22 May 2019

Coretan buat ayah



Awalnya ku kira ini hanyalah sebuah mimpi belaka
Ternyata tidak, Ayah benar-benar telah tiada
Ia benar-benar telah pergi dari dunia yang fana
Menuju Rabb-nya yang maha sempurna. ayah…..
Perjuanganmu meninggalkan seribu erti
Kelembutanmu menyisakan sejuta makna
Ketelusanmu menggetarkan kesunyian hati
Kata-kata mu menyejukkan jiwa yang terlena.
Mendengar Suaramu kini hanyalah sebuah bayangan
Melihat senyummu kini hanyalah tinggal khayalan
Rindu akan canda tawa mu kini hanyalah sebuah pengharapan
Mencium tanganmu kini hanyalah tinggal impian.
Ayah, tahukah engkau….
Betapa hati ini menjerit
Dan air mata ini seakan-akan tidak henti-hentinya mengalir
Ketika kami melihatmu hanya terdiam membisu
Seakan suara indahmu hilang dalam dimensi waktu
Jika bukan kerana Allah dan iman di dalam dada
Pasti kami telah hancur di bawa oleh arus duniawi
Melepaskan kepergianmu untuk selamanya
Itu hal yang tersulit dalam hidup ini.
Ayah, tahukah engkau….
Ketika cinta ini seakan tidak ingin berpisah
Ketika waktu terasa sangat singkat untuk terus bersama
Ketika kepergianmu menyisakan air mata
Meskipun kami tahu bahwa hidup hanyalah menjalani senario yang maha kuasa.
Ayah, kami yakin Allah telah menepati janjinya
Ketika engkau melihat mahligai surga yang bertahta
Engkau lukiskan senyuman indah mu yang merona
Senyuman terakhir yang meneduhkan jiwa.
Akan kami ukir namamu di setiap bait-bait doa
Akan kami sebut namamu di sujud dalam keheningan malam
Hingga tiba suatu saat nanti
semoga kita akan berjumpa lagi.
Wahai Allah, Rabbul Izzati
Muliakanlah ia laksana seorang raja
Cintailah ia laksana sang kekasih
Rahmatilah ia dengan rahmatmu yang maha bijaksana
Sayangilah ia dengan kasih sayang-Mu yang tak bertepi



15 Apr 2019

Karnival Jom Santai dapat membantu usahawan anak-anak Balung tingkatkan pendapatan-Nizam



Burung Nuri terbang tinggi,
Cari makan di tepi perigi,
Kalau bukan  saudara dan  saudari,
Tidak saya datang ke mari..

Karnival Jom Santai telah di adakan di Taman Sawit buat kali kedua dengan jayanya. Pada acara perasmian serta penutupannya, ianya telah dirasmikan oleh Ketua
Penaja PPBM Bahagian Tawau iaitu Datuk Nizam DSP Hj Abu
Bakar Titingan.

Di dalam ucapan perasmian nya beliau melahirkan rasa yang sangat
gembira dengan penganjuran acara sebegini kerana ianya dapat memberikan peluang kepada orang-orang Balung untuk berniaga serta menambah pendapatan.

"Saya sentiasa akan memberikan sokongan kepada acara-acara sebegini sebab ianya sangat baik dan mendatangkan keuntungan kepada peniaga-peniaga yang ada serta dapat memperkenalkan
Taman Sawit kepada umum."

Membantu rakyat adalah agenda utama beliau samada secara lansung maupun  tidak lansung. Beliau menambah dengan keadaan Negara yang aman makmur dengan keadaan yang sangat harmoni sudah pastinya rakyat dapat hidup aman dan damai  dan hormat menghormati di antara satu dengan yang lain.

Hormat menghormati sesama kaum dan hormat menghormati sesama agama menjadi teras utama untuk Negara terus maju dan mara kehadapan.

Di akhir ucapannya yang di hadiri kira kira 2000 pengunjung beliau mengharapkan agar usaha-usaha penganjuran yang baik sebegini terus diadakan dan beliau mengharapkan agar di masa masa akan datang ianya sentiasa di adakan dean menmbah baik pengisian program berkenaan.


"salam dari Bumi Balung"


Semuanya ada di Balung ada di Balung,,,

13 Apr 2019

Aktiviti Mingguan Ketua Penaja PPBM P190 Tawau


Melawat penduduk Balung 


Menyumbangkan kerusi untuk Masjid Kg Bt 22 


Merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang Kg Blok 31 Balung


Melawat Mangsa Kebakaran dan menyampaikan bantuan

11 Apr 2019

Kemana arah PPBM Sabah ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di kesempatan ini kami di Balung Kini ingin mengucapkan Selamat hari Pekerja dan selamat menyambut Bulan yang penuh berkat iaitu Bulan Ramadan yang akan menjelma pada bulan hadapan iaitu bulan May 2019.


Mungkin sudah agak lama Balung Kini tidak mengeluarkan sebarang artikel ataupun tulisan untuk tujuan bacaan dan panduan kepada pembaca setia Balung kini yang berada di sekitar daerah Tawau  ataupun di mana mana sahaja. Ini tidak bermakna Balung Kini tidak lagi mengikuti perkembangan  keadaan semasa yang berlaku di Tawau tetapi lebih menumpukan kepada kerja-kerja hakkiki dan hanya banyak memerhati akan scenario politik yang berlaku akhir-akhir ini.

Seperti yang umum ketahui PH ataupun  Pakatan Harapan telah memenangi PRU 14 yang baru berlalu dan telah memenenagi kerusi dihampir semua Negeri  termasuklah Sabah. Pada PRU yang lepas BN memenangi 29 kerusi DUN PH memenangi 29 kerusi dan bebeas 2 kerusi. Keadaan ini agak tergantung  dan sesebuah kerajaan yang memerintah hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 31 kerusi untuk mejoriti dan memerintah negeri Sabah.

Setelah beberapa perkara yang berlaku akhirnya PH yang di ketuai oleh Parti Warisan telah mendapat kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan dengan memilih Datuk Sri Shafie Apdal sendiri menjadi ketua Menteri yang pertama Sabah dari Blok Pakatan Harapan.

Di tahun 2019 beberapa perkara yang tidak terfikir boleh terjadi  terutamanya penghijraan yang berlaku daripada kalangan Ahli DUN Sabah daripada UMNO yang kesemuanya telah  keluar Parti dan memilih untuk menyertai PPBM yang di pengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad. Pada pelancaran dan perasmian yang telah diadakan pada 6/4/2019 baru baru-baru ini kesemua mantan ADUN Umno telah menerima Kad Keahlian PPBM yang di sampaikan sendiri oleh Pengerusi PPBM dan di saksikan oleh hamper 35,000 orang yang hadir pada waktu berkenaan.

Jika di perhatikan daripada kehadiran semasa pelancaran berkenaan, ianya mendapat sambutan yang agak luar biasa daripada penduduk Sabah khasnya jika dibandingkan dengan sambutan kemasukan UMNO ke Sabah pada suatu masa dahulu. Semangat semua ahli dan bakal ahli yang hadir begitu berkobar-kobar ingin melihat PPBM melebarkan sayap serta ingin melihat PPBM memajukan Sabah lebih baik daripada zaman pemerintahan kerajaan terdahulu..

Kini, PPBM talah rasmi berada di Sabah dan telah rasmi mempunyai keahlian di Sabah di Negeri Di Bawa Bayu dan di khabarkan pada hari pelancaran  tersebut hampir 120,000  borang permohonan keahlian orang-orang Sabah telah di serahkan kepada pengerusi PPBM sendiri. Dengan angka yang berkenaan menunjukkan PPBM sudah pasti mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk Sabah dan ini juga menunjukkan penduduk Sabah bersedia untuk berubah dan bersedia untuk menerima limpahan rahmat dan kemajuan daripada kepemimpinan yang baru

Adalah di harapkan dengan bertapaknya PPBM di Sabah dapat membantu pemerintahan Parti Warisan  untuk memastikan Negeri Sabah dapat maju standing dengan negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia.

Bersambung....

Salam dari Bumi Balung...

13 Jan 2019

Dia wira ku dan dia ayah ku



Di sini lagi buat kesekelian kalinya. Walaupun dari segi fizikal nya aku kelihatan kuat namun jauh di lubuk hati sanubari ku aku sedang bersedih, aku sedang mengharapkan agar dia cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Teringat kira kira 35 tahun dahulu dia lah wira di hati ku, dialah yang aering memenuhi apa saja yang saya hajati, dia lah  juga yang sering mengembirakan hati ini walau dalam apa juga keadaan.

Kini keadaan sudah berubah, walaupun dia sentiasa menunjukkan bahawa dia masih kuat dan masih seperti dahulu tetapi tapi keadaan menunjukkan dia sudah tidak berdaya. Dia hanya bergantung kepada ubat- ubatan untuk meneruskan hidup dan terus membwrikan senyuman kepada kami serta cucu cucunya.

Pada saya dia tetap wira ku. Pada saya semua ini hanyalah dugaan dalam setiap  perjalanan untuk setiap insan yang bergelar manusia akan lalui.

Semoga segalanya berjalan lancar dan sentiasa dalam lindungan allah. Ini hanyalah pengorbanan kecil yang alu buat untuknya sedangkan  apa yang dia sudah korbankan untukku jauh lebih banyak dan tak mungkin saya dapat membalasnya. Hanya kepada allah aku serahkan semoga allah bersama dia selalu walau d mana jua...

Tawau GH HOSPITAL
2.30 pm