Gambar Kenangan Bersama Profesor Don Howitz |
Baru-baru ini, saya telah menghadiri talkmengenai perkembangan politik dinamika di Malaysia (Political Dynamics in Malaysia: Recent Developments) anjuran The ASEAN Studies Center dan Malaysia-America Society di American University, Washington DC.
Banyak isu yang telah dibincangkan dengan peserta yang terdiri daripada para profesor di pelbagai universiti, pelajar, wakil NGO, dan pemerhati politik Malaysia di Amerika Syarikat.
Banyak isu yang telah dibincangkan dengan peserta yang terdiri daripada para profesor di pelbagai universiti, pelajar, wakil NGO, dan pemerhati politik Malaysia di Amerika Syarikat.
Saya sangat gembira dapat bertemu dengan Profesor Don Howitz dari Duke University, USA yang sangat akrab dengan sejarah politik Malaysia sejak sekian lama. Beliau masih boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Namun begitu, saya sangat tertarik dengan pandangan Profesor Jayum Jayam dari Tun Abdul Razak Chair and Visiting Professor of Political Science di Ohio Univeristy, Athens.
Namun begitu, saya sangat tertarik dengan pandangan Profesor Jayum Jayam dari Tun Abdul Razak Chair and Visiting Professor of Political Science di Ohio Univeristy, Athens.
Salah satu pandangan Profesor Jayum yang sangat menarik adalah berkenaan pengundi Cina. Sejak dua pilihanraya umum yang lalu (2008 dan 2013), majoriti pengundi Cina didapati tidak lagi memberi undi mereka kepada mana-mana parti berteraskan Cina di dalam BN. Beliau berpandangan, trend ini akan berterusan sehingga PRU14. Sehingga ke hari ini, tidak ada tanda-tanda yang jelas masyarakat Cina akan kembali kepada BN.
Statistik menunjukkan kerusi majoriti masyarakat Cina ialah 39. Dalam talktersebut, Prof Jayum berpandangan, parti-parti Cina di dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP akan mengekalkan kemenangan mereka di antara 35-39 kerusi parlimen semasa PRU14.
Tiga Kesimpulan
Persoalannya, mengapa BN perlu membazirkan masa, tenaga dan peruntukan di kawasan majoriti Cina tersebut? Bukankah lebih baik peruntukan tersebut disalurkan ke Sabah dan Sarawak yang menjadi fix deposit kepada BN. Bukankah lebih baik menjaga kerusi-kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak yang boleh memberikan kemenangan dan pertambahan kerusi kepada BN?
Isu seterusnya, adakah BN khususnya UMNO celik dan peka dengan kondisi ini? Bukankah PRU12 dan PRU13 menunjukkan pengundi Cina masih kekal memberi undi mereka kepada DAP? Sehingga ke hari ini tidak ada tanda-tanda dan petunjuk yang boleh diyakini bahawa pengundi masyarakat Cina sudah kembali kepada BN.
Sebaliknya angka 80-90% masyarakat Cina telah menunjukkan solidariti mereka semasa Bersih 4.0 merupakan petunjuk terbaharu mereka menolak BN.
Persoalannya, adakah pemimpin-pemimpin BN menyedari situasi ini? Atau adakah mereka masih mengambil pendekatan memujuk masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN?
Jika berdasarkan talk tersebut, tiga kesimpulan paling kuat untuk BN ialah:-
1. Lupakan pengundi Cina semasa PRU14!
2. Tumpukan perhatian kepada Sabah dan Sarawak!
3. Tidak perlu membuang masa, tenaga dan peruntukan memujuk masyarakat Cina untuk kembali kepada BN.
3. Tidak perlu membuang masa, tenaga dan peruntukan memujuk masyarakat Cina untuk kembali kepada BN.
Bersambung Bahagian 2 dengan tema'Replay Of May, 1969'.
Washington DC,
September 11, 2015.
Washington DC,
September 11, 2015.
No comments:
Post a Comment