13 Nov 2015

Bantuan Pembinaan Pentas Dewan SK Balung Oleh Datuk Nizam AB Titingan


Alhamdulillah , sekali lagi bumi Balung di kunjungi oleh seorang Pemimpin yang memang cukup di kenali oleh segenap lapisan Penduduk yang ada disini. Walaupun hanya menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Tawau ianya tidak menghalang untuk beliau mengunjungi dan beramah mesrah dengan pelajar-pelajar serta ibubapa pelajar SK Balung Tawau.

Pada zahirnya beliau adalah salah seoang pemimpin pelapis yang ada di Parlimen Tawau dan pada dasarnya beliau sememangnya mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang di warisi oleh arwah beliau iaitu arwah DSP Abu Bakar titingan.


Pada kali ini beliau iaitu Datuk Nizam Abu Bakar Titingan telah berkunjung ke Balung seterusnya merasmikan Majlis Khatam al quran dan Penyerahan Zakat kepada mereka-mereka yang layak. Beliau seterusnya mengumumkan sumbangan untuk membina pentas utama untuk Dewan SK Balung Tawau.


Adalah diharapkan pemimpin-pemimpin yang ada agar selalu turun kelapangan untuk mendengar dan berjumpa dengan rakyat jelata yang ada di kawasan ,  sekurang-kurangnya akan dapat mengatasi ataupun menyelesaikan permasalahan yang di hadapi oleh rakyat. Ianya juga akan dapat mengeratkan tali silaturrahim diantara sesama penduduk dan pemimpin yang ada.

Mudah-mudahan dengan sumbangan yang telah di berikan akan memberikan keselesaan kepada pelajar dan guru-guru yang ada di SRK Balung seterus melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pendidikan.

Salam dari Bumi Balung.... 

" Semuanya ada di Balung, ada di Balung"




No comments: