Tak kenal maka tak cinta, itulah perkataan yang sesuai digambarkan kepada calon Dewan Undangan Negeri N55 Balung. Beliau merupakan seorang pesara Kerajaaan dan telah memberikan bakti lebih kurang 38 tahun di pelbagai jabatan kerajaan negeri Sabah.
Di lahirkan di Daerah Tawau di sebuah ladang getah yang pada ketika itu di kenali sebagai BAL (Borneo Abaca Limited). Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang terletak di DAerah Tawau dan dan yang terakhir di UITM.
Pernah menjawat pelbagai jawatan tertinggi iaitu Pengarah Sabah Land Development Board, Pengarah Jabatan Tanah Negeri Sabah dan yang terakhir ialah Pengarah di Unit Perancang ekonomi Negeri Sabah.
Pada awal nya beliau merasakan agak janggal dan agak ragu -ragu terhadap pencalonan nya sebagai Calon Barisan Nasional DUN N 55 Balung. Di tambah lagi dengan
beberapa protes dari kalangan ahli Umno Tawau itu sendiri membuatkan ianya satu cabaran untuknya dalm menyelami hati nurani setiap ahli Umno dan pengundi kawasan Balung.
Setelah beberapa hari berkempen nampaknya penerimaan pengundi-pengundi DUN Balung sangat memberangsangkan dengan sambutan yang di terima pada setiap ceramah yang di jalankan. Di tambah dengan misi dan visi yang sangat baik dan mesra rakyat.
Adalah di harapkan momentum sebegini akan dapat di teruskan di di dalam memastikan Barisan Nasional DUN N 55 Balung akan dapat menang dan meningkatkan mejoriti pada PRU kali ini. Jika mandat di berikan kepada Datuk Osman Jamal iaitu calon Barisan Nasional DUN Balung pada PRU kali ini sudah pastinya Balung akan menjadi Daerah yang maju aman makmur dan memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang- orang Balung dan sekitar nya.
Salam dari Bumi Balung..
semuanya ada di Balung ada di Balung..
No comments:
Post a Comment