25 Apr 2018

Siapakah Calon yang sepatutnya untuk DUN N 55 Balung ?





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DUN  N55 Balung adalah satu Kawasan pilihanraya yang terletak di Parlimen P190 Tawau yang terdiri daripada DUN Balung, DUN Apas dan DUN Sri Tanjung. Pada pilihanraya yang lalu iaitu PRU ke 13 DUN Balung telah di menangi oleh DSP Syed Abas Syed Ali  yang menjadi Calon Barisan Nasional dengan mejoriti yang sangat tinggi iaitu lebih dari 5000 undi. Ini ialah kali ketiga Barisan Nasional dan DSP Syed Abas Syed Ali memenangi  kerusi DUN Balung dengan mejoriti yang sangat tinggi iaitu PRU 11, PRU 12 dan PRU 13.

Jumlah pengundi berdaftar yang ada DUN  Balung kini ialah lebih kurang 14000 pengundi. Jika di buat perbandingan daripada data pengundi dan mejoriti yang telah di perolehi oleh Barisan Nasional pada pilihanraya Umum ke 13 yang lalu menunjukkan 80 % penduduk Balung memberikan mandat kapada Barisan Nasional untuk mewakili pengundi balung.  

Beberapa faktor penting yang membuatkan pengundi sentiasa memilih  Barisan Nasional  untuk DUN Balung di antaranya ialah,

1) Parti

Seperti yang kita sedia maklum. Barisan Nasional sentiasa menjadi faktor utama  untuk kemenangan calon di mana-mana sahaja kawasan pilihanraya terutama di Sabah. Ramai di antara pengundi tidak mengenali calon dan hanya mengenali lambang barisan Nasional untuk di berikan mandat pada PRU berkenaan.

2) Calon.

Calon yang di pilih juga memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan mejoriti serta memenangi pilihanraya berkenaan. Ini di buktikan dengan tiga PRU yang telah berlalu dengan Calon yang sama menunjukkan peningkatan mejoriti pada setiap PRU yang di lalui.

Apapun ini hanya dapatan daripada analisa peribadi saya sendiri dan ianya  tidak boleh di jadikan rujukan untuk mana-mana pihak untuk menjadikan ianya garis panduan untuk memilih Calon pilihanraya untuk mewakili DUN Balung pada pilihanraya kali ini.

Beberapa nama yang sentiasa menjadi sebutan dan harapan orang Balung untuk mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini di antaranya ialah Datuk Hj Nizam DSP Hj Abu Bakar Titingan Naib Ketua Umno Bahagian Tawau, DSP Syed Abas Syed Ali ADUN N55 Balung, Saudara Hj Amil Awang Bendahari Umno P190 Tawau dan Mantan PPM Balung dan Saudara Ariffin Hj Kassim  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau.

Adalah diharapkan pada kali ini DUN Balung akan mendapat Calon yang rajin bekerja  dan dapat memajukan Balung setaraf  dengan daerah-daerah kecil yang ada di Sabah.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung....







No comments: