Tidak
sampai dua minggu sudah tiga kemalangan telah berlaku di “U-turn “Balung. Dua
melibatkan kemalangan maut dan satu kemalangan hanya mengalami cedera ringan
dan hanya melibatkan kerugian harta benda.
Satu
kemalangan yang menyebabkan kematian, mangsa adalah pekerja dari pemaju sendiri
dan satu lagi mangsa ialah orang awam.
Peta Lokasi dan proposed u turn baru |
Secara
logiknya kemalangan agak sukar untuk berlaku dengan keadaan jalan yang sangat
baik dan memberikan keselesaan kepada setiap pengguna yang menggunakan nya. Di
tambah lagi dengan dua lorong yang ada sekurang-kurang nya dapat mengelakkan
risiko kemalangan daripada berlaku.
Walau
bagaimanapun, tiga kemalangan dalam masa
terdekat dan jika di tukarkan kepada
peratus kemalangan maut lebih kurang
66.67 % telah berlaku. Ini menunjukkan setiap kemalangan yang melibatkan
“U turn” balung berisiko dan sangat membimbangkan.
Perjumpaan dgn Ketua Jurutera Bhgn Tawau |
Ternyata
“U turn” yang ada sekarang tidak sesuai untuk pengguna-pengguna jalan raya
terutamanya pengguna-pengguna yang berada di sekitar Balung dan Tawau. Ini
berdasarkan kepada jumpah kemalangan dan peratus kemalangan yang sudah berlaku
khasnya berkenaan “U turn” di Balung.
Adalah
di harapkan lokasi U turn yang ada sekarang dapat di ubah kepada tempat yang
sesuai dan selesa untuk di gunakan. Memandangkan U turn yang ada sekarang
jaraknya lebih kurang 5 km dari taman sawit dan ini menyebabkan ramai pemandu
dan pengguna jalan raya m,engambil jalan mudah dengan “curi jalan” menyebabkan
risiko kemalangan agak tinggi untuk terjadi di Balung.
Sokongan dari semua ketua di balung (Tandatangan patisyen) |
Sebelum
kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Razak ke Balung
baru-baru ini, wakil penduduk balung telah di panggil ke pejabat JKR Tawau dan
telah di berikan taklimat akan pembinaan “U-turn” yang jaraknya lebih kurang 1
km dari Taman Sawit berbanding 5 km dengan “U-turn” yang ada kini. Pihak JKR
Tawau juga menyediakan lukisan lokasi
dan di bentangkan pada wakil penduduk pada perjumpaan berkenaan.
Malangnya
sehingga kini pihak JKR Tawau belum melakukan apa-apa tindakan dan
bila di
tanya mereka memberikan alasan kena minta kelulusan dari JKR pusat sedangkan
pada taklimat yang lalu mereka berjanji akan buat selepas Majlis bersama
Perdana Menteri selesai.
Perbincangan dgn Pengarah JKR Sabah |
Sebagai
penduduk Balung dan pengguna Jalan raya, saya mengharapkan agar pihak JKR
mengambil berat akan perkara ini memandangkan risiko untuk berlakunya
kemalangan sangat tinggi dan lebih penting lagi ianya melibatkan nyawa. Jika
U-turn yang di janjikan oleh JKR dapat di buat ianya sememangnya rahmat untuk
orang Balung dan diharap juga ianya dapat mengurangkan masa perjalanan, kos dan
yang lebih penting lagi kemalangan maut dapat di kurang kan.
Semuanya
ada di Balung ada di balung.......
No comments:
Post a Comment