Ambo (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar yang berumur 10 tahun. Tahun hadapan dia akan menjejakkan kaki di tahun 5. Anak bongsu dari empat orang adik beradik merupakan seorang pelajar dan seorang anak yang baik, bijak dan sentiasa membantu samada di sekolah maupun di rumah.
Ayah Ambo adalah penerima BR1M dan bekerja di salah sebuah ladang sawit yang terletak di dalam daerah Tawau. Hari ini bersamaan dengan hari sabtu merupakan hari yang menggembirakan buat Ambo kerana ayahnya baru saja menerima gaji kelmarin dan ayahnya berjanji akan membawa Ambo serta adik beradik yang lain kebandar untuk membeli segala peralatan sekolah yang diperlukan untuk kegunaan persekolahan tahun hadapan.
Seawal pagi Ambo sudah bangun dan membuat segala persediaan untuk kebandar , maklum saja jarang-jarang kebandar dan ini lah peluang yang sangat dinantikan pada setiap hujung bulan dan pada setiap ayah Ambo menerima gaji.
"Bandar-bandar " teriak pemandu bas berkenaan apabila melihat Ambo dan keluarga menuju ke stesen bas dengan memakai pakaian yang serba baru dan begitu ceria sekali keadaan nya.
Perjalanan ke Bandar Tawau mengambil masa 1 jam itupun kalau tak ada keadaan yang tak di ingini berlaku. " Baru gajiang ga" sapa pemandu bas berkenaan semasa dalam perjalanan ke bandar kepada bapa Ambo dan bapa Ambo menjawab, "ia ba, mau beli barang-barang sekolah" jawab bapa Ambo dan kedengaran suara lain "saya pun mau kebandar beli barang sekolah" seorang makcik yang berumur dalam linkungan 50 an yang pada pendapat saya seorang berbangsa kokos jika di dengar dari cara dan nada percakapan nya.
Sesampai di bandar Ambo dan keluarganya singgah bersarapan pagi di sebuah restoran Mamak yang sememangnya menjadi tempat persinggahan wajib kepada keluarga Ambo setiap kali ke bandar dan setiap kali sampai di bandar. " Roti kosong enam ya sama air sejuk enam juga" pesan bapa Ambo kepada pelayan berkenaan sebelum sempat anak-anak nya yang lain untuk memesan makanan yang mereka kehendaki. "Pak Ambo mau milo peng ba yang sejuk", "endak boleh kau demam nak" Jawab bapa Ambo kepadanya .Sejak bila pula aku demam !!! persoalan yang bermain di minda Ambo, sedangkan saya ok saja, melihatkan keadaan mata dan air muka bapanya Ambo memutuskan untuk minum air sejuk saja .
Selesai saja makan, mereka terus ke kedai buku yang menjual segala peralatan yang di perlukan. Sesampai di kedai berkenaan Ambo terus mengambil sebuah bakul dan mengisikan segala peralatan sekolah yang dia hajati dan perlukan. "Saya mau yang baru mak yang lama sudah pendek" kata Ambo dengan air muka yang begitu gembira dan begitu bersemangat."Kasut dua ya mak, satu hitam dan satu putih, TV cakap sekarang endak boleh pakai putih mau yang hitam saja".
Setelah selesai memilih dan barangan berkenaan di hantar ke kauter pembayaran. "Kila kah Uncle"? tanya pekerja yang berbangsa Cina yang berumur dalam lingkungan 30 an. "Ya, kira lah amoi". Pensil satu kotak. kasut dua, buku 20 pemadam, liguid paper 2, dan banyak lagi sedia untuk di kira. "Amoi kasuk kasik satu saja yang hitam, buku kasik 10 saja, liquid paper endak payahlah, berapa semua"? sampuk bapa Ambo. Ambo kehairanan kerana lebih separuh barang yang dia pilih telah di kembalikan. Ambo hendah marah tetapi sangat takut bila melihatkan mata dan muka bapanya sangat menakutkan apabila melihat Ambo.
"Kakak endak belikah"? Endak lah pak saya pakai yang lama saja jawab kakak Ambo yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej yang terletak di semenangjung Malaysia. "Kau bilang banyak stoken mu yang sudah koyak ? tanya bapak nya, endak lah pak bukan orang nampak juga, masih boleh juga pakai, "jawab kakak Ambo kepada bapanya. "Beli saja nak yang mana kau perlu ya" jangan kau susah nanti bapak cari duit sambung bapa Ambo kepada kakaknya yang seakan akan minat untuk beli tapi tidak mahu untuk membeli bahan keperluan nya.
Ambo balik kerumah dengan perasaan yang sedikit kecewa kerana apa yang di janjikan selama ini tidak semua dapat di penuhi oleh ayah nya, seakan akan apa yang di perlukan hanya di janji untuk penyedap hati saja sedangkan barang barang berkenaan ialah barang-barang keperluan untuk persekolahan Ambo.
Daripada senario di atas terdapat dua keadaan di antara seorang anak yang matang dan seorang anak yang masih belum matang serta diantara bapa yang tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas persekolahan untuk anak-anak nya.
Ambo yang masih belum matang seakan keliru kerana apa yang dia impikan untuk miliki tidak dapat di penuhi orang bapanya sedangkan ianya sudah di janji dan kakak yang sedang melanjitkan pelajaran di peringkat tertinggi tidak mahu membebankan bapanya sedangkan dia sangat memerlukan.
Didalam apa juga keadaan bapa akan sentiasa mengutamakan keperluan anak-anak terutama kelengkapan persekolahan, di dalam diam dan di dalam kesusahan sang bapa berusaha untuk menyediakan segala keperluan walaupun tidak mampu. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu perbelanjaan pada hujung tahun dan awal persekolahan sangat membebankan terutama sekali golongan seperti bapa Ambo.
Walaupun pendapatan bapa Umbo hanya cukup makan tetapi dia sentiasa mengutamakan pelajaran anak-anak nya, baginya pelajaran dan pendidikan lah yang akan mengubah nasib keluarga walaupun dalam perjalanan untuk kejayaan dia terpaksa mengikat perut, dia terpaksa menahan nafsu dari memiliki barang-barang keperluan seperti bapa bapa lain kerana baginya anak-anak dan keluarga yang utama walaupun dalam keadaan sebegini anak nya yang bernama Abmbo masih belum memahami bahawasa nya ayahnya sedang berjuang sedang berusaha untuk membawa keluarga kearah yang lebih baik dan kearah kejayaan.
Semoga Ambo menjadi anak yang cemerlang di dalam segala bidang kelak dan berbakti kepada orang tua, agama bangsa dan negara.
Selamat menyambut tahun baru 2019 dan diharap tahun ini memberikan rezeki dan kejayaan yang berganda kepada keluarga Ambo.
No comments:
Post a Comment