13 Nov 2015

Isu Loji Langat 2 : Azmin Jangan Bohong Rakyat Selangor

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar tidak menuding jari kepada kerajaan berhubung kelewatan pembinaan Loji Langat 2 untuk menutup kelemahan dan kesilapan pentadbiran kerajaan PKR Selangor berhubung isu ini.
Menurut beliau, Azmin tidak perlu menyalahkan kerajaan pusat kerana rakyat khususnya di Selangor tahu siapa yang bersalah berhubung kelewatan pembinaan Loji Langat 2 ini sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan RM800 juta untuk membina dua loji baru sementara menunggu pembinaan Loji Langat 2 siap sepenuhnya.
“Saya minta Azmin jangan salahkan kerajaan untuk tutup kesilapan sendiri. Semua tahu kepimpinan PKR Selangor, di masa Tan Sri Khalid lagi sering bermain tarik tali dalam isu pembinaan loji langat 2 ini.
“Semua orang tahu bahawa telah beazmin-alikhalid-ibrahimrkali-kali kerajaan pusat menasihati kerajaan PKR Selangor agar memberi laluan untuk kerajaan melaksanakan projek pembinaan loji ini, kerana ianya amat penting untuk memastikan tidak berlakunya krisis air di Selangor, tetapi pimpinan kerajaan Selangor bermula Tan Sri Khalid sehinggalah ke zaman Azmin sengaja berdolak dalik dan melambat-lambatkan usaha kerajaan ini.
“Dan hari ini, tiba-tiba Azmin mahu menuding jari kepada kerajaan pusat dengan mendakwa kelewatan pembinaan loji langat 2 ini sedangkan semua orang tahu bahawa pimpinan kerajaan  PKR Selangorlah merupakan punca mengapa loji Langat 2 ini lewat dilaksanakan. Apakah Azmin mahu menutup bangkai gajah dengan daun pisang?,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambah beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, kerajaan PKR Selangor sepatutnya prihatin terhadap perkara ini memandangkan cadangan pembinaan Loji Langat 2 ini sudah lama menjadi salah satu agenda untuk dilaksanakan oleh kerajaan pusat demi manfaat rakyat di negeri itu.
“Sepatutnya sejak dari dulu lagi kerajaan PKR Selangor perlu beri laluan kepada kerajaan untuk bina loji ini. Kepimpinan PKR Selangor patut ketepikan dulu soal ideologi politik kerana ini melibatkan kepentingan dan manfaat untuk rakyat di negeri ini.
“Tetapi nampaknya kerajaan negeri Selangor tidak melihat ini sebagai satu kepentingan buat mereka kerana tidak ada keuntungan politik mereka di situ. Sebab itu mereka tidak menjadikan pembinaan loji Langat 2 ini sebagai keutamaan mereka, biarpun loji ini amat penting bagi manfaat rakyat di Selangor.
“Disebabkan sikap mereka yang terlalu suka berpolitik akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung kos sebanyak RM800 juta untuk membina dua loji baru sementara menunggu loji Langat 2 siap dibina. Bagi saya, apa yang nyata hari ini, tindakan kerajaan PKR Selangor jelas bukan saja membelakangi kepentingan rakyat, ,malah telah menyusahkan dan membazirkan duit rakyat di negeri ini,” ujarnya.-MediaUMNO

No comments: