Baru-baru ini satu perjumpaan telah di adakan di antara semua kakitangan Wilayah Tawau
bersama Datuk Group Managing Director Sawit Kinabalu Sdn Bhd. Ianya telah di adakan di salah sebuah hotel terkemuka yang ada di daerah Tawau.
Pada mulanya perjalanan acara ini agak sedikit lewat kerana ianya di jalan dengan pematuhan SOP yang sangat ketat iaitu, mewajibkan hanya kakitangan yang lengkap 2 dos vaksin covid 19, tidak menghadapi gejala seperti batuk dan demam, suhu badan yang normal dan penjarakan sosial satu meter di antasa satu kakitangan dan kakitangan yang lain.
Perjumpaan berkenaan ianya turut di hadiri oleh semua pengurusan tertinggi Kumpulan Sawit kinabalu iaitu HOPB 1, HOPB 2 dan semua ketua-ketua Jabatan yang menjadi teraju utama syarikat Sawit Kinabalu .
Kami terasa sangat gusar dan agak sedikit ketakutan kerana pada pertemuan itu di khabarkan GMD iaitu Datuk Bacho Jansie sendiri akan berjumpa semua kakitangan bagi menyelami sendiri dan bertanyakan apa yang kakitangan mahu dan perlukan sepanjanjang berkhidmat di syarikat ini.
Diawal acara ianya di mulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengurus Besar Wilayah Tawau iaitu Tuan Zarkarni atau pun lebih mesra di panggil "Tuan Zack". 4 buah pantun telah di bacakan membuatkan hadirin dan semua kakitangan bertepuk kerana pantun yang di bacakan. Walaupun menerima tepukan yang gemuruh ianya tidak lah dapat menutup keresahan yang saya hadapi dan mungkin semua mana tidak nya selepas ucapan ini DGMD akan memulakan ucapan. Seperti sebelum ini apabila MD memberikan ucapan kakitangan hendaklah sentiasa fokus kepada apa yang di ucapkan dan paling utama matikan talipon supaya tidak mengganggu perjalanan majlis.
Selesai ucapan dari Pengurus Besar Wilayat Tawau, MC meengumumkan,, "Dengan segala hormatnya di jemput Datuk Group Managing Direktor untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran Misi dan Visi Kumpulan Sawit Kinabalu". Kami dengan serta merta berdiri dan bertepuk tangan dan kemudian duduk di kerusi masing-masing.
Kawan yang duduk bersebelahan dengan saya mula berbisik " macam penat ba itu GMD, banyak kerjanya kalik,, petang ni kalau jumpa kita abislah kita kenak marah". Aku sempat menegur, " diamlah lah dengar saja apa amanah yang ingin dia sampaikan sampai dia bersusah payah begini mau berjumpa sendiri dengan semua kakitagan secara peribadi".
Terdapat 9 nilai-nilai koperat yang telah di bentangkan oleh DGMD pada ucapan berkenaan. Ucapan di sampai secara bersahaja tapi mesej yang di sampai kan sampai kepada semua kakitangan. Didalam ucapan nya ianya juga di selitkan dengan contoh contoh yang membuatkan semua kakitangan tertawa dan berdiri sambil bertepuk tangan sebagai tanda sokongan padu kepada ucapan yang di sampai oleh DGMD.
" Petang ni saya akan berjumpa satu persatu kakitangan satu persatu ya, nanti saya tanya ya, berapa bini, berapa anak dan apa kamu mau". Semua hadirin tertawa terbahak-bahak dengan ucapan dan ayat yang di sampai kan itu tadi. Di hati saya masih tertanya-tanya dan penuh tanda tanya, "manalah dia tu mau jumpa kami ni, mana ada masa o dia". "Mana MD di dunia yang mau jumpa seramai 900 kakitangan satu persatu".
Didalam ucapan DGMD lagi beliau mengumumkan tentang kemajuan Syarikat Sawit Kinabalu Sdn Bhd. Setakat october 2021 syarikat telah memperolehi keuntugan lebih 300 juta pada tahun semasa. Beliau juga mengumumkan prestasi unit yang kian menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan menunjukkan tanda positif di sepenjang pentadbiran nya yang hanya kira-kira berumur setahun.
"Bisuk saya jumpa CM ya, badoalah lah kamu semoga CM luluskan di masukkan ke agenda utama full board meeting ya". Tiga bulan ada lah sudah tu,, interim payment ya'.. di sambut dengan tepukan yang paling gemuruh oleh semua kakitangan.
Di dalam ucapan DGMD, beliau begitu mengharapkan agar semua kakitangan menjaga keselamatan diri terutama wabak Cobid 19 yang sedang melanda. Beliau juga telah meluluskan peruntukan segera bagi mengawal daripada penyakit ini merebak di kalangan kakitangan keluarga dan masyarakat sekeliling.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, sesi perjumpaan bersemuka mula di adakan. Kakitangan unit operasi yang sudah di senaraikan mula menunggu di depan bilik khas di tingkat 5 bangunan berkenaan.
Selepas solat maghrib giliran kakitangan unit kami iaitu Central Laboratory untuk berjumpa Datuk,, "Ahmade Ambo (Bukan nama sebenar) silakan masuk,, selang beberapa minit kemudian saudara Ahmad pun keluar dari bilik berkenaan, kami yang berada di luar bilik berkenaan kerana saudara Ahmade menangis teresak-esak !!!! "Kenapa Mad, apa sudah jadi" tanyak seorang kawan kepada nya,, GMD marah kau kah dan banyak lagi pertanyaan. Tiba-tiba terdengar " Ahmade Ambo (Bukan nama Sebanar) masuk. Dia di panggil semula untuk masuk berjumpa dengan DGMD. Selang beberapa minit saudara Ahmade keluar sambil menada tangan dengan penuh kesyukuran. "Alhamdulillah ucapnya," syukur kita ada GMD yang begitu perihatin, mendengar keluhan kaktangan, selama ini banyak permasalahan yang tidak sampai kepada pihak atasan. Alhamdulillah ucapnya sekali lagi. Tahniah itu lah ucapan yang kami ucapkan.
Giliran saya hanya sampai pada pukul 7.30 malam. "Ambo tuo (Bukan nama sebanar) silakan masuk". Saya pun masuk. "Berapa anak kau, berapa umur dan di mana sekulah". Saya pun menjawab, saya ada 4 orang anak, tiga dari nya sedang menuntut di universiti awam dan 1 masih dalam tingkatan 1.
"Apa kau mau"? tambah datuk lagi, mungkin belum rezeki saya kerana permohonan ku tidak diluluskan oleh Datuk GMD mungkin belum rezeki saya biarpun sudah 25 tahun saya berkhidmat di syarikat ini.
Apapun saya sangat bersyukur, hasil gaji dan duit yang saya dapat di syarikat ini telah saya gunakan untuk menyekolahkan anak saya yang kini berada di universiti awam tempatan, hasil dari gaji saya saya sudah pun membeli rumah sebagai persediaan untuk masa bersarah nanti.
Saya masih mempunyai seorang anak lagi yang kini berada di tingkatan satu. Insyaallah saya berazam akan mendidik sebaik nya mudahan satu hari nanti dapat menjawat jawatan sebagai GMD Sawit Kinabalu dan dapat membantu seperti apa yang GMD kini lakukan kepada kakitangan nya dengan penuh keperihatinan.
Terimakasih kepada CM Sabah DSP Hajiji Noor kerana memberikan kami seorang "WIRA" yang dapat memberikan keuntungan kepada syarikat, mahu berjumpa sendiri dengan semua kakitangan dan begitu perihatin kepada semua kaktangan Sawit Kinabalu.
Terimakasih CM Sabah.
Sarifuddin Bin Paoseri
Central Laboratory ,BSSB Tawau.
No comments:
Post a Comment