27 Sept 2015

Kemalangan lagi di Pembinaan JALAN BARU BALUNG TAWAU

Kemalangan sememangnya tidak dapat di elakkan. Dalam keadaan jalan yang sempurna pun kemalangan berlaku , apalagi di jalan yang sedang dalam pembinaan. Tapi apa kah kita akan terus melihat dan terus melihat tampa mengambil sebarang langkah keselamatan untuk mengatasinya.

 Kelmarin berlaku satu lagi kemalangan yang berlaku di Jalan Balung yang sedang dalam pembinaan.  Inya membabitkan sebuah lori. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakkan yang amat teruk sehingga mengganggu pengguna yang lain.

Keadaan ini akan sentiasa berlaku jika langkah-langkah keselamatan tidak diambil daripada pihak pengguna jalanraya dan  di pihak kontraktor.

Pengguna jalanraya kenalah sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan yang sedang dalam pembinaan ini memandangkan keadaan jalan yang agak tidak sesuai digunakan tetapi terpaksa di gunakan juga oleh pengguna kerana tiada pilihan lain .

Pengguna juga terpaksa bersaing dengan jentera-jentera berat dan saya nampak seakan kurang pemantauan keselamatan dari pihak yang  berkenaan.

Jika perkara ini dibiarkan dan langkah-langkah keselamatan tidak diambil , ianya di khuatirkan akan menyebabkankan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kesesakkan yang teruk dan menyebabkan kehilangan nyawa.

Adalah diharapkan kepada pengguna yang sedang dan akan menggunakan jalan ini di harapkan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pemanduan kerana keadaan jalan yang tidak sesuai dilalui oleh kenderaan kecil dan terpaksa bersaing menggunakan jalan raya dengan jentera berat dari pihak kontraktor. Pemandu juga diharapkan memberikan perhatian yang sepenuhnya kerana papan tanda jalan dan keselamatan seakan kurang disediakan.

Selamat datang ke Balung ...


25 Sept 2015

Kesesakkan Jalan Balung , Pemaju dan penguatkuasa harus ambil tindakan untuk elak kesesakkan

Pekan Balung Tawau yang terletak kira-kira 24 batu dari Bandar Tawau. Ianya terletak betul-betul di pinggir jalan utama yang menghubungkan Airport Tawau dan Pekan Semporna dan Lahad Datu. Ianya menjadi jalan utama dan hanya satu-satu nya jalan yang dapat menghubungkan penduduk Lahad Datu dan semporna yang hendak ke lapangan terbang  dan BandarTawau.





Pada  masa ini pembesaran Jalan Balung sedang giat dijalankan di mana jika siap nanti ianya akan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana jalan yang ada kini satu lorong sedang dinaiktarafkan kepada dua lorong.

Pada  masa terdekat ini terdapat kesesakan yang sangat teruk sering berlaku di sekitar kawasan balung iaitu di sekitar SMK Balung dan Sekitar Taman Sawit. Keadaan ini berlaku adalah di sebabkan jalan sementara yang ada kini sangat sempit dan permukaan sangat tidak rata dan menyebabkan perjalanan trafik agak perlahan.

Sebagai penduduk dan orang yang sering menggunakan jalan raya ini saya ingin mencadangkan beberapa perkara agar kesesakan ini dapat di elakkan diantaranya ialah:

a) Menyegerakan pembinaan di depan Taman Sawit untuk mengelelakkan kesesakan dari berlaku.

b)  Melebarkan jalan sementara bagi memudahkan kenderaan kecil dari melalui jalan tersebut.

c)  Menyediakan lampu amaran dan papan tanda jalan bagi memudahkan para pengguna jalan, maklum saja kebanyakkan pengguna tidak tahu akan keadaan jalan dan ini dapat mengelakkan dari berlaku.

d)  Pihak pemaju haruslah menyediakan kakitangan bagi mengawal lalulintas di kawasan berkenaan di waktu puncak.

Oleh kerana kesesakkan yang selalu berlaku akhir-akhir ini ada diantara penumpang yang hendak menauki kapal terbang terpaksa membeli tiket semula kerana tersekat dalam kesesakkan lalu lintas .

Adalah diharapkan juga kepada mereka yang ingin kelpangan terbang Tawau agar merancang perjalanan mereka agar perkara yang tidak di ingini tidak berlaku.

Salam dari Bumi Balung..


22 Sept 2015

Hampir setahun terlantar kaku melawan penyakit misteri yang dihadapi- Kg serudung Baru Tawau

Sebentar tadi saya mendapat email dari seorang rakan  yang meminta  untuk  menulis di dalam blog saya.


Pesakit adalah seorang wanita . Dia adalah seorang ibu tunggal. Mempunyai 4 orang anak. Tinggal di kampung serudung Baru  Batu 18 Jalan Apas Cocoa Tawau. Pada masa ini hanya terlantar kaku  dan tak dapat mengurus diri sendiri.

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul . Marilah kita sama-sama berdoa agan dia dapat sembuh seperti sedia kala dan adalah diharapkan kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan serta kepakaran supaya dapat membantu untuk meringankan permasalahan yang dihadapi.


20 Sept 2015

Kejohanan Bola Sepak Awal Remaja 7 Sebelah "Bola sepak menjanjikan pendapatan yang tinggi"-Tawfiq Titingan


Smk Balung Tawau sekali lagi menjadi tuan rumah kepada kejohanan "Bola Sepak Awal remaja 7 Sebelah 1 Murid 1 sukan yang di adakan pada 19/9/2015.


Dasar 1Murid 1Sekolah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.  Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

 Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.  Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.    Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Pada acara kelmarin ianya telah di sempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Taqfiq Hj Abu Bakar titingan. Beliau merupakan Menteri Belia dan Sukan Sabah menrangkap Ahli Dewan Undangan Kawasan N56 Apas. 


Dalam Ucapannya beliau menegaskan akan kepentingan semangat kesukanan yang tinggi perlu ada di setiap  jiwa atlit yang bertanding. Bola sepak juga menjanjikan pendapatan yang sangat  tinggi dan lumayan seperti yang ada kini di terima oleh pemain pro tempatan dan antara bangsa. Pelajar juga perlu memiliki disiplin yang tinggi untuk mencapai matlamat dan pemain bola sepak yang baik. Pemain juga perlu menggunakan peluang yang tersedia sebaiknya untuk menjadi pemain bukan saja setakat daerah, insyaallah kemana sahaja termasuk di peringkat tertinggi dalam permainan bola sepak.


Dalam pertandingan tersebut seramai 16 pasukan yang telah bertanding mewakili sekolah masing-masing dari daerah Semporna, Kuna dan Tawau. Dalam pertandingan itu Sekolah Kebangsaan Tawau menjadi Juara, Naib Juara Sk Kunak 1, tempat ketiga SK pegagau dan yang keempat adalah SK Bukit Lalang semporna.

Johan dan naib johan pada kejohanan kali ini akan mewakili Daerah ke UKM bagi pusingan akhir kejohanan.


Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah SMK Balung dengan keadaan padang  dan persediaan yang sangat rapi untuk menjayakan karnival pada kali ini dan tahniah kepada pasukan yang telah menjuarai dan akan mewakili daerah Tawau pada kejohanan kali ini.












16 Sept 2015

Sambutan Gemilang Hari Malaysia dari Padang Merdeka Kota Kinabalu 2015 di sempunakan oleh DS Najib Razak







Suasana dan kemeriahan sambutan Hari Malaysia yang di sambut dengan gilang gemilang yang di adakan di Kota Kinabalu. Ianya menarik puluhan ribu pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan serta meramaikan acara pada malam ini.

Sorakan yang sangat bersemangat di berikan apabila diumumkan Perdana Menteri yang di kasihi tiba di pentas utama . Ini menunjukkan sokongan padu dari para pemimpin dan segenap lapisan masyarakat kepada DSNR untuk terus memimpin dan menerajui Malaysia.

Ini menangkis tohmahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab akan kesetiaan dan ketaatan Sabah kepada pemimpin yang telah di pilih melalui pilihan raya.

Tahniah kerajaan Negeri Sabah dan tahniah kepada rakyat Sabah..

Sehati & Sejiwa Bersama DS NAjib Razak Padang Merdeka Kota Knabalu 2015

6.15 pm padang Merdeka Kota Kinabalu



Sehati & sejiwa dari UMNO P190 Tawau, Hari Malaysia Kota Kinabalu 2015

6.00 am

Peserta daripada UMNO P190 Tawau




Terkini: Perhimpunan Hari Malaysia Sehati Dan Sejiwa Kota Kinabalu 2015

5.30pm






Hari Malaysia Sehati & Sejiwa bersama DS Najib Razak Kota Kinabalu

5.00 pm

Persiapan sempena Hari Malaysia Sehati dan Sejiwa di Kota Kinabalu.






Sehati Sejiwa , Kota Kinabalu 2015 bersama Najib Razak

Selamat Hari Malaysia 2015

4.00 pm



Bantuan Pemimpin Tawau kepada Pelajar SMK Balung, membuahkan hasil

Siapa bilang pemimpin tidak membantu rakyat, siapa cakap pemimpin Tawau tidak menyelami akan pemasalahan yang di hadapi oleh penduduk dan pelajar-pelajar yang ada di Tawau.

Setelah berjumpa dengan pemimpin setempat iaitu ADUN dan Ahli Parlimen  Tawau akhirnya pelajar SMK Balung Tawau yang tercicir dari memasuki University Awam baru-baru ini akhirnya di terima untuk mendaftar untuk pengambilan di UMS .


Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang telah diterima  masuk  dan adalah diharapkan pelajar-pelajar ini dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran dan  apabila keluar nanti dapat menyumbangkan bakti dan tenaga dalam memajukan Tawau dalam segala bidang.

Salam dari Bumi Balung...

15 Sept 2015

PROFESOR JAYUM: MENJELANG PRU14, ULANGAN PERISTIWA MEI, 1969

Profesor Jayum Jawan, Tun Abdul Razak Chair dan Visiting Profesor di Ohio University, United States America (2015)
WAHINGTON DC, 11 September 2015 – The ASEAN Studies Center dan Malaysia-America Society telah mengadakan seminar antarabangsa bertajuk “Political Dynamics in Malaysia: Recent Development” bertempat di University America, Washington DC, Amerika Syarikat.

Dua orang pembentang isu-isu semasa terdiri daripada Profesor  Dr. Jayum Jawan dari Tun Abdul Razak Chair and Visiting Professor Political Scienece di Ohio University, Athens. Manakala Profesor Madya Dr. Pek Koon Heng adalah Pengarah ASEAN Studies Initiative dan juga Profesor Madya di American Univeristy School Of  International Service.

Peserta terdiri daripada Profesor dalam bidang sejarah dan politik Malaysia daripada pelbagai universiti di Amerika Syarikat, NGO, pelajar dan pemerhati politik Malaysia yang berada di Amerika Syarikat.

Ulangan Peristiwa Mei, 1969
Dalam pembentangan tersebut, Profesor Jayum mengemukakan pandangan bahawa perkembangan politik yang berlaku di Malaysia sekarang adalah suatu ulangan kepada peristiwa Mei 1969 ( a replay of Mei, 1969).

Sebelum peristiwa 1969, perbezaan ketara di mana masyarakat Cina yang kaya menguasai ekonomi manakala masyarakat Melayu yang miskin menguasai politik. Selepas tahun 1969, perkembangan semasa sejak PRU12 sehingga sekarang menunjukkan masyarakat Cina dan Melayu telah berperang(fighting) untuk menguasai politik. Implikasinya sangat jelas menunjukkan masyarakat Melayu berusaha mempertahankan kuasa politik mereka sebaliknya masyarakat Cina bersungguh-sungguh untuk menguasai kuasa politik daripada orang Melayu.

Keadaan ini mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan di antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam bidang politik dan ekonomi. Jika masyarakat Cina meneruskan sentimen ini, maka ulangan kepada peristiwa 1969 sedang berlaku. Masyarakat Cina telah menguasai dan banyak menerima keuntungan daripada aspek ekonomi akibat dasar penjajah dahulu. Oleh kerana masyarakat Cina kini mengorak langkah untuk menguasai politik semula, maka ianya telah mendapat tentangan dan membangkitkan kesedaran kepada orang Melayu di Semenanjung dan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Pada hari ini, masyarakat Cina dan masyarakat Melayu berperang kerana merebut kuasa dalam politik dan ekonomi. Ianya adalah ulangan kepada peristiwa Mei 1969. Walaupun keadaan di Malaysia masih lagi aman dan masyarakat berbilang kaum masih bertoleransi tetapi suasana stress dan tension boleh dirasai.

Lupakan Pengundi Cina
Satu perkara yang mesti disedari ialah kerusi majoriti masyarakat Cina hanyalah dalam lingkungan 35 hingga 39 sahaja. Oleh itu, adalah amat merugikan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya membuang masa menumpukan masa dan bajet kepada kerusi-kerusi tersebut. Sebaliknya adalah lebih baik BN memberi tumpuan lebih kepada kerusi-kerusi parlimen di Sabah yang lebih menjamin kemenangan BN. Jumlah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak sebanyak 53 kerusi merupakan jumlah yang sangat penting kepada BN sekiranya ingin memenangi Pilihanraya Umum ke-14.

Profesor Jayum berpendapat, BN perlu berani membuat perubahan tersebut jika mahu survival pemerintahan mereka berterusan di peringkat persekutuan. Lupakanlah pengundi Cina di 35 hingga 39 kawaan tersebut kerana Pakatan Rakyat khususnya DAP sudah pasti akan mengekalkan kerusi mereka di kawasan tersebut. Sebaliknya, BN perlu memberikan tumpuan masa, tenaga dan bajet ke negeri Sabah dan Sarawak.

Belum terdapat petunjuk yang jelas bahawa masyarakat Cina sudah kembali memberi sokongan kepada kerajaan BN, apatah lagi sejak himpunan Bersih 1.0 hingga Bersih 4.0 ianya dimonopoli oleh masyarakat Cina. Ianya terserlah lagi dengan kehadiran 80-90% masyarakat Cina semasa himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Profesor Heng menyuarakan kebimbangan beliau terhadap suhu politik semasa di Malaysia yang dilihatnya agak panas walaupun masih terkawal. Beliau berpendapat isu-isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan seperti 1MDB, derma RM2.6 Billion, GST dan pelbagai isu lagi perlu diselesaikan dengan segera kerana ianya merupakan isu-isu yang memberi kesan besar kepada negara.

Walaubagaimanapun, beliau kelihatan bersetuju dengan pandangan Profesor Jayum bahawa kerajaan persekutuan yang akan dibentuk setiap kali selepas pilihanraya akan diketuai oleh seorang Perdana Menteri berbangsa Melayu. Ianya merupakan sejarah dan landskap politik yang sukar diubah berdasarkan komposisi kerusi masyarakat Cina dengan hanya kekuatan 35-39 kerusi sahaja.

Persoalan
Pelbagai persoalan ditanyakan oleh peserta seperti kemenangan undi popular dan kemenangan undi berdasarkan kerusi semasa Pilihanraya Umum Ke-13. Terdapat juga persoalan mengenai peranan dan sumbangan masyarakat India dalam politik di Malaysia.

Satu perkara yang jelas adalah walau bagaimana besar isu yang melanda kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak, tetapi rakyat masih memberi kepercayaan kepadanya kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik.

Menjawab satu soalan kenapa rakyat Malaysia tidak menolak DS Najib Razak kerana pelbagai isu yang melanda kepimpinannya. Profesor Jayum menyatakan dengan tegas, “rakyat Malaysia akan membuat perubahan  jika mereka yakin perlu membuat perubahan. Bukannya bergantung kepada laporan yang anda (orang luar) berikan kepada rakyat Malaysia”. 

Mengambil contoh masyarakat Dayak di Sarawak yang merupakan masyarakat majoriti di Sarawak, mereka tetap memberi sokongan kepada BN sejak tahun 1963 kerana mereka melihat kemajuan yang dibawa oleh kerajaan kepada masyarakat mereka sehingga ke hari ini.

Bukanlah persoalan berapa banyak jumlah wang dituduh ke atas DS Najib Razak, sama ada RM2.5Billion atau berapa Billion lagi, ianya tidak akan menjejaskan sokongan kerana yang penting kepada masyarakat Dayak di Sarawak bukan isu politik itu tetapi lebih penting ialah survival hidup mereka terjamin, aman dan damai sejak tahun 1963 hingga sekarang.

Orang luar seperti Sarawak Report dan akhbar-akhbar luar negara tidak boleh memaksa rakyat untuk menolak Kerajaan sedia ada dengan hanya bersumberkan berita-berita dari luar yang tidak diketahui niatnya. Sebaliknya perubahan itu akan berlaku kerana rakyat Malaysia memang mahu berubah, bukannya oleh faktor luar.

14 Sept 2015

Bantuan segera kepada mangsa ribut dan kebakaran dalam masa terdekat-Tawfiq Titingan

Tawau, 14 September 2015. Satu kejadian angin ribut telah berlaku di  Kawasan Tawau pada subuh tadi. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa rumah telah rusak  teruk. Antara kawasan yang terlibat ialah di kampung Batu 4 Jalan Apas Tawau, sekitar Batu 2 Jalan Apas dan beberapa Taman yang berhampiran dengan kawasan Bandar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri  Kawasan APAS Merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah ketika di hubungi menyatakan  jawatankuasa bencana alam daerah Tawau sedang mengenal pasti dan mengadakan bancian mangsa yang terlibat dan kerosakan akibat dari angin kencang yang melanda awal pagi tadi.

Beliau juga menyatakan bantuan akan di salurkan melalui tabung bencana alam dalam masa terdekat setelah segalanya di kenal pasti. Bantuan untuk mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Pisang Tawau juga akan di berikan  dalam masa terdekat bersama-sama dengan mangsa ribut yang baru berlaku awal pagi tadi.

Beliau juga mengharapkan agar penduduk sentiasa berjaga-jaga memandangkan keadaan cuaca kini yang tidak dapat di jangka.


13 Sept 2015

MALAYSIA-AMERICA SOCIETY TALK: PRU14 LUPAKAN UNDI CINA

Gambar Kenangan Bersama Profesor Don Howitz
Baru-baru ini, saya telah menghadiri talkmengenai perkembangan politik dinamika di Malaysia (Political Dynamics in Malaysia: Recent Developments) anjuran The ASEAN Studies Center dan Malaysia-America Society di American University, Washington DC.

Banyak isu yang telah dibincangkan dengan peserta yang terdiri daripada para profesor di pelbagai universiti, pelajar, wakil NGO, dan pemerhati politik Malaysia di Amerika Syarikat.

Saya sangat gembira dapat bertemu dengan Profesor Don Howitz dari Duke University, USA yang sangat akrab dengan sejarah politik Malaysia sejak sekian lama. Beliau masih boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Namun begitu, saya sangat tertarik dengan pandangan Profesor Jayum Jayam dari Tun Abdul Razak Chair and Visiting Professor of Political Science di Ohio Univeristy, Athens.

Salah satu pandangan Profesor Jayum yang sangat menarik adalah berkenaan pengundi Cina. Sejak dua pilihanraya umum yang lalu (2008 dan 2013), majoriti pengundi Cina didapati tidak lagi memberi undi mereka kepada mana-mana parti berteraskan Cina di dalam BN. Beliau berpandangan, trend ini akan berterusan sehingga PRU14. Sehingga ke hari ini, tidak ada tanda-tanda yang jelas masyarakat Cina akan kembali kepada BN.

Statistik menunjukkan kerusi majoriti masyarakat Cina ialah 39. Dalam talktersebut, Prof Jayum berpandangan, parti-parti Cina di dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP akan mengekalkan kemenangan mereka di antara 35-39 kerusi parlimen semasa PRU14.



Tiga Kesimpulan 

Persoalannya, mengapa BN perlu membazirkan masa, tenaga dan peruntukan di kawasan majoriti Cina tersebut? Bukankah lebih baik peruntukan tersebut disalurkan ke Sabah dan Sarawak yang menjadi fix deposit kepada BN. Bukankah lebih baik menjaga kerusi-kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak yang boleh memberikan kemenangan dan pertambahan kerusi kepada BN?


Isu seterusnya, adakah BN khususnya UMNO celik dan peka dengan kondisi ini? Bukankah PRU12 dan PRU13 menunjukkan pengundi Cina masih kekal memberi undi mereka kepada DAP? Sehingga ke hari ini tidak ada tanda-tanda dan petunjuk yang boleh diyakini bahawa pengundi masyarakat Cina sudah kembali kepada BN. 

Sebaliknya angka 80-90% masyarakat Cina telah menunjukkan solidariti mereka semasa Bersih 4.0 merupakan petunjuk terbaharu mereka menolak BN.

Persoalannya, adakah pemimpin-pemimpin BN menyedari situasi ini? Atau adakah mereka masih mengambil pendekatan memujuk masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN?

Jika berdasarkan talk tersebut, tiga kesimpulan paling kuat untuk BN ialah:-

1. Lupakan pengundi Cina semasa PRU14! 
2. Tumpukan perhatian kepada Sabah dan Sarawak!
3. Tidak perlu membuang masa, tenaga dan peruntukan memujuk masyarakat Cina untuk kembali kepada BN. 


Bersambung Bahagian 2 dengan tema'Replay Of May, 1969'.

Washington DC,
September 11, 2015.

12 Sept 2015

Neymar Bakal Jadi Penerima Gaji Kedua Tertinggi Di Barcelona

maxresdefault
MO,12/9/2015 -PENYERANG sensasi Barcelona, Neymar bakal menjadi penerima gaji kedua termahal kelab tersebut jika kontrak baharunya dimeterai dalam masa terdekat.
Menurut laporan The Mirror, Barcelona dan Neymar sudah memulakan rundingan mengenai kontrak baharu yang menyaksikan pemain muda itu menuntut bayaran gaji melebih 200,000 pound (RM1.33 juta) seminggu selepas cukai.
Khabar angin yang mengaitkan Neymar dengan Manchester United pada musim panas ini memaksa Barcelona untuk terus mengikat bintang muda itu dengan kontrak baharu.
Neymar memiliki waktu yang tepat untuk berunding mengenai kontrak baharunya di Nou Camp.
Walaupun dia dilihat sengaja menggunakan Manchester United untuk memancing kontrak baharu, terdapat kelab-kelab lain yang menaruh minat terhadapnya.
Terdahulu, Chelsea turut dikatakan sedia bersaing dengan United untuk memiliki pemain tersebut.-mstar

BALAI POLIS UNTUK PEKAN BALUNG, BILAKAH AKAN TERLAKSANA?

Assalamualaikum W.W.

     Cuaca agak sedikit baik hari ini. Terang, tenang melambangkan akan suasana di pekan Balung yang sentiasa tenang dan damai untuk penduduknya meneruskan penghidupan masing-masing. Meskipun keadaan agak sedikit berjerubu dan pandangan agak  terhad ,ianya tidak menghalang penduduk Pekan Balung meneruskan aktiviti tanpa rasa was-was.
(Gambar Hiasan)

     Umum mengetahui Jalan Balung sedang dinaik tarafkan dari satu lorong ke dua lorong untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pengguna di masa hadapan. Umum juga mengetahui Balung kini sudah menjadi "Pekan" yang menjadi tumpuan kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan harian seperti ikan dan keperluan barangan runcit. Disamping itu juga Balung menjadi tumpuan kerana terdapatnya Bank Simpanan Nasional dan ianya menjadi tempat utama bagi mereka-mereka yang ada untuk mendapatkan gaji dan kemudahan wang tunai secara yang mudah atau senang tampa pergi ke bandar Tawau Untuk mendapatkan nya.

     keadaan trafik juga agak sesak kerana pembinaan jalan sedang berjalan dan ini sangat menyulitkan pengguna-pengguna yang mengunakannya. Ditambah lagi dengan jentera-jentera kontraktor jalan yang menggunakan jalanraya yang saya tengok ada yang tidak menepati spesifikasi yang di tetapkan oleh pihak berkuasa seperti tiada lampu signal dan sebagai nya. Ini akan menyebabkan risiko kemalangan mungkin agak tinggi jika di bandingkan dengan jalan-jalan yang sedia ada  di sekitar daerah Tawau.

     Adalah di harapkan pihak berkuasa dapat datang ke Balung serta memantau keadaan lalu lintas bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku  seperti kemalangan yang menyebabkan nyawa. Dengan pertambahan penduduk yang sangat pesat di Kawasan Balung di harapkan juga pihak berkuasa dapat mengujudkan Balai Polis di Pekan Balung. Dengan Bank dan pusat perniagaan yang ada di tambah pula dengan kemungkinan kadar jenayah yang akan meningkat di sebabkan pertambahan penduduk, memerlikan Balai Polis harus di wujudkan atau di sediakan bagi keselamatan dan keselesaan penduduk yang ada di BAlung.

Selamat membaca.

Salam dari Bumi Balung.....

10 Sept 2015

Jalan Balung Sesak di waktu puncak

Jalan baru Balung Tawau sedang dalam pembinaan. Jika siap kelak ianya dapat memberikan keselesaan kepada pengguna yang mengunakan jalan raya tersebut. Di samping keselesaan ianya juga memberikan jaminan keselamatan  kepada setiap pengguna kerana ianya akan di jadikan dua hala.

Pada masa ini pembinaan sedang berjalan dengan rancaknya. Memandangkan ianya berhampiran dengan  Sekolah SMK Balung dan Pekan Balung iaitu Taman Sawit ianya sedikit menyulitkan pengguna kerana sentiasa berlaku kesesakan di waktu pucak terutama waktu masuk dan keluar sekolah. Keadaan jalan juga bertambah sesak pada hari khamis dan sabtu kerana terdapat pasar tamu yang beroperasi pada hari itu.

Adalah diharapkan pihak kontraktor dapat mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. Ini termasuk menyediakan kakitangan bagi mengawal lalu lintas di masa puncak. Lampu-lampu keselamatan hendaklah di sediakan dan di perbanyakkan kerana yang sedia ada seakan tidak mencukupi .

Keadaan jalan juga agak kurang baik hingga kereta kecil agak susah untuk melaluinya. Ini menyebabkan kesesakkan berlaku.

Kerjasama pengguna dan kontraktor dalam mengatasi permasalahan ini adalah sangat diharapkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Selamat membaca dan selamat datang ke Pasar Khamis  Balung....

Sepuluh Sebab Kenapa Bolasepak Malaysia Mundur

1. Pemilihan pemain berdasarkan reputasi bukan berdasarkan performance semasa
Perkara ini menjadi amalan jurulatih Malaysia sejak sekian lama. Mungkin kerana pemain tersebut masih hebat di liga tempatan, mungkin kerana dia masih menjaringkan gol di liga tempatan, maka dia kelihatan hebat namanya masih menjadi sebutan.
Sedangkan kita lupa, masih ramai pemain pelapis dan pemain muda yang lebih gagah, lebih hebat tetapi tidak diberi peluang di peringkat sukan serantau dan antarabangsa akhirnya bakat mereka tidak dapat diteruskan.
Saya tidak faham kenapa ada pemain yang sudah 5 atau 10 tahun atau lebih berada dalam  pasukan kebangsaan masih disenaraikan. Tidak adakah bakat baharu? Rooney England dan Beckham pernah diketepikan daripada skuad England kerana prestasi mereka merudum walaupun memiliki reputasi yang besar. Di Malaysia, jika anda pemain yang ada sedikit reputasi, anda masih disenaraikan walaupun pancit di tengah padang
.2. Jurulatih 
Perhatikan jurulatih Lim Teong Kim yang melatih pemain Jerman dan baru-baru ini dia berjaya memberikan kejuaraan kepada pemain muda di Eropah. Kenapa tidak lantik Lim Teong Kim yang lebih berpengalaman di peringkat Eropah?
Jurulatih tempatan yang hanya berlegar-legar di liga tempatan dan setakat sukan serantau seperti SEA games, Piala Tiger akan hanya berada di takat itu pengalaman dan kemajuan mereka.
Dolah Salleh bukannya tidak bagus. Dollah Salleh sangat bagus untuk liga tempatan, tetapi kita memerlukan jurulatih yang lebih bagus untuk saingan antarabangsa. Dahulu kita ada Claude Le Roy, malangnya apabila dia melatih dengan tegas dan keras dia diberhentikan. Apabila Claude Le Roy melatih pasukan Afrika, pasukan itu pula layak masuk Piala Dunia!
3. Stamina 
Jika saya melihat semula perlawanan UAE-Malaysia baru-baru ini, daripada kacamata TV kita boleh menyaksikan pemain Malaysia tidak memiliki stamina yang tinggi. Adakah mereka kurang stamina mengharungi 90 minit perlawanan? Semasa latihan kecergasan, berapa orang pemain Malaysia yang berjaya mengelilingi padang tanpa henti selama 90 minit? Jika ada pemain yang tidak mampu berlari selama 90 minit tanpa henti, dia tidak layak menyertai pasukan kebangsaan! Itulah amalan pemain pasukan China.
4. Pemain Malaysia Kurang Tinggi
Di Jepun sebelum pasukan bolasepak mereka menjadi bertaraf dunia, mereka telah menjalankan kajian sains untuk menghasilkan pemain-pemain yang tinggi dan berbadan sasa seperti pemain bola sepak di Eropah.
Akhirnya, mereka telah mencadangkan beberapa perkara seperti menggalakkan perkahwinan campur dengan orang Eropah, mengawal pemakanan (sains pemakanan) dan hanya memilih pemain yang tinggi dan berbadan sasa sahaja yang akan mewakili negara.
Jika ada pun pemain yang rendah, daripada 11 pemain di tengah padang barangkali hanya ada satu dan dua sahaja yang berbadan rendah. Selebihnya semua tinggi belaka.
Cuba bayangkan jika pasukan bola sepak Malaysia mempunyai 11 pemain berbadan tinggi dan sasa seperti Beckam di tengah padang!
UAE's players celebrate after scoring a goal against Malaysia's team during their AFC qualifying football match for the 2018 FIFA World Cup at the Mohammed Bin Zayed Stadium in Abu Dhabi on September 3, 2015. AFP PHOTO / KARIM SAHIB
5. Kebajikan pemain
Di Malaysia tiada isu kebajikan jika berkaitan jersey, makanan, padang bola dan stadium. Persoalannya, adakah mereka dibayar gaji tetap setiap bulan? Adakah potongan EPF mereka setiap bulan dibayar tetap? Saya sangat sangsi berkenaan hal ini kerana laporan akhbar sejak dahulu malah hingga sekarang, liga Malaysia masih dihantui isu ini.
6. Semangat Patriotik
Apakah makna semangat patriotik di tengah padang bola sepak? Adakah dengan hanya berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan? Bagaimana dengan semangat mengejar bola? Bagaimana dengan semangat mempertahankan serangan? Bagaimana dengan semangat menjaringkan gol? Bagaimana dengan penyokong?
Semasa Dollah Salleh menyarung jersi kebangsaan, beliau adalah pemain yang terkenal dengan skil menggelecek. Dalam zaman sekarang, kita perlukan jurulatih yang pernah menyerang dan menjaringkan gol. Bukan jurulatih yang pernah bermain sebagai pemain pertahanan atau pemain tengah.
7. Rasuah
Adakah gejala rasuah sudah selesai? Adakah gejala mengatur perlawanan sudah selesai? Adakah gejala pemain senior tidak sehaluan dengan pemain junior masih berlaku? Adakah gejala pemain senior hanya memberikan bola kepada pemain senior masih berlaku, tidak kepada pemain junior yang berpeluang? Semua isu-isu ini diperkatakan oleh mereka yang rapat dengan pasukan bolasepak di peringkat negeri dan kebangsaan. Sama ada ianya masih berlaku atau tidak hanya mereka di tengah padang boleh mengesahkannya. Kritikan ini supaya anda berhenti mengamalkannya jika ianya masih berlaku.
8. Pengurus Pasukan
    Pasukan Malaysia memerlukan seorang Manager yang ada kemahuan untuk menang dan tidak mahu kalah. Kenapa tidak lantik TMJ? Jika ada pengurus pasukan yang boleh menendang tiang corner, itu adalah ciri-ciri Manager yang dicari-cari, yang ada kemahuan untuk menang. Pasukan Malaysia perlukan manager itu.
9. Cina
    Pada era kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan tahun 70an dan 80an, pasukan negara dibarisi pemain berbangsa Melayu, India dan Cina. Sejak hujung tahun 1990an hingga sekarang, saya tidak nampak pemain Cina Malaysia bermain untuk pasukan kebangsaan mahupun pemain negeri? Kenapa?
Lim Teong Kim, Soh Chin Aun, Lee Kin Hong dan ramai lagi adalah contoh pemain berbangsa Cina yang memiliki kemahuan untuk menang.
10. Penaja
      Kenapa Malaysia yang kaya dengan syarikat-syarikat besar tidak membantu pasukan kebangsaan? Anda boleh membeli pasukan Liga England, tetapi anda tidak mampu menaja pasukan kebangsaan berlatih di luar negara.
Daripada kita menaja pasukan formula one negara asing, lebih baik menaja pasukan bola sepak kebangsaan! Tolonglah taja pasukan kebangsaan kita bermain di Eropah, liga Amerika Syarikat, Liga Jepun dan Liga China. Dengan sokongan kewangan anda, ianya akan menjadi kenyataan.