Seperti yang kita sedia maklum suasana Politik Di Malaysia agak sedikit bergolak di akhir-akhir ini. Bermula dengan pengumuman Tun Mahadir Muhammad keluar dari Umno kerana tidak setuju dengan dasar-dasar yang di buat dan di bawa oleh perdana Menteri Malaysia DSN. Ini menyebabkan rakyat yang kurang pengetahuan dalam pentadbiran Malaysia agak terkeliru dengan keadaan ini.
Di ikuti dengan pemecatan TMYS Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuatkan rakyat seakan-akan camas kerana tidak mengetahui apa yang sebenarnya sedang berlaku di dalam Umno itu sendiri.
Tidak lama selepas itu Malaysia di kejutkan lagi dengan pengumuman perletakkan Jawatan dari Naib Presiden Umno DSSA di waktu Umat islam sedang bersedia untuk menyambut aidil fitri pada tahun ini.
Ini menunjukkan seakan ada yang tidak kena dengan pentadbiran yang ada kini sehinggakan pemimpin-pemimpin kanan kerajaan Malaysia di pecat dan ada yang meletakkan Jawatan dengan serta merta.
Pemecatan bukan lah asing di Malaysia apalagi dalam pentadbiran Umno, kalau kita ingat bagaimana Anuar Ibrahim di pecat dengan dakwaan salah laku dan rasuah pada tahun 1998 dan akhirnya menubuhkan Parti yang di kenali sebagai Parti keadilan NAsional pada ketika itu.
Dan jika kita ingat kembali akan pertembungan Jawatan Presiden Umno pada tahun 1987 di antara Tun Mahathir Vs Tengku Razaleigh Hamzah pada ketika itu, ianya sedikit sebanyak memecah belahkan Umno pada ketika itu(Baca disini) tetapi semuanya dapat di atasi dengan permuafakatan yang tinggi dan kerjasama diantara pemimpin ahli dan semua rakyat malaysia.
Dari analisa yang saya buat terhadap semua peristiwa yang berlaku di arena politik Malaysia, ahli-ahli dalam Umno sebenarnya tidak memilih ataupun menyokong Individu secara total. Ahli Umno menyokong sepenuhnya pemimpin yang mereka pilih pada pemilihan yang telah di jalankan.
Sebagai contoh walaupun Tengku kalah hanya beberapa undi pada pemilihan kerusi Presiden ianya tetap kalah walhal hampir separuh perwakilan Umno telah mengundi beliau, begitu juga dengan DSAI. Swaktu zaman puncaknya di dalam Umno beliau begitu popular dan semua orang menjangka beliau bakal menduduki kerusi tertinggi di dalam Umno, tetapi setelah pemecatan yang di lakukan oleh Tun Mahathir pada ketika itu DSSA tinggal sendiri, hanya di bantu oleh beberapa pengikut setia beliau sehingga kini.
Ini menunjukkan bahawasanya ahli-ahli di dalam Umno sebenarnya tidak menyokong individu secara total, tidak menyokong individu atas dasar individu itu sendiri. Penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi Umno menyokong pemimpin yang mereka pilih secara demokrasi . Ini menunjukkan mereka menyokong pemimpin yang mereka pilih dengan penuh setia dan tak berbelah bagi dan bukan nya atas nama individu
Kalau lah DSNR dah tak menjadi perdana Menteri kelak mungkin majlis "OPEN HOUSE" akan sunyi dan lenggang seperti yang di lalui oleh pemimpin-pemimpin Umno terdahulu.
Pemimpin datang dan pergi tapi semangat perjuangan kental tetap di pamirkan oleh setiap ahli Umno yang ada kini, mereka sanggup mempertahankan pemimpin yang mereka pilih dengan cara yang demokrasi walau dengan apa jua rintangan yang datang. Pada mereka kesatuan dan kesetian pada Pemimpin dan ketua itu sendiri lebih penting daripada individu itu sendri.
Akhir kata,, "Kami tak sokong Najib" tapi kami menyokong Presiden Umnodengan sepenuh hati Pemimpin yang telah di pilih secara demokerasi dalam pemilihanUmno. Pemimpin datang dan pergi, yang pastinya kerusi Presiden Umno tetap kekal sehingga bila-bila dan harus dipertahankan. Sudah pastinya peristiwa yang berlaku kebelakangan ini akan merapatkan saf dalam kepemimpinan Umno Malaysia dalam menempuh rintanga yang bakal mendatang.
Salam dari Bumi Balung.. Semuanya ada di BAlung..
No comments:
Post a Comment