Bila pilihanraya 14 DUN Sabah? itulah soalan-soalan dan perbincangan yang sering di dengar dan di lihat di mana-mana sahaja termasuk parlimen kedai kopi yang ada di sekitar daerah Tawau . Pelbagai andaian dan rumusan di buat di dalam menanti tarikh penting untuk ahli-ahli politik dan peminat politik terutamanya yang berada di sekitar daerah Tawau.
Ada yang mengimpikan untuk menjadi Calon samada di parti pembangkang dan tidak kurang juga yang mengharapkan untuk jadi calon di parti pemerintah iaitu parti Barisan Nasional kerana masing-masing mempunyai misi dan visi untuk menyumbangkan tenaga kepada pengundi yang ada di kawaan masing-masing.
Kalau di peringkat parti pemerintah, pemilihan untuk calon yang akan bertanding mungkin agak sedikit mudah kerana Barisan Nasional sudah pun mempunyai hiraki parti iaitu ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. Seperti sebelumnya calon yang di pilih oleh pucuk pimpinan parti ada lah dari mereka-mereka yang menjawat jawatan tertinggi di dalam parti. Belum pernah tercatit di dalam sejarah terutamanya di Parlimen dan DUN Tawau dan Kalabakan, calon yang di pilih adalah dari mereka yang hanya ahli biasa ataupun bukan ahli di Umno untuk menjadi calon kecuali kerusi berkenaan di khaskan untuk parti kompenan parti Barisan Nasional. Ini membuktikan pemimpin tertinggi Umno di setiap bahagian sentiasa akur dan setia dengan setiap keputusan yang pucuk pimpinan telah buat.
Berlainan pula di pihak lawan iaitu parti-parti yang ada di pihak pembangkang. Ada beberapa parti yang di khabarkan akan bertanding di PRU 14 akan datang seperti PAS, Warisan, PKR, STAR dan banyak lagi . kesemua parti ini bakal mencalonkan calon mereka untuk setiap kawasan yang mereka akan tandingi. Bermakna pada setiap kawasan bertanding akan ada dua atau tiga parti bertanding yang akan mewakili parti pembangkang dan tidak termasuk calon bebas. Analisa awal jika keadaan ini terjadi sudah pastinya Barisan Nasional akan menang mudah di setiap kawasan kerana tiada kesepakatan yang di tunjukkan oleh pembangkang jika di bandingkan dengan Barisan Nasional.
Dari segi pemilihan calon pula, seakan ada cubaan cucuk-mencucuk terutamanya di pihak pembangkang kerana masing-masing merasakan mereka layak untuk bertanding sedangkan ada ahli pembangkan yang sudah lama tiba-tiba mahu di singkirklan dengan ada ahli baru yang konon nya lebih berkaliber.
bersambung...
Selamat berhari minggu..
Semuanya ada di balung ada di Balung..
No comments:
Post a Comment