21 Dec 2021

Sawit Kinabalu bayar dividen interim ke-3 lebih RM14 juta


 KOTA KINABALU: Ketua Menteri yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan pembayaran dividen interim ketiga sebanyak RM14,448,000.00 daripada Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Kerajaan Negeri.

Pembayaran dividen interim itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, yang mewakili kerajan negeri, pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu hari ini.

Sawit Kinabalu berjaya merekod keuntungan sebanyak RM333 juta sebelum cukai berbanding unjuran sebanyak RM131 juta iaitu yang tertinggi dalam sejarah sejak syarikat ini diperbadankan 25 tahun yang lalu.

Sementara itu, Bacho berkata melalui keuntungan yang diperolehi ini, Sawit Kinabalu akan membayar RM14,448,000.00 kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai dividen interim yang ke-3 selepas pembayaran dividen bagi suku pertama dan kedua tahun 2021 iaitu sebanyak RM10,000,000.00 pada bulan September yang lalu.

Jumlah dividen yang dibayar sebanyak 24.4 juta ringgit pada tahun ini adalah pertambahan kepada jumlah dividen sebanyak RM1.2 bilion yang telah dibayar kepada pihak Kerajaan Negeri sejak tahun 1996.

Turut berlangsung pada hari yang sama adalah acara Menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Hernan Corporation Sdn Bhd bagi projek kerjasama menjalankan penanaman buah durian.



Memorandum persefahaman itu juga telah ditandangani oleh Bacho dan Puan Anna Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hernan Corporation Sdn Bhd. Memorandum persefahaman yang dimeterai ini bertujuan membangunkan projek tanaman durian; termasuk pemasaran dan pengeksportan buah durian asli dan produk nilai tambah berasaskan durian ke pasaran domestik dan antarabangsa seperti Australia, China, Japan, Amerika Syarikat dan lain lain lagi.

Melalui kerjasama strategik ini, Hernan Corporation Sdn Bhd akan membantu Kumpulan Sawit Kinabalu dalam perkongsian maklumat dan kepakaran, penyelidikan dan teknologi untuk memastikan projek ini dapat memberi dan membuahkan pulangan yang lumayan.\

Sumber Disini

14 Dec 2021

Sawit Kinabalu catat keuntungan 320juta-Ketua Menteri Sabah

 


           





Kerajaan negeri berbangga dengan Sawit Kinabalu yang kini berusia 25 tahun dan sentiasa menunjukkan prestasi yang
terbaik
. Kumpulan Sawit Kinabalu bukan saja telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor perniagaan malahan dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).
Syarikat ini telah menyantuni segenap lapisan masyarakat di hampir seluruh Sabah melalui pelbagai saluran bantuan terutamanya dari segi bantuan kewangan.

Selain itu, saya difahamkan oleh Datuk Pengarah Urusan bahawa Kumpulan Sawit Kinabalu telah mula melebarkan sayapnya dalam mempelbagaikan kegiatan perniagaan ke arah industri lain seperti pembangunan hartanah, cash crop, penternakan lembu pedaging serta burung walit supaya kekal relevan sebagai sebuah “investment arm of the state government”.
Hari ini kita telah menyaksikan Kumpulan Sawit Kinabalu menandatangani tiga

(3) Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dengan tiga (3) organisasi yang berlatar belakangkan pendidikan dan pengeluaran gula dari tandan kosong buah sawit iaitu pertama antara Sawit Kinabalu Encotech (Subsidiary Company) dan All Cosmos Industries Sdn Bhd, kedua antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan yang ketiga antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dengan IIPM Sabah Regional Chapter.

Kumpulan Sawit Kinabalu berjaya mencatat keuntungan sebelum cukai yang tertinggi dalam sejarah sejumlah lebih daripada RM320 juta pada tahun ini berbanding unjuran sebanyak RM131 juta.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi terima kasih atas Anugerah Felo Kehormat International Institute of Plantation Management (IIPM) yang diberikan kepada saya. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi IIPM, Datuk Hj Daud Hj Amatzin.

Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada Kumpulan Sawit khususnya kakitangan dan barisan pengurusan dan selamat menyambut ulang tahun yang ke-25.


Sumber : di sini


#SabahMajuJaya 

8 Dec 2021

Terimakasih CM Sabah. Commercial Collaboration Agreement (CCA) di antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS

 


Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial - Commercial Collaboration Agreement (CCA) di antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS

Penantian rakyat Sabah untuk memiliki kuasa dan kawalan yang lebih besar terhadap industri minyak dan gas bagi negeri ini sudah berakhir setelah berdekad lama.
Hari ini telah terlakar detik bersejarah di mana kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menubuhkan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri ini iaitu SMJ Petroleum Sdn Bhd hasil daripada keputusan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di Menara Kinabalu.
Sejajar dengan terma dan syarat CCA, kerajaan negeri berhasrat menubuhkan syarikat milik penuh negeri ini untuk terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas.
Kita yakin CCA akan mampu mewujudkan satu persekitaran yang lebih inklusif untuk industri minyak dan gas Sabah menerusi perkongsian hasil yang lebih besar serta penyertaan dan penguasaan yang lebih luas terhadap hal berkaitan minyak dan gas.
Menerusi CCA, beberapa jawatankuasa akan dibentuk antaranya Dialog Strategik Tahunan (ASD), Jawatankuasa Penyelarasan Bersama (JCC) serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil dalam bidang `Upstream, Domestic Gas Supply, Equity Investments in LNG & Downstream businesses, Oil & Gas Services & Equipment Industry dan Human Capital Development & Other State matters’ di mana ahlinya adalah daripada kerajaan negeri dan PETRONAS.
Saya sendiri akan mengetuai ASD yang merupakan platform perbincangan tertinggi dalam kerjasama ini bagi memastikan Sabah mendapat manfaat sepenuhnya pada masa hadapan bersama dengan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh.
Dalam hal yang sama, PETRONAS telah bersetuju menyerahkan hak untuk mengakses data dalam industri minyak dan gas Sabah bagi memudahkan perbincangan dalam ASD, JCC dan jawatankuasa teknikal di bawahnya menerusi CCA serta membenarkan penyertaan syarikat atau kontraktor dari Sabah dalam Program Pembangunan Vendor. Sebagai tambahan, PETRONAS akan meneruskan pembayaran tunai royalti dan Cukai Jualan Negeri serta berusaha memberikan lebih banyak kontrak kepada rakyat Sabah dalam proses tender. Maka, saya berharap peluang ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Sabah.
Saya rakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS kerana sentiasa mendengar tuntutan Sabah serta jawatankuasa teknikal CCA yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun untuk kerajaan negeri bersama Ir. Mohamed Firouz Asnan dari PETRONAS serta Datuk Sri Lim Haw Kuang atas kejayaan ini.
#SabahMajuJaya

Sumber :https://www.facebook.com/yabhajiji

5 Nov 2021

Terimakasih CM Sabah, GMD Sawit Kinabalu buatkan kakitangan Menangis!!


 Baru-baru ini satu perjumpaan telah di adakan di antara semua kakitangan Wilayah Tawau


bersama Datuk Group Managing Director  Sawit Kinabalu Sdn Bhd. Ianya telah di adakan di salah sebuah hotel terkemuka yang ada di daerah  Tawau.

Pada mulanya perjalanan  acara ini agak sedikit lewat  kerana ianya di jalan dengan pematuhan SOP yang sangat ketat iaitu, mewajibkan hanya kakitangan yang lengkap 2 dos vaksin covid 19, tidak menghadapi gejala seperti batuk dan demam, suhu badan yang normal dan penjarakan sosial satu meter di antasa satu kakitangan dan kakitangan yang lain.

Perjumpaan berkenaan ianya turut di hadiri oleh semua pengurusan tertinggi Kumpulan Sawit kinabalu iaitu HOPB 1, HOPB 2 dan semua ketua-ketua Jabatan yang menjadi teraju utama syarikat Sawit Kinabalu .

Kami terasa sangat gusar dan agak sedikit ketakutan kerana pada pertemuan itu di khabarkan  GMD iaitu Datuk Bacho Jansie sendiri akan berjumpa semua kakitangan bagi menyelami sendiri dan bertanyakan apa yang kakitangan mahu dan perlukan sepanjanjang berkhidmat di syarikat ini.

Diawal acara ianya di mulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengurus Besar Wilayah Tawau iaitu Tuan Zarkarni atau pun lebih mesra di panggil "Tuan Zack". 4 buah pantun telah di bacakan membuatkan hadirin dan semua kakitangan bertepuk kerana pantun yang di bacakan. Walaupun menerima tepukan yang gemuruh ianya tidak lah dapat menutup keresahan yang saya hadapi dan mungkin semua mana tidak nya selepas ucapan ini DGMD akan memulakan ucapan. Seperti sebelum ini apabila MD memberikan ucapan kakitangan hendaklah sentiasa fokus kepada apa yang di ucapkan dan paling utama matikan talipon supaya tidak mengganggu perjalanan majlis.

Selesai ucapan dari Pengurus Besar Wilayat Tawau, MC meengumumkan,, "Dengan segala hormatnya  di jemput Datuk Group Managing Direktor untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran Misi dan Visi Kumpulan Sawit Kinabalu". Kami dengan serta merta berdiri dan bertepuk tangan dan kemudian duduk di kerusi masing-masing.

Kawan yang duduk bersebelahan dengan saya mula berbisik " macam penat ba itu GMD, banyak kerjanya kalik,, petang ni kalau jumpa kita abislah kita kenak marah". Aku sempat menegur, " diamlah lah dengar saja apa amanah yang ingin dia sampaikan sampai dia bersusah payah begini mau berjumpa sendiri dengan semua kakitagan secara peribadi".

Terdapat 9 nilai-nilai koperat yang telah di bentangkan oleh DGMD pada ucapan berkenaan. Ucapan di sampai secara bersahaja tapi mesej yang di sampai kan sampai kepada semua kakitangan. Didalam ucapan  nya ianya juga di selitkan dengan contoh contoh yang membuatkan semua kakitangan tertawa dan berdiri sambil bertepuk tangan sebagai tanda sokongan padu kepada ucapan yang di sampai oleh DGMD.

" Petang ni saya akan berjumpa satu persatu kakitangan satu persatu ya, nanti saya tanya ya, berapa bini, berapa anak dan apa kamu mau". Semua hadirin tertawa terbahak-bahak dengan ucapan dan ayat yang di sampai kan itu tadi. Di hati saya masih tertanya-tanya dan penuh tanda tanya, "manalah dia tu mau jumpa kami ni, mana ada masa o dia". "Mana MD di dunia yang mau jumpa seramai 900 kakitangan satu persatu".

Didalam ucapan DGMD lagi beliau mengumumkan tentang kemajuan Syarikat Sawit Kinabalu Sdn Bhd. Setakat october 2021 syarikat telah memperolehi keuntugan lebih 300 juta pada tahun semasa. Beliau juga mengumumkan prestasi unit yang kian menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan menunjukkan tanda positif di sepenjang pentadbiran nya yang hanya kira-kira berumur setahun.

"Bisuk saya jumpa CM ya, badoalah lah kamu semoga CM luluskan di masukkan ke agenda utama full board meeting ya". Tiga bulan ada lah sudah tu,, interim payment ya'.. di sambut dengan tepukan yang paling gemuruh oleh semua kakitangan.

Di dalam ucapan DGMD, beliau begitu mengharapkan agar semua kakitangan menjaga keselamatan diri terutama wabak Cobid 19 yang sedang melanda. Beliau juga telah meluluskan peruntukan segera bagi mengawal daripada penyakit ini merebak di kalangan kakitangan keluarga dan masyarakat sekeliling.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, sesi perjumpaan bersemuka mula di adakan. Kakitangan unit operasi yang sudah di senaraikan mula menunggu di depan bilik khas di tingkat 5 bangunan berkenaan.

Selepas solat maghrib giliran kakitangan unit kami iaitu Central Laboratory untuk berjumpa Datuk,, "Ahmade Ambo  (Bukan nama sebenar)   silakan masuk,, selang beberapa minit kemudian saudara Ahmad pun keluar dari bilik berkenaan, kami yang berada di luar bilik berkenaan kerana saudara Ahmade menangis teresak-esak !!!! "Kenapa Mad, apa sudah jadi" tanyak seorang kawan kepada nya,, GMD marah kau kah dan banyak lagi pertanyaan. Tiba-tiba terdengar " Ahmade Ambo (Bukan nama Sebanar) masuk. Dia di panggil semula untuk masuk berjumpa dengan DGMD. Selang beberapa minit saudara Ahmade keluar sambil menada tangan dengan penuh kesyukuran. "Alhamdulillah ucapnya," syukur kita ada GMD yang begitu perihatin, mendengar keluhan kaktangan, selama ini banyak permasalahan yang tidak sampai kepada pihak atasan. Alhamdulillah ucapnya sekali lagi. Tahniah itu lah ucapan yang kami ucapkan.

Giliran saya hanya sampai pada pukul 7.30 malam. "Ambo tuo (Bukan nama sebanar) silakan masuk". Saya pun masuk.  "Berapa anak kau, berapa umur dan di mana sekulah". Saya pun menjawab, saya ada 4 orang anak, tiga dari nya sedang menuntut di universiti awam dan 1 masih dalam tingkatan 1.

"Apa kau mau"? tambah datuk lagi, mungkin belum rezeki saya kerana permohonan ku tidak diluluskan oleh Datuk GMD mungkin belum rezeki saya biarpun sudah 25 tahun saya berkhidmat di syarikat ini.

Apapun saya sangat bersyukur, hasil gaji dan duit yang saya dapat di syarikat ini telah saya gunakan untuk menyekolahkan anak saya yang kini berada di universiti awam tempatan, hasil dari gaji saya saya sudah pun membeli rumah sebagai persediaan untuk masa bersarah nanti.

Saya masih mempunyai seorang anak lagi yang kini berada di tingkatan satu. Insyaallah saya berazam akan mendidik sebaik nya mudahan satu hari nanti dapat menjawat jawatan sebagai GMD Sawit Kinabalu dan dapat membantu  seperti apa yang GMD kini lakukan kepada kakitangan nya dengan penuh keperihatinan.

Terimakasih kepada CM Sabah DSP Hajiji Noor kerana memberikan kami seorang "WIRA" yang dapat memberikan keuntungan kepada syarikat, mahu berjumpa sendiri dengan semua kakitangan   dan begitu perihatin kepada semua kaktangan Sawit Kinabalu.

Terimakasih CM Sabah.


Sarifuddin Bin Paoseri

Central Laboratory ,BSSB Tawau.








23 Jun 2021

Pengurusan Sawit Kinabalu Perihatin


Kumpulan Sawit Kinabalu akan mengedarkan bakul makanan bernilai RM1 juta kepada masyarakat di 15 daerah yang mana membabitkan kawasan syarikat itu beroperasi di negeri ini.


Bantuan bakul makanan itu yang kini dalam proses untuk diedarkan akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Papar, Beaufort, Membakut, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Tongod, Kinabatangan, Lahad Datu, Tungku, Kunak, Semporna, Tawau dan Kalabakan.



Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu menyaksikan penyampaian replika cek sebagai simbolik daripada Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Bacho Jansie kepada

Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Sementara itu, beliau berkata Kerajaan negeri telah mengagihkan sejumlah 40,736 bakul makanan kepada golongan yang terkesan menerusi Program Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0, yang bermula pada 19 Jun lalu.

Sebelum ini, kerajaan sudah mengagihkan bantuan bakul makanan menerusi BSP1.0 yang membabitkan sebanyak 322,122 bakul manakala BSP2.0, sebanyak 367,231 bakul.

Sambil menegaskan bahawa semua orang harus bersatu dalam memerangi penularan COVID-19 dan paling penting mendapat vaksin secepat mungkin, Hajiji berharap sumbangan daripada Sawit Kinabalu itu dapat membantu mereka yang terkesan akibat pandemik berkenaan.

“Selain Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), saya mendesak semua wakil rakyat untuk terus menangani dan berusaha mempercepatkan proses pendaftaran vaksin di kawasan masing-masing agar sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dapat dicapai,” katanya.

Begitu juga, saya juga menggesa badan bukan kerajaan (NGO) untuk terus meluangkan masa dan usaha mereka membantu dalam proses ini, tambahnya.

Kita perlu meningkatkan pendaftaran secara manual di kawasan yang menghadapi jaringan internet agak kurang kerana kawasan seperti inilah bantuan yang sangat diperlukan untuk melengkapkan lagi program jangkauan bergerak,” katanya.

Ketua Menteri dengan sukacitanya mengatakan bahawa jumlah orang yang mendapat vaksin dos pertama di bawah fasa pertama dan kedua semakin meningkat dengan 333,983 orang setakat ini, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Kita berharap akan mencapai sasaran 30,000 orang yang diberi vaksin setiap harimulai bulan Julai dan seterusnya, sekali gus melebihi jumlah harian yang dicatat sekarang ini iaitu 13,000 orang,” katanya.

Terdahulu Bacho berkata, sumbangan Kumpulan Sawit Kinabalu akan memberi manfaat kepada 10,000 ketua isi rumah (KIR) di daerah masing-masing dan dia memberi jaminan bahawa Sawit Kinabalu akan meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama yang

terkesan akibat pandemik itu.