8 Sept 2015

Sikap Biadap Pijak Gambar PM, Hadi Adalah Hasil Didikan Dap

PARIT, 7 Sept – Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Haji Mohd Zaim Abu Hasan berkata, Dap adalah punca dan penyebab budaya kurang ajar memijak gambar pemimpin seperti yang berlaku semasa demonstrasi haram Bersih 4.0.
dap_rasis_kurang-ajar_guan_eng_pijak_langkah_melayu_islam
Walaupun pemimpin Dap cuba menafikan perkara ini namun ujar Zaim, Dap harus ingat bagaimana pemimpin mereka pernah memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang meletak jawatan dan bertindak menjadi ADUN Bebas di dalam krisis di Perak tidak lama dulu.
“Negeri Perak sebenarnya menjadi saksi budaya ini dimulakan oleh Dap. Mereka yang mengajar rakyat menjadi kurang ajar dan tidak menghormati pemimpin. Kini mereka cuba cuci tangan dan menafikannya pula.
“Malah parti pembangkang jugalah yang mengajar rakyat ke demonstrasi jalanan. Banyak budaya samseng juga dimulakan oleh mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Menurut Zaim, seharusnya budaya biadap seperti ini tidak sepatutnya berlaku di zaman serba moden dan bertamadun kerana negara ini adalah sebuah negara yang berbilang kaum.
“Kalau kita buat sedemikian sudah pasti mereka akan menuduh dan membangkitkan keadaan yang huru-hara tetapi mereka yang telah mulakannya. Jadi, saya berharap agar rakyat jangan terikut-ikut budaya tidak beretika seperti ini.
“Kita harus menghormati pemimpin. Budaya hormati menghormati antara berbilang kaum mestilah kita amalkan kerana negara ini didiami oleh pelbagai bangsa,” katanya lagi. -MediaUMNO

Sumber : disini

No comments: