalaman saya dengan DSHH, beliau tidak seorang yang gopoh, tidak seorang yang gelojoh untuk mewariskan legasi kepimpinannya kepada anak lelakinya. Saya bertanya DSHH "kenapa tidak latih dan bawa ke hadapan anak lelaki DS?'. Beliau menjawab, 'tidak perlu, janganlah'. Ketika saya berbual dengan anak lelaki DSHH, anak lelakinya berkata dia sedang fokus dengan kerjaya dan pelajaran.

8. PM mempunyai kuasa eksekutif untuk melantik sesiapa yang difikirkan boleh membantu untuk kepentingan rakyat dan negara. Dengan keadaan keselamatan pantai timur Sabah dan Esscom yang memerlukan seorang menteri berpengalaman, tenang dan tidak gelojoh, DSHH adalah orang yang sangat sesuai.

9. Sebenarnya, rakyat Sabah menerima satu lagi hadiah dari kerajaan pusat sempena hari jadi Esscom tahun ini (1 April 2013), di mana melalui perlantikan ini, DSHH akan memberi tumpuan kepada keselamatan di Sabah.

10. Dari aspek politik, saya melihat perlantikan ini juga satu lagistep kepada beliau melakukan persediaan ke arah kepimpinan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Selepas PRU14 nanti, saya melihat rakyat sudah bersedia menerima DSHH untuk melangkah lebih jauh dalam heirarki UMNO dan kerajaan.

Selamat Berhujung Minggu.
Airport Dubai,
14 April, 2017.

Nota: Post guna HP sahaja, sebab itu tiada gambar dan berbeza dengan posting yang sebelumnya.


Sumber : Jentayuabaka

9 Apr 2017

Pilihanraya ke 14 DUN Sabah bulan hadapan !!





Bila pilihanraya 14 DUN Sabah? itulah soalan-soalan dan perbincangan yang sering di dengar dan di lihat di mana-mana sahaja termasuk parlimen kedai kopi yang ada di sekitar daerah Tawau . Pelbagai andaian dan rumusan di buat di dalam menanti tarikh penting untuk ahli-ahli politik dan peminat politik terutamanya yang berada di sekitar daerah Tawau.

Ada yang mengimpikan untuk menjadi Calon samada di parti pembangkang dan tidak kurang juga yang mengharapkan untuk jadi calon di parti pemerintah iaitu parti Barisan Nasional kerana masing-masing mempunyai misi dan visi untuk menyumbangkan tenaga kepada pengundi yang ada di kawaan masing-masing.

Kalau di peringkat parti pemerintah, pemilihan untuk calon yang akan bertanding mungkin agak sedikit mudah kerana Barisan Nasional sudah pun mempunyai hiraki parti iaitu ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. Seperti sebelumnya calon yang di pilih oleh pucuk pimpinan parti ada lah dari mereka-mereka yang menjawat jawatan tertinggi di dalam parti. Belum pernah tercatit di dalam sejarah terutamanya di Parlimen dan  DUN  Tawau dan Kalabakan, calon yang di pilih adalah dari mereka yang hanya ahli biasa ataupun bukan ahli di Umno untuk menjadi calon kecuali kerusi berkenaan di khaskan untuk parti kompenan parti Barisan Nasional. Ini membuktikan pemimpin tertinggi Umno di setiap bahagian sentiasa akur dan setia dengan setiap keputusan yang pucuk pimpinan telah buat.

Berlainan pula di pihak lawan iaitu parti-parti yang ada di pihak pembangkang. Ada beberapa parti yang di khabarkan akan bertanding di PRU 14 akan datang seperti PAS, Warisan, PKR, STAR dan banyak lagi .  kesemua parti ini bakal mencalonkan calon mereka untuk setiap kawasan yang mereka akan tandingi. Bermakna pada setiap kawasan bertanding akan ada dua atau tiga parti bertanding yang akan mewakili parti pembangkang dan tidak termasuk calon bebas. Analisa awal jika keadaan ini terjadi sudah pastinya Barisan Nasional akan menang mudah di setiap kawasan kerana tiada kesepakatan yang di tunjukkan oleh pembangkang jika di bandingkan dengan Barisan Nasional.

Dari segi pemilihan calon pula, seakan ada cubaan cucuk-mencucuk  terutamanya di pihak pembangkang kerana masing-masing merasakan mereka layak untuk bertanding sedangkan ada ahli pembangkan yang sudah lama tiba-tiba mahu di singkirklan dengan ada ahli baru yang konon nya lebih berkaliber. 

bersambung...


Selamat berhari minggu..

 Semuanya ada di balung ada di Balung..



8 Apr 2017

PERISTIWA DI BELAKANG TABIR KETIKA TS ANUAR MUSA MEMBANTU DS NAJIB



Melawat YB TS Anuar Musa 3 hari selepas discharge dari IJN

Semalam saya telah melawat YB Tan Sri Anuar Musa yang baharudischarge dari Institut Jantung Negara (IJN). Beliau kelihatan kuat semangat, walaupun nampak keletihan. Sambil berbual kami menjamu sarapan pagi mee hun dan teh. 

Saya ingin kongsikan perbualan saya dengan TS Anuar kepada anda di bawah.

Jika melihat catatan sejarah, TS Anuar sepatutnya menyokong Tun Dr Mahathir, kerana semasa TS Anuar tewas dalam PRU 1990, Tun M tetap melantik TS Anuar menjadi Menteri Belia & Sukan. Berbeza dengan sekarang, walaupun TS Anuar menang PRU13, TS Anuar tidak dilantik Menteri malah tugas beliau sebagai Pengerusi MARA pula direhatkan tanpa status yang jelas.

Isunya pada hari ini, kenapa    TS Anuar mempertahankan Kerajaan dan DS Najib sebaliknya menolak Tun M? Orang ramai tidak mengetahui hal ini.

Pada tahun 2009, dalam mesyuarat MT UMNO, boleh dikatakan seluruh MT UMNO bersetuju supaya Pak Lah meletak jawatan dan digantikan dengan DS Najib. Apabila tiba giliran TS Anuar, beliau mempunyai pendirian yang berbeza. Beliau juga bersetuju tetapi peralihan kuasa itu biarlah sampai kepada masa yang telah dipersetujui sebelum ini. 
       
Namun, desakan Tun Dr. Mahathir dan MT UMNO ketika itu menyebabkan Pak Lah berlembut. Akhirnya Pak Lah menyerahkan jawatan kepada DS Najib. Benarlah bahawa, 'khalifah Abu Bakar tidak akan boleh menjadi Khalifah Umar Ibnu Khattab'.

Sejak 2009-2013, TS Anuar tidak pernah mengadap DS Najib. TS Anuar membayangkan, dalam PRU13 beliau tidak akan dicalonkan. Dengan pendirian tegas TS Anuar dalam mesyuarat MT, beliau telah dicop tidak bersama DS Najib. Namun, begitu beliau tetap dicalonkan dan menang pula.

Temasek 
Yayasan 1MDB telah menunjukkan peranan yang besar dalam menggerakkan aspirasi kerajaan kepada rakyat. Aktiviti CSR Yayasan 1MDB kepada rakyat Malaysia dalam aspek pendidikan, pembangunan belia, biasiswa, Haji, perumahan rakyat dan kualiti hidup telah menggusarkan DAP. 

Ada pihak sangat bimbang jika 1MDB berkembang dan menjadi seperti Temasek di Singapura. DAP telah mencium hal ini, dan menugaskan Tony Pua untuk menyerang 1MDB.

Dalam politik, kemenangan besar PR pada tahun 2008 telah mengalihkan sokongan padu konglomerat Cina kepada UMNO. Sejak bertahun lamanya, UMNO mendapat sumbangan daripada mereka kerana mereka melihat kepada Tun M yang banyak membantu mereka jua. Apabila Tun M bertelagah dengan Pak Lah, sokongan konglomerat Cina semakin berkurangan kepada UMNO dan mereka beralih arah.
Apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri, idea 1MDB yang sebenarnya diasaskan oleh Pak Lah melalui TIA, dikembangkan untuk menjana sumber kewangan. Tidak perlu lagi bergantung kepada konglomerat Cina. Akibat daripada kejayaan bisnes 1MDB memiliki bisnes tenaga dalam dan luar negara, terdapat pihak yang mengadu kepada Tun M.

Kemudian DAP menggunakan kelemahan pentadbiran 1MDB dengan menyerang DS Najib. Mereka cuba mengaitkan kelemahan itu kepada DS Najib. Tujuan mereka adalah untuk menggagalkan syarikat pelaburan kerajaan ini supaya tidak berjaya menjadi seperti Temasek di negara jiran.
  
Akhbar-akhbar di negara jiran, Brunei, Filipina, Kemboja, Thailand tidak menyerang 1MDB sebagaimana media di Singapura menghentam sehabis-habisnya 1MDB ini. 
Nampaknya, elemen lama masih ada di Singapura. Generasi baru perlu membaca semula sejarah DAP dan PAP.
Belakang Tabir 
Pada tahun 2015, Tun M telah menyerang DS Najib dalam isu derma RM2.6B. Ramai yang gelabah. 

Di sinilah TS Anuar menjalankan pengalamannya. Beliau menjemput ramai pemimpin-pemimpin UMNO ke rumahnya, bertanya mereka, mendengar suara hati mereka. Malah YB Menteri Belia turut mengunjungi 'uncle Anuar' untuk mendapatkan nasihat. 

TS Anuar Musa menasihati semua mereka supaya teguh di belakang Kerajaan dan menyokong kepimpinan DS Najib.
Pada bulan Ramadan 2015, TS Anuar Musa membawa lebih kurang 32 pemimpin utama UMNO ke Seri Perdana untuk mendengar sendiri penerangan dari DS Najib tentang RM2.6. TS Anuar Musa telah bertanya direct kepada DS Najib. Pada ketika itulah, DS Najib menerangkan satu persatu dan menunjukkan surat derma dari Arab Saudi.

Yang jelas wang itu adalah derma dari Arab Saudi, bukan wang kerajaan dan bukan wang dari mana-mana agensi kerajaan. Ianya sudah dikembalikan, akaun sudah ditutup dan sudah tiada di Ambank.

Dengan penjelasan dari hati ke hati itu, sokongan mereka kepada DS Najib bertambah kukuh. Mereka kembali bersemangat waja.

TS Anuar Musa telah berjaya membantu DS Najib.

TS Muhyiddin dan Shafie
TS Muhyiddin pada mulanya adalah seorang yang setia kepada DS Najib dan tidak mempunyai cita-cita untuk menjawat PM kerana pelbagai faktor. Namun begitu, kejayaan Tun M dan pemimpin senior Tun Daim serta rakan mereka berjaya memujuk dan mempengaruhi TS Muhyiddin untuk menentang DS Najib, dengan dijanjikan jawatan Perdana Menteri. Tidak perlu menunggu lama.

Begitu juga dengan DS Shafie Apdal, peranan belakang tabir yang dimainkan oleh Tun Daim dan kumpulannya berjaya memujuk DS Shafie Apdal keluar menyertai TS Muhyiddin. DS Shafie mengetahui beliau tidak akan dapat melangkaui DS Hishamuddin dan DS Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika DS Shafie Apdal dan TS Anuar Musa dalam satu kapal ke Kuching. Sepanjang dua jam penerbangan itu, DS Shafie meluahkan sikap sebenarnya. TS Anuar Musa sangat terkejut. Apabila tiba di lapangan terbang Kuching, DS Shafie memaksa TS Anuar untuk menaiki kenderaannya dan menyambung semula ceritanya.

Hakikatnya, rakyat perlu tahu, TS Muhyiddin dan DS Shafie meninggalkan DS Najib bukanlah kerana isu 1MDB dan RM2.6 pun, melainkan cita-cita peribadi mereka setelah berjaya diperdaya.

Nasihat TS Anuar Musa
TS Anuar Musa menjadi Menteri ketika berusia 33 tahun. YB Khairy menjadi Menteri ketika berusia 37 tahun. Jika pada zaman TS Anuar Musa dahulu sudah wujud Handphone, Wassap, FB dan sebagainya sudah pasti TS Anuar lebih beraura daripada KJ. Namun era dan zaman berubah.

Pengajaran yang diperolehi daripada perbualan saya dengan TS Anuar Musa, untuk pemimpin-pemimpin UMNO khususnya. Pertama Ketua-ketua pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri hendaklah kuat semangat, setia dan menunjukkan kekuatan di hadapan rakyat ketika mendepani isu-isu semasa. 

Kedua, kepada pemimpin muda, integriti tidak boleh dikompromi dan keihlasan mesti berada di hadapan untuk menjayakan sesuatu agensi yang diketuai. Usah bermegah dengan jawatan, usah mencari jalan pintas. Kebanyakan pemimpin sekarang lemah prinsip perjuangan dan kesetiaan pula mudah terusik.

Bagi TS Anuar Musa, beliau tidak mempunyai apa-apa ambitionyang besar. Semuanya sudah dilaluinya sejak hampir 40 tahun berpolitik.

Selamat Membaca
Selamat Berhujung Minggu.


4 Apr 2017

Aktiviti seharian Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan- 2/4/2017





1) Meneruskan program hari ini Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan merasmikan Community Sports Compleks Bandar Sri Indah Tawau















2)  Majlis Penutupan Hari Keluarga Taman Apas Permai disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan yang juga wakil rakyat Dun Apas di Tapak PermainanTaman Apas Permai Tawau. Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Apas Sarman Amat Simito.








3)  JUARA IMPIAN TAWAUFM 2017 menobatkan Hafiza ladin sebagai juara sementara itu Amy Masrina naib johan dan Mohd Arfat ketiga...Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abubakar Titingan. Dalam ucapan perasmiannya Datuk Tawfiq berkata Sebagai badan penyiaran yang terulung RTM terus giat menjalankan peranannya untuk mengetengahkan dan menyebarkan luaskan dasar serta program pembangunan kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.







Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung...

2 Apr 2017

kelulusan RM 150 ribu untuk pembinaan Surau Taman Apas Permai-Tawfiq Titingan



Alhamdulillah akhirnya  hari keluarga Taman Apas Permai Tawau yang di anjurkan oleh KRT  telah berlansung dengan jayanya pada hari ini. Seperti biasa apabila ada acara perjumpaan yang di adakan di Taman ini ianya sudah pastinya di hadiri oleh YB Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan.

Acara di mulakan pada pukul lapan pagi di Taman Permainan
Taman berkenaan yang di hadiri oleh pelbagai suku kaum dan agama yang menghuni Taman tersebut. Di dalam ucapan perasmian majlis itu tadi , beliau mengharapkan agar penduduk sentiasa bekerjasama di dalam melakukan sesuatu termasuk di dalam
menguruskan apa saja aktiviti yang di jalankan. Beliau juga mengharapkan agar penduduk yang ada menepis segala cubaan dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk sentiasa cuba menggugat keamanan dan cuba memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan yang ada kini. Beliau sangat berbesar hati sekiranya dapat di jemput ke Taman ini kerana Datuk sendiri mempunyai kenangan yang sangat indah dari awal
pembinaan Taman ini sehinggalah sekarang. Untuk acara pada minggu ini Datuk telah mengubah jadual perjumpaan yang telah di atur sebelumnya semata-mata ingin berjumpa serta beramah mesra dengan penduduk Taman Apas permai.

Di dalam ucapan nya beliau telah mengumumkan Surau Taman Apas Permai bakal terbina, dan pihak PPM Apas akan ke kota Kinabalu pada minggu depan untuk mengambil waran yang berjumlah seratus lima puluh ribu ringgit bagi tujuan pembinaan Surau Taman Apas Permai. Keperihatinan dan sikap ambil berat Datuk terhadap penduduk Taman ini terbukti dengan kelulusan kerajaan Negeri terhadap permohonan berkenaan.

Di akhir ucapannya beliau mengharapkan agar semua penduduk
menjauhkan diri terhadap gejala penyalah gunaan dadah dan menjadikan Taman ini bebas  dadah bebas jenayah dan bebas dari segala yang negetif dan menyalahi undang-undang  Negara.

Sekalung tahniah juga harus di berikan kepada penduduk yang memberikan kerjasama yang sangat erat sebelum dan semasa acara ini di jalankan. Tahniah juga kepada pihak penganjur iaitu KRT dan SRS Taman Apas Permai Tawau yang bertungkus lumus dalam menjayakan acara pada kali ini.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di balung ada di Balung...