14 Apr 2017
DI SEBALIK PERLANTIKAN DS HISHAMMUDDIN,
1. Perlantikan YB DSHH telah menjadi fenomena beberapa hari ini. Ramai terkejut. Pemimpin pembangkang turut mengambil portdengan memberi pandangan masing-masing. Kebanyakan mereka berharap DS Zahid-DS Hishammuddin akan bertelagah. Malangnya, telahan mereka tidak menjadi. Mereka kecewa lagi.
2. Ramai di kalangan kita tidak menyedari, ayah DSHH iaitu Tun Hussien Onn adalah bekas pemimpin tentera yang terlatih dari pusat latihan tentera terkemuka di India bersama-sama dengan Panglima ATM pertama Tun Ibrahim Ismail sebelum Perang Duia Kedua (PD2).
3. Semasa PD2, kedua-dua mereka dianggap sudah meninggal dunia kerana khabar berita mereka tidak pernah sampai di kampung. Pada masa itu tiada handphone dan internet.
4. Rupa2nya mereka terlibat dalam gerakan bersama Force136 dengann tentera British-Commonwealth untuk membebaskan negara kita daripada penjajahan Jepun. Tun Ibrahim dan Tun Hussien Onn ketika itu operasi khas dalam kapal selam diesel dari Sri Langka menuju ke Tanah Melayu. Kapal Selam dan tentera Melayu bukanlah perkara baharu sejak 1945 !
5. Tun Hussien dan DSHH adalah orang yang tenang. YAB PM DS Najib juga seorang yang cool. Mereka bukan orang yang gopoh-gapah. Semasa DSHH handle isu Lahad Datu, MH370 dan MH17, ketenangan DSHH banyak menyelamatkan Malaysia daripada serangan media asing. Keyakinan, ketokohan dan kesabaran beliau telah banyak menyelamatkan imej dan prestij negara kita.
6. Sebagai negara multiracial, kita memerlukan pemimpin yang moderat yang boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
7. Pengalaman saya dengan DSHH, beliau tidak seorang yang gopoh, tidak seorang yang gelojoh untuk mewariskan legasi kepimpinannya kepada anak lelakinya. Saya bertanya DSHH "kenapa tidak latih dan bawa ke hadapan anak lelaki DS?'. Beliau menjawab, 'tidak perlu, janganlah'. Ketika saya berbual dengan anak lelaki DSHH, anak lelakinya berkata dia sedang fokus dengan kerjaya dan pelajaran.
8. PM mempunyai kuasa eksekutif untuk melantik sesiapa yang difikirkan boleh membantu untuk kepentingan rakyat dan negara. Dengan keadaan keselamatan pantai timur Sabah dan Esscom yang memerlukan seorang menteri berpengalaman, tenang dan tidak gelojoh, DSHH adalah orang yang sangat sesuai.
9. Sebenarnya, rakyat Sabah menerima satu lagi hadiah dari kerajaan pusat sempena hari jadi Esscom tahun ini (1 April 2013), di mana melalui perlantikan ini, DSHH akan memberi tumpuan kepada keselamatan di Sabah.
10. Dari aspek politik, saya melihat perlantikan ini juga satu lagistep kepada beliau melakukan persediaan ke arah kepimpinan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Selepas PRU14 nanti, saya melihat rakyat sudah bersedia menerima DSHH untuk melangkah lebih jauh dalam heirarki UMNO dan kerajaan.
Selamat Berhujung Minggu.
Airport Dubai,
14 April, 2017.
Nota: Post guna HP sahaja, sebab itu tiada gambar dan berbeza dengan posting yang sebelumnya.
Sumber : Jentayuabaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment