29 Nov 2015

Majlis berkhatan di sempurnakan oleh Datuk Tawfiq, masjid Nurul hidayah Kg Batu payung

Walaupun program hari minggu ataupun hari cuti beliau masih sempat meluangkan masa untuk berjumpa dengan.penduduk-penduduk Kampung Batu Payung Tawau yang terletak di DUN N 56 Apas



26 Nov 2015

BERITA DARI AMERIKA SYARIKAT: DS JAMIL KHIR BAHROM TIDAK BERSALAH, SERANGAN POLITIK YANG TIDAK ADIL


Baru-baru ini terdapat beberapa tuduhan dan serangan politik ke atas DS Jamil Khir Bahrom dilakukan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW).

Saya mengambil masa untuk memberikan pandangan  kerana kesibukan di samping saya perlu mendengar dengan teliti beberapa pihak yang terlibat di sini. Kita tidak boleh mempercayai kesahan sesuatu dokumen yang diberikan kerana kesahan itu banyak aspek bukan setakat ori tetapi jua kesahan penggunaanya semasa di lapangan. 

Soalan pertama ialah, adakah NOW berpangkalan di Amerika Syarikat? Adakah NOW mengikuti perjalanan program lawatan kerja DS Jamil Khir di Amerika Syarikat? Atau adakah, NOW hanya diberikan beberapa dokumen dan beberapa input cerita (hear say)yang tidak lengkap kemudian mengambil keputusan untuk menyerang DS Jamil Khir?



Perbandingannya, jika anda seorang doktor perubatan, anda tidak boleh membuat apa-apa kesimpulan perubatan berdasarkan cerita pihak kedua atau ketiga, walaupun ianya diceritakan oleh si ibubapa atau si suami/isteri. Sebaliknya, sebagai doktor perubatan, anda mesti memeriksa sendiri pesakit tersebut dengan tangan anda dan dengan peralatan perubatan yang sesuai, supaya anda tidak melakukan kesilapan management ke atas patienttersebut.



Dalam isu di atas, jika NOW tidak berada di Amerika Syarikat, tidak menyertai program kerja Menteri, bagaimana kita hendak mempercayai NOW akan memberikan ulasan yang betul dan tepat? Atau ianya sekadar serangan serangan politik, atau si penyerang mahu mendapat nama? 


Sebagai rakyat Malaysia samada bekerja, belajar atau bermastautin di Amerika Syarikat, berita kehadiran menteri-menteri amatlah menggembirakan dan ditunggu-tunggu. Mereka boleh bersemuka tanpa protokol, meluahkan masalah dan seterusnya berkongsi peluang-peluang yang terdapat di Amerika Syarikat.



Dalam kes DS Jamil Khir, kehadiran beliau kerana mengikuti program-program yang telah disusun atur oleh penganjur di sini. Selain daripada acara utama bersama dengan pelajar dan komuniti rakyat Malaysia di sini, terdapat banyak aktiviti sukan dan permainan yang dianjurkan, bukanlah setakat bermain golf sahaja. Bukan juga setakat kursus kahwin yang diperbesar-besarkan itu. Bukan juga shopping itu acara yang khusus selama berhari-hari lamanya. Gambaran-gambaran seperti ini adalah gambaran-gambaran nakal, jahat dan tidak adil.

Apabila kita duduk di luar negara, kita akan mengalami beberapa kekangan yang tidak ada di Malaysia. Contohnya isu kekurangan dana untuk mengadakan aktiviti seperti hari keluarga Malaysia, seminar, forum dan sebagainya. Apabila seseorang Menteri hadir dengan rombongan mana-mana agensi kerajaan atau bukan agensi kerajaan, kita amat bersyukur apatah lagi sekiranya terdapat bantuan seperti sumbangan kewangan diberikan kepada persatuan-persatuan pelajar di sini.

Isu sumbangan kerajaan kepada persatuan pelajar universiti bukanlah isu di Malaysia sahaja. Di Indonesia, ada pihak turut mempersoalkan sumbangan dana kepada sebuah persatuan pelajar. Namun, Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mempertahan tindakan itu kerananya ianya sebahagian daripada peranan kerajaan menyediakan aset kepimpinan untuk negara pada masa hadapan. Nampaknya, pemikiran dan methodologi kepimpinan NOW dalam hal ini berundur ke belakang! NOW seolah-olah menghalang bakat dan kesuburan pemimpin-pemimpin muda untuk digembleng melalui aktiviti-aktiviti pelajar.

Contoh kes yang lain, saya mengambil kes terbaharu baru-baru ini. Seorang pelajar kematian ayah. Manakala, ibunya juga sudah meninggal tidak berapa lama sebelum ayahnya pergi menemui Allah SWT. Malangnya, pelajar ini tidak dapat pulang untuk menatap ayahnya untuk kali terakhir kerana dia akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Juga jarak yang jauh Malaysia-USA mengambil masa 24 jam penerbangan itu pun jika tiada kelewatan. Lagipun dia juga baru sahaja sampai dari Malaysia. Kes-kes seperti ini sangat ad hoc dan memerlukan bantuan segera tanpa perlu kertas kerja. 

Begitu juga terdapat kes lain yang hampir serupa. 

Kesimpulan
Saya menasihatkan mana-mana NGO supaya membuat kajian yang lebih mendalam sebelum membuat tuduhan-tuduhan yang tidak adil ke atas DS Jamil Khir kerana tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh NOW sangat umum. Kita tidak boleh membuat satu kesimpulan mudah hanya melalui kertas-kertas memo daripada pejabat Yapiem atau pejabat Menteri yang dibocorkan itu sahaja.



Sesiapa pun boleh membuat kertas kerja dan permohonan untuk melakukan apa sahaja program yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia di mana-mana. Namun begitu, seringkali bajet yang diluluskan tidak selari dengan perbelanjaan semasa program. Ianya disebabkan oleh faktor-faktor luar jangka seperti cuaca, perubahan nilai matawang, kenaikan kos, permohonan kecemasan ad hoc ketika majlis berlangsung dan sebagainya. Cuba perhatikan Laporan Audit Negara baru-baru ini, dilaporkan bahawa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan didapati berbelanja melebihi daripada bajet sebenar. Sudah pasti mereka mempunyai justifikasi tertentu akan kelebihan perbelanjaan itu.



Contoh lain dakwaan oleh ahli parlimen Sepang dalam isu tarif elektrik dihebohkan kononnya akan dinaikkan pada tahun 2016. Barangkali dia tidak membaca Bajet 2016 dengan teliti, di mana sekiranya dibaca dengan teliti sebenarnya kerajaan tidak menghapuskan subsidi bil elektrik. Sebaliknya kerajaan menggunakan peruntukan lain melalui bajet MOF B11 020500 di bawah tajuk 'Subsidi dan Bantuan Tunai' yang keseluruhannya berjumlah RM10.63 Billion. Ianya merupakan satu langkah rasionalisasi. Malangnya mereka tidak membaca habis !

Bab-bab seperti ini, NOW perlu lebih teliti, sensitif dan berlaku adil. Saya kasihan kerana DS Jamil Khir menjadi mangsa, walhal anda sebenarnya menyerang orang yang salah di tempat yang salah.

Jika melihat kepada dapatan saya sendiri, isu program DS Jamil Khir di Amerika Syarikat bukanlah kes salah guna wang Yapiem, bukan juga penyelewengan dan rasuah, sebaliknya isu ini lebih kepada isu dalaman pentadbiran sahaja. 

Oleh yang demikian, saya menyokong penuh tindakan mahkamah oleh DS Jamil Khir ke atas NOW kerana ianya perlu untuk membersihkan tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas diri dan keluarganya.


Sumber

University City,
Philly, PA, USA.
November 27, 2015.

24 Nov 2015

TPPA: PERBANDINGAN DENGAN ARTIKEL TUN DR. MAHATHIR DAN PENJUALAN KERETA PROTON KE AMERIKA SYARIKAT


Saya tertarik untuk memberi pencerahan kepada artikel Tun Dr Mahathir berkenaan TPPA. Kebetulan saya baru selesai menghadiri Forum Ekonomi di Rochester University, New York di sini.

Pertama, Perjanjian TPPA tidak benar bahawa sesebuah syarikat asing atau negara asing boleh menyaman negara kita. Salah satu perkara yang menjadi Keutamaan Kerajaan dalam Perjanjian TPPA ialah Kedaulatan Undang-Undang di Negara kita tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Itu adalah salahsatu yang dipertahankan oleh Kerajaan Malaysia. Dalam hal ini, Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam usaha menjaga hak dan Kedaulatan rakyat dan Kedaulatan Undang-Undang negara kita.

Anda perlu membaca Teks TPPA sebelum memberi komen yang tidak adil. Segelintir di kalangan rakyat Malaysia belum membaca Teks TPPA menyebabkan mereka memberi Ulasan yang tidak tepat malah tidak benar.

Sebab itulah Kerajaan mengambil keputusan menyertai awal "Rundingan"  TPPA supaya Kerajaan berpeluang menyatakan "Ya" kepada item yang menguntungkan rakyat dan negara. Manakala Kerajaan boleh berkata "Tidak" kepada item yang merugikan rakyat dan negara.

Sebaliknya, jika Malaysia menyertai TPPA selepas TPPA dimeterai dan digazetkan, Malaysia akan mengalami kerugian kerana terpaksa bersetuju dengan perkara yang telah dipersetujui oleh negara-negara pengasas TPPA. Namun begitu, dalam hal ini, Malaysia adalah sebahagian daripada pembuat dasar yang berpeluang untuk memastikan Perjanjian-Perjanjian di dalam TPPA itu membawa keuntungan kepada rakyat Malaysia.

Kedua, kedatangan Presiden Obama tidak ada kaitan dengan persetujuan kerajaan samada menerima atau tidak, menolak atau menangguhkan Perjanjian TPPA itu. Jika pun Perjanjian TPPA itu ditandatangani samada pada Februari atau Mac 2016, tidak bermakna ianya boleh dilaksanakan. Sebaliknya, selepas Perjanjian TPPA itu ditandatangani ianya akan dibawa semula ke negara masing-masing untuk dibahaskan di dalam Parlimen masing-masing. Dalam konteks Amerika Syarikat sendiri, ianya Akan dibawa ke Kongres untuk dibahaskan. Sekiranya Parlimen bersetuju maka ianya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dua tahun selepas Perjanjian TPPA ditandatangani (iaitu sekarang-kurangnya pada tahun 2018). Dalam konteks Malaysia, sekiranya Parlimen Malaysia menolak maka ianya tidak akan dilaksanakan di Malaysia.

PROTON DIJUAL DI AMERIKA SYARIKAT
Dalam isu TPPA ini, beberapa negara baharu seperti Indonesia turut menyatakan minat untuk menyertai TPPA. Mengapa? Isunya ialah Malaysia tidak boleh melepaskan peluang ini kerana ekonomi Dunia hari ini sangat terbuka. Jika Malaysia hanya berharap kepada ASEAN AFTA sahaja, atau pun bergantung kepada FTA antara satu-satu negara sahaja, kita akan ketinggalan. Malaysia dengan 30 juta penduduk bukan satu pasaran yang besar. ASEAN AFTA benar suatu pasaran yang besar tetapi ianya masih tidak mencukupi kepada Malaysia. Malaysia perlu melibatkan diri dalam FTA yang lebih besar dan salahsatu FTA itu adalah TPPA.

Contohnya, kereta nasional Proton memerlukan pasaran baharu yang lebih besar. Proton tidak boleh selamanya hanya bergantung kepada pasaran tempatan sahaja, juga tidak bijak jika hanya bergantung kepada pasaran ASEAN sahaja (terutama Indonesia). Dengan perjanjian TPPA ini, Proton boleh dijual di negara-negara TPPA termasuk di Amerika Syarikat melalui perjanjian-perjanjian yang tidak berat sebelah. Jika Hyundai, Nissan, Toyota dan Honda boleh memasuki pasaran Amerika Syarikat. Saya tidak percaya Proton Preve yang sangat laris di Australia tidak boleh dijual di Amerika Syarikat selepas TPPA !

Jika minuman Milo, biskut Hap Seng, Jelly fruit, Nescafé, Teh Tarik, roti canai, biskut Julie dan banyak lagi boleh dijual di Amerika Syarikat, saya melihat melalui TPPA kereta nasional Proton boleh memasuki pasaran Amerika Syarikat dengan lebih mudah. Kita hanya perlu bekerja lebih sedikit sahaja dan memenangi perjanjian dengan bijaksana.

Bersambung (isu Undang-Undang, isu penjajahan Ekonomi, benefit kepada Kontraktor Kelas F dan skim perlindungan oleh Kerajaan kepada bisnesman Malaysia)

Selamat Berhujung Minggu.

Rochester,
Amerika Syarikat.
November 22, 2015.


Sumber

23 Nov 2015

Tambak Laut : Kerajaan Dap P.Pinang Diselar Umum 60 Ekar Tapi Sebenarnya Lebih 200 Ekar

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pada awalnya canang sana-sini kononnya mengamalkan ketelusan dan penuh bertanggungjawab dalam mentadbir, tetapi hakikatnya semakin menampakkan sikap sebenar parti Dap ini yang bukan hanya pandai memanipulasi isu tetapi juga hanya pandai mencipta dan memanipulasi istilah, ujar Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim.
“Apa telah terjadi dengan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus itu? Adakah hanya terpakai apabila mendedahkan pekung orang lain, tetapi apabila yang melibatkan diri sendiri?
“Kononnya telus tetapi mengapa sembunyikan fakta sebenar? Beritahu di Dewan Negeri hanya 60 ekar tetapi sebenarnya lebih 200 ekar.
“Dengan bangganya berkata hanya meluluskan projek penambakan laut seluas 60 ekar sahaja sejak 2008 iaitu 35 ekar di Bayan Mutiara dan 25 ekar di Bayan Bay tetapi seolah-olah ‘buat-buat terlupa’ untuk memaklumkan kepada rakyat negeri ini satu lagi projek seluas 131 ekar di persisiran Gurney Drive dan penambahan 20 ekar di Seri Tanjung Pinang Fasa Dua,” katanya lagi.
Beliau berkata demikialim_guan_eng_ada_tipun kepada UMNO-Online ketika mengulas sikap Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyembunyikan fakta keluasan kawasan yang terlibat di dalam kerja-kerja penambakan laut di negeri tersebut.
Eastern & Oriental Berhad (E&O) dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia baru-baru ini mengumumkan projek tambak laut Seri Tanjung Pinang Fasa Dua akan melibatkan kawasan laut seluas 760 ekar dan satu lagi kawasan seluas 131 ekar di Persiaran Gurney.
Mengikut kelulusan asal, projek tambak laut Seri Tanjung Pinang Fasa Satu (yang telah siap) berkeluasan 240 ekar manakala Seri Tanjung Pinang Fasa Dua pula melibatkan kawasan seluas 740 ekar. Tetapi, pengumuman yang dibuat E&O tentang keluasan Seri Tanjung Pinang Fasa Dua adalah 760 ekar iaitu 20 ekar melebihi keluasan asal.
“Ini soal integriti dan kewibawaan sebagai seorang pemimpin, yang memegang tampuk pemerintahan negeri dan sewajarnya kejujuran patut menjadi keutamaan.
“Jelas mereka ini mengamalkan pembohongan demi pembohongan sebagaimana contoh kes salah kira kos projek mega pembinaan terowong dasar laut dan kes salah kira pemilihan jawatankuasa pusat yang lalu.
“Mereka ini hanya tahu mengelirukan rakyat, seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat, tetapi mereka ini lupa, mereka hanyalah sebagai penjaga amanah daripada rakyat dan bukannya membuat sesuka hati tanpa mengambil kira pandangan rakyat,” kata Ahli Dewan Negara itu lagi.
Tambahnya lagi, jika dahulu, pelbagai tuduhan dan kritikan dilemparkan kepada kerajaan negeri pimpinan terdahulu kononnya tidak menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, tetapi kini setelah mentadbir, adakah mereka ‘berlidah cabang’ sesuka hati menekan rakyat dengan tindakan-tindakan seperti menaikkan tarif air, cukai katil, cukai taksiran dan pelbagai lagi cukai.
“Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”, tidak ubah seperti apa yang mereka amalkan, tegasnya. -MediaUMNO

Tian Chua Tidak Perlu Jawab Menerusi Media, Jawab Kepada Polis Dan Mahkamah


KUALA LUMPUR, 23 Nov – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua supaya memberi penjelasan dan
keterangan kepada polis dan mahkamah berhubung dakwaan menjadi dalang mengatur pertemuan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram.
Timbalan Perdana Menteri berkata Tian Chua tidak perlu menafikan pembabitannya dalam pertemuan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, melalui media.
“Saya menasihatkan beliau tidak perlu menafikan melalui media, sila jawab kepada polis apabila kenyataan diminta daripada beliau dan sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau beliau tidak terlibat,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Pada sidang media itu, Zahid turut mempertahankan kenyataan yang dibuat tengah hari tadi dan tidak akan menarik balik kenyataan itu.
“Beliau jawablah kerana hanya beliau sahaja yang tahu penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan juga pertemuan YB Lembah Pantai (Nurul Izzah) di Manila atas penganjuran beliau.
“YB Tian Chua telah menafikan penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan mengatur pertemuan dengan Jacel. Sekali lagi saya sebutkan beliau jangan menafikan melalui media. Jawab kepada polis dan menafikan di mahkamah,” katanya.
Terdahulu, pada satu majlis hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa Tian Chua bertanggungjawab dalam pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel.
“Anggota Parlimen Batu Tian Chua (adalah) orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil sebagai Kesultanan Sulu yang kononnya mahu menuntut semula wilayah kesultanan itu hingga ke Sabah.
“Jadi, saya harap Tian Chua berhati-hati dalam perbuatannya. Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di sini.
Tian Chua menafikan dakwaan itu, dan menegaskan beliau dan Nurul Izzah berada di Filipina atas undangan pelbagai pihak termasuk parti politik negara itu.

18 Nov 2015

Malaysia Tunggu Maklumat Rasmi Filipina Berhubung Tebusan Malaysia Dipenggal

Kepala-Tebusan-Malaysia-Dipenggal-Abu-Sayyaf-Ditemui
MO, KUALA LUMPUR, 18 /11/2015– Malaysia sedang menunggu maklumat rasmi dari Filipina berhubung kesahihan laporan kononnya seorang rakyat Malaysia dipenggal oleh kumpulan militan di Mindanao, semalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Filipina berhubung laporan tersebut yang diperolehi berdasarkan maklumat risikan tentera Filipina.
“Kita perlu sahkan secara rasmi perkara tersebut terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN+ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu.
Media antarabangsa melaporkan seorang jurutera Bernard Then, 39, dipenggal kepalanya selepas sekumpulan lelaki bersenjata menculik mangsa di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah, 15 Mei lepas.
Dia dilaporkan dipenggal di lokasi terpencil yang menjadi kubu kuat militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.
Bernard, yang berasal dari Sarawak, diculik oleh kumpulan militan tersebut bersama pengurus restoran, Thein Nyuk Fun, 50. Bagaimanapunm Thien dibebaskan pada 8 Nov lepas.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam entri Facebooknya mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam tindakan kejam, tidak bertamadun, ganas serta tidak berperikemanusiaan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kementerian menyambut baik cadangan agar hukuman gantung mandatori dalam Akta Dadah Merbahaya 1952 dipinda.
Katanya Malaysia akan mengikut langkah kebanyakan negara yang sudah mengubah sistem mati mandatori terhadap pengedar dadah namun pada ketika ini apa yang penting adalah langkah pencegahan dan pemulihan.
Pindaan undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan Mac tahun hadapan, demikian dilaporkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukry berkata keputusan itu diambil selepas persetujuan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
— BERNAMA

TPPA Beri Manfaat Kepada Dagangan Malaysia Dan Rangsang Limpahan Ekonomi

tppa
MO, KUALA LUMPUR, 18/11/2015 — Dorongan utama bagi negara dagang seperti Malaysia menyertai pakatan perdagangan bebas seperti Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bukan semata-mata bertujuan untuk melindungi industri tempatan, bahkan yang lebih penting adalah untuk mendapatkan pasaran baharu eksport.
Sebagai negara berorientasikan eksport, Malaysia tidak mempunyai pilihan, melainkan menyertai FTA serantau dan dunia, terutama apabila rakan dagang utama terlibat.
Berikutan pasaran tempatan yang kecil, dagangan antarabangsa akan terus menjadi ciri utama landskap ekonomi Malaysia, dan atas hakikat itulah Kuala Lumpur tidak boleh meminggirkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia akan mengalami kerugian disebabkan kecenderungan dipencilkan.
Ini lebih-lebih lagi disebabkan dagangan dan liberlisasi yang merupakan faktor penting untuk pembangunan, tidak semata-mata hanya untuk memastikan pertumbuhan ekonomi.
Yang lebih penting ialah kesan limpahan, terutama pemindahan teknologi dan pembentukan modal ketara dan tidak ketara yang memberi impak jangka panjang ke atas pertumbuhan.
Selain itu, ia turut mewujudkan perhubungan yang lebih kukuh dengan rakan dagang, menggalakkan pelaburan, meningkatkan produktiviti selain memperkukukuh daya saing dan inovasi.
Rundingan TPPA, yang diketuai Amerika Syarikat dan dianggotai Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru dan Vietnam, dimuktamadkan di Atlanta bulan lepas.
Meskipun ia menjadi topik hangat perbincangan serta mendapat pelbagai kritikan, terutama oleh institusi politik, masih terlalu awal untuk menentukan untung ruginya penyertaan dalam TPPA.
Namun, kita pasti ini bukan FTA terakhir, dan andai kita menandatangani dokumen 6,000 muka surat itu, ia tidak akan memberi kesan ke atas rundingan FTA besar yang lain seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
RCEP, rundingan utama serantau Asia, sebaliknya turut melibatkan negara anggota ASEAN, selain Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Sudah pasti kedua-dua RCEP dan TPPA akan membuka peluang besar dalam perdagangan, dari segi pasaran dan eksport baharu.
Namun, Malaysia mesti memastikan perancangan rapi dalam melaksanakan pelbagai komitmen yang dibuat dalam FTA-FTA sedia ada bagi memastikan ia sentiasa konsisten pada masa depan.
Malaysia kini sudah menyelesaikan tiga FTA dua hala – Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun yang dimeterai pada 2004, FTA Malaysia-Pakistan (November 2007) dan FTA Malaysia-New Zealand (Oktober 2009).
Malaysia, sebuah ekonomi berorientasikan eksport, terus aktif menjayakan perjanjian perdagangan di pelbagai peringkat, setiap satu mempunyai komitmen yang tidak selaras, bagi menggalakkan aliran bebas perdagangan, dengan negara lain serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Sebagai contoh, ia menjalin FTA pelbagai tahap dengan negara seperti Australia dan New Zealand, yang diwujudkan secara pelbagai hala dan di peringkat ASEAN.
Selain itu, Australia dan New Zealand juga merupakan sebahagian daripada rundingan TPPA dan RCEP, jelas menunjukkan bahawa rundingan FTA tidak akan berhenti.
Namun, kerajaan perlu berhati-hati semasa menimbang untuk menyertai perjanjian perdagangan serantau yang melibatkan negara Utara-Selatan, seperti TPPA, memandangkan ia akan mengehadkan ruang untuk berunding bagi negara secara individu disebabkan anggota prospektif digesa untuk menerima perjanjian yang sudah dirundingkan.
Selain skop dan liputan yang menyeluruh, TPPA juga melibatkan komitmen yang lebih mendalam dan kukuh, melepasi peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Oleh itu, kedudukan Malaysia dalam beberapa sektor tertentu mungkin berbeza dalam pelbagai FTA meskipun melibatkan rakan dagang yang sama, sekali gus memerlukan komitmen yang konsisten.
Tidak dinafikan bahawa lebih banyak masa diperlukan untuk memahami impak penuh TPPA ke atas Malaysia, dan sama ada FTA lain yang sedang dirundingkan akan bertindih antara satu sama lain.
Apa pun kedudukannya, kita tidak boleh menolak FTA, terutama TPPA, disebabkan ia membabitkan dagangan global dengan negara-negara, ada yang merupakan rakan dagang utama Malaysia.
Pujian mesti diberikan kepada Kerajaan Malaysia yang memperjuangkan hak Malaysia, termasuk kepentingan Bumiputera, terus dilindungi.
Justeru, TPPA wajar dilihat dalam perspektif yang positif dan diberikan masa sewajarnya untuk berevolusi sebagai mekanisme perdagangan yang memberi manfaat kepada Malaysia dan rakan dagang dalam tempoh yang lama, meskipun berhadapan cabaran dan masalah dalam jangka pendek.
— BERNAMA

“Tahniah” Pembangkang Kerana Berjaya Menipu Diri Sendiri Dalam Usul Tolak Bajet

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairul Azwan Datuk Harun mengucapkan ‘tahniah’ kepada pembangkang kerana berjaya memalukan dan menipu diri mereka sendiri di Parlimen pada sesi pengundian Bajet 2016 yang baru lalu.
Menurut beliau apa yang berlaku dan keputusan pada pengundian Bajet 2016 itu bukan sahaja menunjukkan satu testimoni awal kepada kekuatan kerajaan yang ada hari ini malah melambangkan kegagalan pembangkang dalam menjayakan mainan politik mereka sendiri.
“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan dan tahniah juga kepada pihak pembangkang kerana memalukan diri mereka sendiri kerana apa yang mereka buat sebelum ini adalah sia-sia dan hari ini kita perlukan bajet yang boleh dilaksanakan secara berkesan.
“Keduanya ini adalah testimoni yang kuat melambangkan sokongan yang ada kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinet. Hari ini terbukti mainan politik mereka dalam soal bajet ini gagal dan mereka sepatutnya cerminkan apa yang mereka war-warkan.bajett undi
“Malah memperlihatkan di kalangan mereka juga tidak ada kesatuan dalam menjayakan apa yang mereka canang dan war-warkan sebelum ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Sebelum ini, seramai 128 anggota parlimen bersetuju rang undang-undang itu diluluskan bagi ditetapkan untuk bacaan berikutnya, berbanding 74 yang menolak melalui undian belah bahagian.
Menjelang hari pengundian Bajet 2016, pelbagai kenyataan dan pelbagai mainan politik dilontarkan oleh pihak pembangkang dalam usaha menimbulkan pelbagai persepsi terhadap bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas lebih lanjut Khairul Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya memberikan ingatan supaya pelaksanaan Bajet 2016 itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin tanpa gangguan untuk kepentingan rakyat.
Katanya rakyat sudah pasti mahukan pelaksanaan yang cukup berkesan hasil dariapda bajet berkenaan yang dianggap menyeluruh itu.
“Secara peribadi kita melihat bajet ini adalah bajet menyeluruh dan bajet yang ambil kira keperluan pelbagai pihak. Bajet yang diluluskan di peringkat Parlimen adalah intipati kejayaan pengurusan sesebuah negara  dan sekaligus boleh melenayapkan mainan politik pembangkang,” katanya.-MediaUMNO

GST Elak Peniaga Sembunyi Maklumat Hasil Perniagaan – Johari


KUALA LUMPUR, 18 Nov – Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak 1 April lepas membolehkan kerajaan mengutip lebih cukai berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata menerusi pelaksanaan GST sebanyak enam peratus, para peniaga tidak lagi boleh mengelak atau tidak memberikan maklumat sebenar berkaitan hasil jualan mereka.
“Berdasarkan rekod, sewaktu kerajaan mengenakan SST sebanyak 10 peratus, sebahagian peniaga tidak membayar SST sepenuhnya kerana susah hendak dikesan berdasarkan jualan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa berkaitan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Beliau berkata impaknya kini ialah banyak cukai yang dahulunya tidak diperolehi kerajaan, kini dapat dikutip daripada peniaga.
“Bila laksanakan GST, dari situ nampak peningkatan kutipan (cukai) di mana syarikat yang dulu misalnya bayar RM300,000 sekarang bayar RM500,000,” katanya.
Johari berkata kenaikan harga selepas pelaksanaan GST antaranya berpunca daripada masalah yang timbul di peringkat peniaga.
Dalam pada itu, katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menjalankan penguatkuasaan yang rapi bagi memastikan tiada barang sifar GST dikenakan cukai tersebut.
Beliau berkata tindakan peniaga yang mengenakan GST ke atas barangan dan perkhidmatan sifar cukai akan memberi lebih tekanan terhadap masyarakat.
“GST adalah cukai kepenggunaan (consumption tax) ia akan merangkumi lebih banyak barang (berbanding SST), tapi rakyat bawahan yang perlukan bahan asas tidak akan terjejas.
“Kalau tengok barang asas sebagai normal citizen, sama ada kaya atau miskin, yang itu sifar cukai,” katanya.
Sumber

15 Nov 2015

Cuti hujung minggu ADUN Apas di isi berjumpa dengan penduduk setempat

Walaupun kebanyakkan Yang Berhormat ataupun ADUN Kawasan  berehat di hujung minggu sebegini tetapi itu bukan lah "stail" ADUN Apas iaitu Datuk Tawfiq Abu Bakar titingan. Kenbanyakan masa di huung minggu beliau di isi dengan berjumpa dengan penduduk setempat dan merasmikan majlis-majlis yang ada ataupun di anjurkan di kawasan nya.

Menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah bukan lah alasan baginya untuk tidak turun padang bertemu dengan rakyat jelata. Hari ini ada beberapa lagi majlis yang beliau sempat hadiri dan merasmikan acara yang sedang di jalankan.

Majlis penutupan dan Perasmian Kejohanan Padang dan Balapan SK Kuala Apas Tawau kali ini telah dirasmikan oleh yang amat berhormat wakil rakyat Kawasan N 56 Apas.

Di harap kerjasama yang erat akan terus terjalin diantara pemimpin  dengan rakyat setempat bagi menjamis segala permasalahan dan segala bantuan yang kerajaan sediakan dapat disalurkan kepada mereka-mereka yang layak.

Salam dari Bumi Balung...

"Semuanya ada di Balung, ada di Balung"

GAMBARAN LIM KIT SIANG SALAH, GANDINGAN NAJIB-ZAHID PALING MEMBAWA RAHMAT KEPADA ANWAR

Ketika Pertemuan Saya Dengan DS Najib di New York Baru-Baru Ini. Cerita Lanjut Di Sini
Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi gambaran di sini bahawa Tun Dr. Mahathir akan dimasukkan dalam jel bersebelahan dengan DS Anwar. Beberapa persoalan timbul. Pertama, adakah itu kemahuan sebenar Lim Kit Siang? Kedua, adakah Lim Kit Siang melihat Pakatan Harapan tiada kemampuan lagi untuk menjatuhkan DS Najib melainkan hanya gabungan Anwar-Dr. Mahathir? 

Mari kita berbicara dari sudut sejarah. Dalam sejarah UMNO moden, pada tahun 1998 DS Anwar dipecat oleh Tun Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Ramai generasi baharu lupa, bahawa musuh politik utama DS Anwar ialah Tun Dr. Mahathir yang diberi pelbagai gelaran dahulu seperti Maha Firaun, Kolusi, Korupsi dan Kronisme. Malah Anwar menuduh mereka yang bekerja mempertahankan Tun Dr. Mahathir sebagai anjing kerajaan, mossad dan sebagainya.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hari ini, adalah rakan politik Anwar semasa di dalam UMNO dan tidak pernah bermusuhan sehingga sekarang ini. Sebab itulah, apabila DS Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Anwar boleh dirawat di luar negara ianya berbeza dengan respon pada zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri di mana Anwar hanya boleh dirawat di dalam negara.

Begitu juga, apabila kerajaan mendedahkan Anwar menikmati layanan VIP di dalam penjara ianya berbeza dengan layanan Anwar di dalam tahanan ISA pada tahun 1971 (sila baca buku Dr. Syed Husien Ali) dan layanan Anwar di dalam penjara pada tahun 1999-2004. Terbukti, Anwar menikmati layanan kebajikan yang amat baik di dalam penjara semasa Pak Lah dan DS Najib menjadi Perdana Menteri.

Lim Kit Siang dan sesetengah pemimpin pembangkang memberi gambaran yang salah apabila berbicara isu Anwar. Mereka memberi gambaran seolah-olah Anwar dipenjarakan oleh Najib dan Anwar boleh dibebaskan oleh Najib. Gambaran ini tidak betul. Najib bukan ketua hakim, bukan peguam bela dan bukan pendakwa raya. 

Dalam temuramah Peguam Negara di sini, jelas menyatakan beliau tidak pergi bertemu Perdana Menteri untuk menerima arahan atau bertanya sama ada boleh atau tidak mendakwa atau membebaskan seseorang. Tugas Peguam Negara sangat jelas iaitu mempertahankan kedaulatan undang-undang negara.

Hakikatnya, Anwar telah menyediakan peguam-peguam terhandal di dalam negara dalam kesnya. Selepas rayuan demi rayuan di pelbagai peringkat mahkamah, akhirnya Anwar didapati bersalah.  

Bagaimanakah kerajaan boleh membantu Anwar di dalam penjara? Dari aspek kemanusiaan, politik matang, persahabatan dan persaudaraan Islam, Anwar telah dibantu dari segalasegi. Penerangan di sini sangat-sangat jelas. Ianya ternyata layanan bersifat VIP.

Namun begitu, negara kita mempunyai undang-undang yang mesti dihormati dan diakuri. Oleh itu, mana-mana NGO luar negara tidak mempunyai hak untuk campurtangan di dalam kerangka kedaulatan negara kita. Presiden Barrack Obama sendiri sudah menjelaskan perkara ini semasa majlis bersama pemimpin-pemimpin muda Asia baru-baru ini.

Namun begitu, apabila anda melihat perkembangan kerajaan sekarang ini, saya pesimis awan mendung akan berarak. Lebih lanjut sila dapat buku yang sangat menarik ini

Kesimpulan
Kesimpulannya, gandingan Najib-Zahid adalah gandingan yang paling memberi rahmat kepada Anwar. Inilah sebabnya Najib diserang bertubi-tubi.

Malahan, ada ahli parlimen UMNO meminta supaya saya menyampaikan kepada DS Najib supaya membawa semula Anwar masuk ke dalam UMNO untuk menguatkan Islam dan Melayu.

Selamat Berhari Minggu.
Down Town, Drexel.
USA.

November 14, 2015.

13 Nov 2015

Isu Loji Langat 2 : Azmin Jangan Bohong Rakyat Selangor

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar tidak menuding jari kepada kerajaan berhubung kelewatan pembinaan Loji Langat 2 untuk menutup kelemahan dan kesilapan pentadbiran kerajaan PKR Selangor berhubung isu ini.
Menurut beliau, Azmin tidak perlu menyalahkan kerajaan pusat kerana rakyat khususnya di Selangor tahu siapa yang bersalah berhubung kelewatan pembinaan Loji Langat 2 ini sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan RM800 juta untuk membina dua loji baru sementara menunggu pembinaan Loji Langat 2 siap sepenuhnya.
“Saya minta Azmin jangan salahkan kerajaan untuk tutup kesilapan sendiri. Semua tahu kepimpinan PKR Selangor, di masa Tan Sri Khalid lagi sering bermain tarik tali dalam isu pembinaan loji langat 2 ini.
“Semua orang tahu bahawa telah beazmin-alikhalid-ibrahimrkali-kali kerajaan pusat menasihati kerajaan PKR Selangor agar memberi laluan untuk kerajaan melaksanakan projek pembinaan loji ini, kerana ianya amat penting untuk memastikan tidak berlakunya krisis air di Selangor, tetapi pimpinan kerajaan Selangor bermula Tan Sri Khalid sehinggalah ke zaman Azmin sengaja berdolak dalik dan melambat-lambatkan usaha kerajaan ini.
“Dan hari ini, tiba-tiba Azmin mahu menuding jari kepada kerajaan pusat dengan mendakwa kelewatan pembinaan loji langat 2 ini sedangkan semua orang tahu bahawa pimpinan kerajaan  PKR Selangorlah merupakan punca mengapa loji Langat 2 ini lewat dilaksanakan. Apakah Azmin mahu menutup bangkai gajah dengan daun pisang?,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambah beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, kerajaan PKR Selangor sepatutnya prihatin terhadap perkara ini memandangkan cadangan pembinaan Loji Langat 2 ini sudah lama menjadi salah satu agenda untuk dilaksanakan oleh kerajaan pusat demi manfaat rakyat di negeri itu.
“Sepatutnya sejak dari dulu lagi kerajaan PKR Selangor perlu beri laluan kepada kerajaan untuk bina loji ini. Kepimpinan PKR Selangor patut ketepikan dulu soal ideologi politik kerana ini melibatkan kepentingan dan manfaat untuk rakyat di negeri ini.
“Tetapi nampaknya kerajaan negeri Selangor tidak melihat ini sebagai satu kepentingan buat mereka kerana tidak ada keuntungan politik mereka di situ. Sebab itu mereka tidak menjadikan pembinaan loji Langat 2 ini sebagai keutamaan mereka, biarpun loji ini amat penting bagi manfaat rakyat di Selangor.
“Disebabkan sikap mereka yang terlalu suka berpolitik akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung kos sebanyak RM800 juta untuk membina dua loji baru sementara menunggu loji Langat 2 siap dibina. Bagi saya, apa yang nyata hari ini, tindakan kerajaan PKR Selangor jelas bukan saja membelakangi kepentingan rakyat, ,malah telah menyusahkan dan membazirkan duit rakyat di negeri ini,” ujarnya.-MediaUMNO

Mohon Maaf Dan Tarik Balik Kenyataan Dalam Tempoh 24 Jam Atau Disaman – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini memberi kata dua kepada Ketua Cabang Keadilan Johor Bahru, Akmal Nasir dan The Malaysian Insider untuk menarik balik dan memohon maaf diatas kenyataan dan penyiaran berhubung dakwaan penyalahgunaan duit  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dalam tempoh 24 jam atau menghadapi saman fitnah yang akan difailkan oleh beliau terhadap keduanya.
Menurut beliau dalam satu kenyataan akhbar hari ini, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah jahat dan tidak berdasarkan fakta sebenar yang dilakukan untuk menjatuhkan maruah dan kredebiliti beliau sebagai individu dan menteri yang bertanggungjawab terhadap YPEIM.
“Segala dakwaan yang dilontarkan oleh Akmal dan disiarkan oleh portal berita Malaysian Insider merupakan satu fitnah jahat yang tidak berasas untuk menjejaskan imej dan kredebiliti saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap YPEIM.
“Dakwaan saya menyalahgunJamil-Khirakan duit anak yatim dan orang miskin merupakan satu tuduhan dan fitnah yang berat justeru itu, saya memberikan tempoh 24 jam terhadap Akmal dan The Malaysian Insider untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan serta penyiaran tersebut atau saya akan memfailkan saman fitnah terhadap keduanya,” demikian kata beliau dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Akmal Nasir yang juga merupakan Pengarah National Oversight And Whistleblowers (NOW), dalam satu kenyataannya mendakwa bahawa Datuk Seri Jami Khir Baharom telah menyalah gunakan dana dan wang YPEIM untuk kepentingan diri dan keluarganya.
Dalam satu sidang media,  Akmal mendakwa  seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menggunakan wang berjumlah RM410,978.56 daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah.
Selain itu, beliau turut menuduh bahawa program yang dianjurkan oleh YPEIM itu bersifat bersuka ria dan tiada langsung unsur amal jariah.
Berikut adalah kenyataan media penuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu tuduhan tersebut.
AKMAL MESTI MOHON MAAF ATAU DISAMAN
Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015. Sesungguhnya  dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.
Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.
Melalui strategi penganjuran bersama secara “Strategi Lautan Biru” khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.
Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.
Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.
Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.
Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.
Tiada apa yang perlu  disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.
Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.

sumber