Jalan baru Balung Tawau sedang dalam pembinaan. Jika siap kelak ianya dapat memberikan keselesaan kepada pengguna yang mengunakan jalan raya tersebut. Di samping keselesaan ianya juga memberikan jaminan keselamatan kepada setiap pengguna kerana ianya akan di jadikan dua hala.
Pada masa ini pembinaan sedang berjalan dengan rancaknya. Memandangkan ianya berhampiran dengan Sekolah SMK Balung dan Pekan Balung iaitu Taman Sawit ianya sedikit menyulitkan pengguna kerana sentiasa berlaku kesesakan di waktu pucak terutama waktu masuk dan keluar sekolah. Keadaan jalan juga bertambah sesak pada hari khamis dan sabtu kerana terdapat pasar tamu yang beroperasi pada hari itu.
Adalah diharapkan pihak kontraktor dapat mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. Ini termasuk menyediakan kakitangan bagi mengawal lalu lintas di masa puncak. Lampu-lampu keselamatan hendaklah di sediakan dan di perbanyakkan kerana yang sedia ada seakan tidak mencukupi .
Keadaan jalan juga agak kurang baik hingga kereta kecil agak susah untuk melaluinya. Ini menyebabkan kesesakkan berlaku.
Kerjasama pengguna dan kontraktor dalam mengatasi permasalahan ini adalah sangat diharapkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Selamat membaca dan selamat datang ke Pasar Khamis Balung....
No comments:
Post a Comment